Showing posts with label LoveIslam. Show all posts
Showing posts with label LoveIslam. Show all posts

Sunday, 28 December 2014


Assalamualaikum.

jumpa hadis ni dalam side note Quran saya.

A very great advice from our beloved Rasulullah SAW to me and all my fellow procrastinators out there :)
Ibn Umar berkata, "Jika kamu memasuki waktu petang, janganlah kamu menunggu waktu pagi. Jika waktu pagi janganlah menunggu waktu petang. Optimumkan waktu sihatmu untuk menyambut waktu sakitmu. Dan maksimumkan hidupmu untuk menyambut kematianmu"(HR Al-Bukhari)

Saturday, 8 February 2014

Matahari dan Bulan.

Assalamualaikum :)

Dari matapelajaran Sains, yang kita belajar kat sekolah dulu, semua tahu bahawa matahari menghasilkan cahayanya sendiri manakala bulan, walaupun kita nampak dia bercahaya tapi sebenarnya dia hanya memantulkan cahaya matahari je, dia tak menghasilkan cahaya dia sendiri.

Tapi, tahu tak yang Allah dah nyatakan dalam Al-Quran lama dulu, sebelum manusia discover. Subhanallah!


And made the moon therein a [reflected] light and made the sun a burning lamp.

Dalam surah Nuh, ayat 16, Allah cakap, Dia menjadikan bulan itu padanya cahaya dan matahari itu sebagai lampu. 

Rasa awesome sangat baca ayat ni tadi. betapa banyaknya ilmu yang kita tak sedar ada dalam Al-Quran. 
Jom jadikan Quran itu bestfriend by fahaminya, bukan baca sahaja ^^

Monday, 29 July 2013

The Best Doa.

Assalamualaikum all :)

Please please please watch this.. Ada tiga please kat situ, so sila sila sila tengok.



Selamat mengejar malam yang sebaik seribu bulan. Allahumma ameen.

Tuesday, 23 July 2013

Read Quran At Dawn.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


"Perform as-salah from midday till the darkness of the night and recite the Quran in the early dawn. verily the recitation of the Quran in the early dawn is ever witnessed"
Surah Al-Isra' ayat 78

Dari terjemahan Quran saya, 'is witnessed' means attended by the angels in charge of mankind of the day and night. Manakala 'the early dawn' adalah Fajr prayer. Time solat Subuh.

Heh. baru tahu wujudnya ayat ni. Let's fight the sleepiness and read Quran after Subuh peeps :)

Subuh dekat Egypt pukul 330 pagi so after sahur dan subuh memang straight ke mimpi la saya. Wish me luck xoxo~

Sunday, 21 July 2013

Sodom.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rehat sekejap tadi, jalan jalan dekat wordpress. Terjumpa satu blog, berkenaan the adventures of a gay mommy. Ha. You read it right. Gay mommy.

Pasangan tersebut ada dua orang anak, twins, satu lelaki satu perempuan. Of course anak tu bukan dari diorang berdua, guna IVF and there are ovum donor and surrogate mother.

Haih. Dunia sekarang. Kesian anak anak tu.

Kita semua tahu kisah kaum Nabi Lut bukan?

"So As-Saihah (torment - awful cry) overtook them at the time of sunrise. And we turned (the towns of Sodom in Palestine) upside down and rained down on them stones of baked clay"
Al-Hijr 15 : 73-74

Hari Rabu ni exam Forensics, salah satu topic in Forensics adalah sexual offences, subtopic dia ada Sodomy means sexual intercourse per anus.
Oh, baru connect these two together. Kenapa ianya dipanggil Sodomy, sempena the towns of Sodom. 

Friday, 5 July 2013

Telefon Buruk.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :)

Mesti semua orang pernah main game telefon buruk kan? Buat satu barisan, satu ayat akan dibisikkan dekat orang depan dan akan pass kan ayat tu dekat orang dibelakangnya sampai la habis barisan.. Selalunya by the end of barisan mesti dah bertukar tukar ayat tu.. ada yg ditokok tambah, ada yang dibuang dan sebagainya..

Ini telefon lama bukan buruk. hehe
Kenapa tetiba tercakap pasal telefon buruk?

Saya ada terbaca orang share share condemn TV3, sebab diorang kata TV3 cakap presiden Morsi diktator. Selalunya, bila keluar kisah kisah macam ni saya tak ambil pusing sangat, selalu je keluar berita berita macam ni. Media, biasalah selalu exaggerate selalu menokok tambah.

Teringat kisah terbaca dalam surat khabar online (tak ingat surat khabar apa), artikel mengatakan pegawai polis mesir menukar pakaian seragam daripada berwarna putih ke warna hitam sebagai tanda sokongan Hosni Mubarak ke sebagai tanda protes ntah (tak ingat the exact dakwaan berita tu). Kami student student Mesir ni tergelak gelak je baca berita tu, sebab pada hakikatnya pegawai polis mesir memang akan tukar baju hitam bila tiba waktu winter, setiap tahun macam tu, takde kaitan dengan revolusi. Ha.

Kebetulan revolusi dua tahun lalu memang terjadi waktu winter, memang hitam la warna pakaian seragam polis. lulz.

Eh, jap lupa pula nak cerita kenapa bila tengok orang kutuk2 TV3 saya teringat permainan telefon buruk.

Oh, ha.. tadi scroll scroll facebook, ada la hamba Allah share segmen MHI yang ada mengandungi the moment yang pengacara TV3 kata Morsi diktator. Saya pun click la video tu untuk dengar betul ke seperti yang disangka.

Ternyata bukan sebenarnya, kalau didengar dengan teliti Ally Iskandar mengulas situasi tu dengan kata, bila ditanya mengapa rakyat mesir menentang Presiden Morsi, dikatakan Presiden tu diktator. So, bukanlah Pengacara TV3 cakap directly yang Morsi tu diktator, tapi dia bercakap menyatakan alasan yang diberikan segolongan rakyat yang menentang Morsi.

Well, kalau diikutkan, kitorang tanya rakyat Mesir sendiri memang ramai even ada proffesor yang mendakwa Morsi diktator. Tak hairan pun bila diorang panggil Morsi dikator, sebab terang terangan diorang melabel Ikhwan terorist. Adoi~ apa ntah yang dikatakan Media Mesir sampai macam tu sekali pemikiran rakyat dia.

Saya bukan nak defend TV3, tapi terasa kelakar tengok orang bergaduh dengan satu benda yang dia tak pasti pun kesahihannya. Orang share share dekat Facebook terus semua orang percaya, dan kutuk kutuk dengan bahasa kasar. Bahasa melambangkan bangsa okay.

Yang tak boleh tahannya, setiap isu macam ni mesti nanti naik perbincangan politik untuk menghangatkan lagi caci maki antara rakyat Malaysia dekat mana mana laman sosial. Hanya mampu ketawa je bila tengok situasi tersebut. lulz.



Teringat daripada lecture tafseer Ustaz Nouman Ali khan mengenai satu ayat dari Surah al-Isra' ayat 36.


"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya"

Saya suka translation bahasa Inggerisnya lagi, lebih mudah nak faham..

"And follow not that of which you have no knowledge, Verily the hearing, and the sight, and the heart of each of those ones will be questioned (by Allah)"

Dalam ayat ni Allah kasi amaran dekat manusia, jangan sekali kali ikut apa yang kau tak tahu, kalau nak ikut pastikan ada ilmu yang mantap, solid knowledge pasal benda tu. Sebab semua perbuatan kita akan dipersoal kembali di akhirat kelak.

Satu lagi point menarik, kalau tengok 'hati' dalam ayat ni Allah tak guna perkataan قلب tapi Allah guna فٶاد yang bermaksud hati yang beremosi (Ustaz Nouman guna perkataan overly emotional, or overly excited or angry). Hati yang beremosi nilah yang akan ditanya dekat akhirat kelak. 




Takde alasan untuk kita berkasar dengan saudara kita bila timbul isu isu sensitif, sebab hati kita yang tengah berapi api dengan emosi tu jugak akan ditanya. Tak boleh la nak cakap, "Sorry ah, aku PMS tadi, hormone. I am not being myself. hikhik"

Tak boleh tak boleh nak buat macam tu. Emosi ke tak emosi kena kawal perbuatan dan percakapan kita. *mari tunduk dan reflect diri*

May Allah protect us from this behavior. Amin.

Sekian saja things to ponder hari ni. Panjang pulak rasa tulis hari (extra panjang daripada biasa) padahal lusa exam. Esok ada kelas lagi sebab ganti kelas cancel time Muzhoharat Tamarrud hari tu -.-'.

Doakan :)

Thursday, 18 April 2013

Baitul Sakinah.

Assalamualaikum :')

Semalam ada forum, Baitul Sakinah : Antara Realiti dan Fantasi yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Manaf dan Ustaz Hahi Tarmizi. hee saya lupa apa jawatan mereka but they work with Jakim..

So bersempena dengan forum semalam, since today is Jumaat, nak share ayat pasal rumah tangga :')

Dari Surah Ar-Rum, ayat 21 :

"Di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang"

I am no expert in this marriage thingy, tapi saya tertarik dengan kata kata Ustaz semalam. Kalau dilihat pada ayat ni, ianya dimulakan dengan "di antara tanda-tanda kebesaran Allah" then barulah diceritakan tentang perkara-perkara lain.

Jadinya, mesej di sini adalah before berfikir tentang perkara-perkara lain, kahwin, belajar, etc the first and foremost yang kita perlu buat adalah beriman dengan kekuasaan Allah SWT itu sendiri. Itu yang paling penting, insyaAllah kalau lepas, insyaAllah everything gonna be well :')

This article from SuhaibbWeb is so beautiful. Saya dah baca lama dah, only now nak sahre dekat blog. Click click sila click.. Hook Up with Allah, Allah Will hook You Up :')

And sebelum habis, saya hidangkan anda semua dengan lagu Gyiyomi Islamik Vesion. Haha saya taktahu kenapa everyone is sharing pasal Gyiyomi nih, so hari ni ubah sikit stail dia okeh?

Friday, 12 April 2013

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi pemikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)"
Al-A'araf 7 : 201

Tuesday, 9 April 2013

Of Death And Life..

Assalamualaikum :')

Dah dua minggu menjalani round Forensic and Toxicology. Alhamdulillah round yang menarik. Subjek Forensic membuatkan saya banyak berfikir pasal kematian dalam kelas. Betapa kematian tu boleh datang pada bila bila masa. Tak kira la kau orang besar atau orang biasa biasa, bila dah mati proses yang sama jugak akan jadi. You have no control of your body pada masa sakaratul maut tu tiba. Allah T.T

Melihat gambar gambar contoh cases yang ditunjukkan doktor, pelbagai jenis kematian ada. Membuatkan saya tertanya bagaimana kesudahan saya kelak. baikkah, burukkah?

Adakah akan menyesal selepas mati nanti, meminta pada Allah agar dikembalikan ke dunia nak betulkan semuanya kembali.

"Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya"

Az-Zalzalah 99 : 6


Apabila dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara,
hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)

mereka menjawab, "benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan "Allah tidak menurunkan sesuatu apapun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar.

Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala nyala"

Al-Mulk 67 : 6-10

Kawan saya pernah bercerita kisah di akhirat kelak, apabila tiba waktu diberikan kitab amalam kita, yang menerima kitab tersebut dengan tangan kanannya akan bersorak gembira sampaikan menjerit kegembiraan, "lihat lihat, aku bakal masuk ke syurga!"

manakala yang menerima dengan tangan kiri akan mengeluh dan bersedih, mengharapkan agar kematian yang pertama tersebut adalah kematian yang kekal, tiada lagi kebangkitan selepas itu.

Allah T.T

Friday, 8 March 2013

T.T

Assalamualaikum T.T

This is what I've been feeling this past few days..
Allah T.T


Saturday, 2 February 2013

Hero.

Assalamualaikum :)

Baru baru ni saya ada pergi satu kem, yang diberi nama Abthal. Kem tu dibuat dekat tempat yang diberi nama Balteem. Berdekatan dengan pantai. Cantik, sunyi je tempat ni disebabkan sekarang tengah winter, tade orang datang bercuti.

Balteem.

Ingatkan musim sejuk dah mula mereda, nak ke penghujungnya, tiba tiba pada hari nak bertolak, beberapa jam sebelum nak naik train ke Tanta, hujan turun terus tukar sweater cabuk saya ke baju sejuk tebal. Risau, takut tak tertahan sejuk tepi laut nanti. Kami bermalam semalam di Tanta, sebelum bertolak menaiki Tramco ke Balteem.

Dalam hati, saya rasa nervous, ini Mukhayyam pertama saya. Tak tahu macam mana sebenarnya orang selalu buat Mukhayyam. Tak tahu la apa yang saya akan dapat nanti, tak tahu sama ada saya mampu capai atau tidak objektif mukhayyam tersebut.

Semasa di Tanta. Dulu dulu sebelum datang ke Mesir saya ingatkan dekat sini penuh dengan padang pasir je. lol tak sangka ada juga tumbuhan hijau haha.

Di hadapan hotel tempat kami menginap. Tempat ni sebenarnya kawasan pelancongan, sunyi sangat sekarang sebab takde pelancong. winter. Tengok pokok tu kena tiup angin. kuat! brrr~ sejuk!

Allah, terus terang saya cakap, tak menyesal saya datang mukhayyam ni, Ohsem wa cakap lu :P
Inilah kem pertama saya di mana semua orang bercakap untuk mengingati Allah, setiap orang sama sama ambil berat antara satu sama lain, masa makan semua akan pasti suap mulut 'keluarga' sebelum menyuap diri sendiri. Ukhuwwah fillah itu terasa sangat kuat dan manis, walaupun saya baru jumpa 'keluarga' saya beberapa jam, dah terasa macam lama kenal.

Betapa ohsemnya kem ni, denda yang dikenakan pun adalah denda untuk mengingati Allah. Saya kena denda sebab tak bawa pasport, dan denda saya hanyalah istighfar 10 kali hehe. Ohsem kan? Ada juga orang lain yang kena denda tilawah tambah lagi 2 muka surat.

Pagi pagi, dalam keadaan sejuk sejuk, kami dikejutkan untuk bangun qiam. Allah, memang mencabar habis, ditambah dengan ketiadaan heater. Ambil wudhu airnya terasa macam ais. Tambah tambah pada pagi kedua saya dekat situ, tiba tiba blackout, pastu kat luar dengar bunyi angin seperti gangters meniup. wooo wooo, takut yang amat, macam macam terfikir dalam kepala, mampu tak hotel ni nak bertahan kalau ada tsunami.

Sepanjang mukhayyam ni berlangsung, kitorang tak dibenarkan guna telefon dan internet. Tujuannya nak mengasingkan diri betul betul, hanya nak tertumpu pada Allah sahaja. Semata-mata.

Banyak sangat pengisian dalam kem ni, mengisi hati dan minda. Oh sebelum tu, mari saya cerita kenapa hero tajuk entry ni.

Hee sebenarnya kem Mukhayyam ni diberi nama Abthal, ianya adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud Hero. Siapa hero? Ceteka ceteka! Shah Rukh Khan? bukan bukan.. Lee Min Ho? punnn bukannn.. Aaron Aziz? punn salah!

Hero hero tersebut tak lain tak bukan adalah sahabat sahabat Nabi Muhammad SAW; Umar al-Khattab, Uthman, Abu Bakar, Ali, Mus'ab, Abu Ayyub al-Ansari, Salman al-Farisi dan banyak lagi. Kitorang diajar untuk lebih mengetahui menganai hero hero kita ni.

Sebak rasanya mendengar kisah kisah mereka. Ummu Sulaim yang mengorbankan empat anak lelakinya untuk syahid di jalan Allah, Abu Ayyub al-Ansari sahabat yang dah berumur 80 tahun tapi sangat bersemangat nak membebaskan Konstantinopel sampai beliau minta mayatnya ditanamkan di sempadan Konstantinopel agar beliau dapat dengar tapak kaki sebaik baik raja dan tentera kelak, Mus'ab yang meninggalkan kekayaannya untuk berjihad, dan ramai lagi.

Setiap keluarga di kem ni akan dinamakan bersempena setiap hero tadi. Keluarga saya dinamakan bersempena tak lain tak bukan sahabat Nabi SAW yang digelar al-Faruk, which is Umar al-Khattab. Hebatnya Umar al-Khattab ni sampaikan beliau dikasihi oleh seluruh malaikat dan jangan kata manusia, syaitan pun bertempiaran lari kerana takutkan Umar. Betapa ohsemnya Umar ni, beliau dengan berani dan coolnya pergi solat dekat hadapan Kaabah depan orang kafir Quraisy tapi tak de siapa pun berani marah dia. Lagi ccol bila Umar hijrah ke Madinah secara terang-terangan, dia siap cabar lagi kalau sapa sapa yang berani nak halang dia, takde sapa berani. Wooo~ cool kan? COOL giler!

Allah, saya tak tahu sama ada saya mampu atau tidak untuk jadi secool atau sehebat hero hero ni. Satu benda yang saya pasti, Abthal bagaikan meletakkan satu set point yang lebih tinggi daripada apa yang saya nak capai sebelum ni. Abthal ajar saya agar buat semua benda kerana Allah, jangan ada benda asing lain dalam niat kita. Saya harus terus kuat melalui jalan ini. Saya nak jugak jadi ohsem dan cool macam hero hero ni, Nak nak!

Mendengar kisah Ummu Sulaim, hati saya melonjak lonjak nak jugak anak yang mujahid sepertinya. Tapi sebelum saya nak lahirkan mujahid, saya dulu perlu jadi seperti hero hero ni, baru la boleh ada anak yang ohsem. Tinggi kan cita cita saya? Tapi cita cita tinggi ni tak mustahil, mungkin ianya ambil masa yang lama, dan mungkin dalam perjalanan ni saya akan banyak terjatuh, terluka dan mengeluh, tapi kalau saya teruskan jugak insyaAllah akhirnya saya akan sampai ke destinasi yang saya idam-idamkan.
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam jalan-Mu..


Nahnu Abthal, Allahu Akbar! 

Buka Mata.

Assalamualaikum :)

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan kehendak-Nya.."Ar-Rum 30 : 25
Mesti korang semua familiar dengan lagu lagu Maher Zain kan? Pernah dengar lagu Open Your Eyes. Selama ni saya selalu je dengar lagu ni, ada dalam playlist lagu, tapi hanya dengar sekadar dengar. Ternyata lagu tersebut kalau dihayati mampu menusuk ke dalam dada T.T terasa nak nangis, insaf! 

Sebelum mendengar, buka mata, telinga dan hati luas luas untuk terima. Kosongkan fikiran dengan benda benda duniawi, hanya fikirkan dalam kepala Dia Yang Satu, Allah. Subhanallah, hebatnyaa Dia!


"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu"
Al-Baqarah 2 : 21-22

Thursday, 24 January 2013

Bacalah.

Assalamualaikum :)

I used to have a hobby back then, long time ago. Dulu dulu, kalau orang minta tulis biodata, saya akan tulis membaca as a hobby. Dan saya baca, well as usual, novels. English novels selalunya, dan favorite saya adalah Harry Potter. Cuba click dekat link Harry Potter tu, haha and you'll know how obsessed i am with the series. The entries are imported from my previous and deleted blog.

Bila saya cakap dulu, takdela maksudnya sekarang tak membaca langsung, tak tak. Maksudnya buku lain selain buku buku medic. Saya tak ingat when is the last time saya habis baca buku properly, dari awal sampai akhir properly. Saya rasa novel tu tajuknya Thousand Splendid Suns? eh macam pelik je tajuk dia haha tapi lebih kurang la kot saya rasa.

Emm, before cuti hari tu, kakak usrah saya suruh kami tulis diari kecil (well, sort of) dan kena ceritakan apa yang kami nak capai pada akhir cuti nanti. Kalau yang melancong tu mungkin mahu tadabbur alam dan melihat sejarah sejarah Islam dekat negara orang seperti Turki dan Sepanyol. Memandangkan saya tak ke mana mana, saya decide nak mulakan balik hobi lama, tapi kali ni buku yang dibaca berlainan genre.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"
Al-Alaq : 1-5
And my first choice of book, ermm saya kongsi kemudian bila saya habis baca :P

Dan hari ni 12 Rabiulawal, Salam Maulidur Rasul untuk semua, mari berselawat ke atas Nabi dan amalkan sunnah sunnah Baginda :)


'Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di antara kalian yang apabila dia melakukan sesuatu, ia menyempurnakannya..'

Sunday, 20 January 2013

Halal & Baik [BW]

Assalamualaikum :)

Kakak saya buat entry mengenai makanan yang kurang kolestrol. Tiba tiba saya teringat perbualan saya dengan housemates suatu ketika dulu, "kita ni makan ikut perintah Allah selalu cari makanan yang halal tapi kita lupa ada satu aspek lagi seiring dengan halal tu iaitu makanan yang baik, Allah kan kata halalan toyyiban bukannya halalan je" (dialog diubah mengikut kesesuaian ^^)

Saya hanya ketawa je sebab housemate menyampaikan perkara tersebut dalam keadaan yang kelakar, hee tapi betul laa, kita kecoh sangat mencari makanan halal, dan bila dah jumpa makannan halal kita makan tak ingat dunia T.T terlupa makan jugak perlulah dalam keadaan yang baik, jangan terlalu banyak, elakkan makan makanan yang tak sihat.
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"
-Rasulullah SAW
Perintah Allah suruh mencari makanan yang halal dan baik tu adalah seiring, jangan kita hanya ambil yang satu dan lupakan yang lagi satu.
"Wahai orang orang yang beriman! makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya"
Al-Baqarah 2: 172
"Dan makanlah daripada apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya"
Al-Maidah 5 : 88
"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya"
An-Nahl 16 : 114
Bila menulis entry ni macam biasa terasa berdas das melantul kembali pada diri sendiri.
Harap ianya bagi benefits kepada sesiapa yang membaca and let's try to change.

*menulis sesuatu nasihat atau perkara baik dalam blog akan membuatkan kita lebih termotivasi untuk buat berbanding hanya berazam dalam hati, let's hope this motivation lasts*

Friday, 18 January 2013

A Moron Muslimah.

Assalamualaikum :)

Some people may think that the tittle is a little bit harsh, but maybe sometimes we need harsh words to realize what we did and wear was wrong. Read it HERE.

Friday, 4 January 2013

Satu Cinta.

Assalamualaikum :)

"Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cintaku kepada-Mu"



Amin.

Tuesday, 25 December 2012

Sweetness.

Assalamualaikum and hello beautiful people on earth :)

"A journey starts from a small steps. Andai jatuh di saat melangkah katakanlah ALHAMDULILLAH. Itulah namanya MUJAHADAH :)" -Tikapad 
Saya suka sangat bila people giving me these little reminders. It gives you that warm feeling when you are down :)

Friday, 21 December 2012

Ini Sejarah Kita.

Assalamualaikum :)

Saya nak share video, a little bit long, but seriously it worth your 20 minutes. Setiap kali saya tengok, setiap kali tulah ianya menyentuh hati. Betapa hebatnya kita dulu, betapa hebatnya umat Islam dulu, sampai mampu menawan 2/3 dunia. wow. hebat kann?


Tapi kenapa sekarang kita macam ni?
:(
Mari ubah paradigma kita!

Saturday, 15 December 2012

Coolness, Pistol Shrimp.

Assalamualaikum :)

I found a very cool video, subhanallah of Allah's creation.



ccol~ kan?
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang guguryang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)'
A-An'am 6:59