Showing posts with label Clinical Postings. Show all posts
Showing posts with label Clinical Postings. Show all posts

Friday, 5 June 2015

Semester Satu 6th Yr

Assalamualaikum wbt :)

Antara azam tahun baru saya yang masih tak kesampaian adalah nak menulis dengan lebih kerap. 

Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri.

Seronok tau bila baca buku catatan matluthfi, rasa macam banyak sangat pengalaman atau peristiwa menarik yang dia ada.

Well, kita semua pun banyak je kisah menarik masing masing tapi kita tend to lupa bila tak catat.

Intro blogpost saya selalu macam tiada kaitan dengan isi sebenar, jauh sangat tersasar tapi takpelah kan.

Alhamdulillah, semester satu Tahun 6 sudah pun berakhir. Hari ni merupakan hari terakhir cuti semester, esok dah akan mula kembali kelas. round surgery.

Lega sangat dah habis final exam Internal Med hari tu. 
Personally, semester lepas adalah antara semester paling susah bagi saya. Subjek yang banyak sangat, ditambah dengan semangat yang makin pudar at the end tu membuatkan saya hampir putus asa time exam tu. Nauzubillah!

Hanya tinggal lagi 6 bulan je medical school. Then InsyaAllah saya akan graduate and become a REAL doctor. Masih belum boleh percaya sepenuhnya. Masih teragak-agak, rasa macam banyak sangat ilmu yang tak cukup lagi untuk melangkah ke fasa perkerjaan.

Emm.

Ini gambar classmates sem satu. Doakan kami semua berjaya graduate dengan jayanya dan pulang untuk berbakti kepada negara.

Lagi 6 bulan je. Fighting!



Wednesday, 7 January 2015

2015.

Assalamualaikum :)

Rasa macam nak menulis hari ni, so here i am! :3

Sekejap sangat masa berlalu, dah nak masuk 2015 daa. Saya tak ingat sangat pun what have i done in 2014. All I know is that 2014 is quite a busy year for me.

Tahun ni dah tahun last dah di Mesir, InsyaAllah kalau Allah izinkan 26 November 2015 saya akan habiskan pengajian kat sini and gonna be back for good. Satu fasa hidup yang lain akan menanti.

Satu tahun je lagi before ada gelaran doktor kat depan. it makes me nervous tauu. Rasa macam nak belajar lagi tak nak kerja, with all the stress yang orang selalu cakap cakap. Wuu

As final year med student, tahun ni kitorang akan amik dua subjek besar. First sem Internal Medicine and second sem saya akan ambil Surgery. So far dah lalui sebulan Internal Med and Alhamdulillah I like it very much! Tak dinafikan la workload dia sangat banyak, lots of things nak kena catch up dengan all the lectures and clinical rounds nak kena kena study tapi saya suka.

I figured out that kalau i made my mind to like the subject it's easier for me untuk study.

Tahun ni lebih banyak boleh buat procedure dekat patient. I was excited tau to do my first ultrasound and ABG sampling. Time the first time dapat withdraw ABG tu rasa macam ada rainbow dalam perut, haaa gitewww. Tapi ada jugak masa masa yang sedih rasa nak nangis bila patient jerit time kita nak cucuk dia lol. Tapi apa apa pun kita belajar enn.

Nephrology round with Dr Hisham.

Geriatrics with Dr Laila & Dr .. emm i dont remember her name :/

Last day dekat Geriatrics dept dengan Dr Suzanne and Dr Anna. Diorang ni adik beradik tau and they are sooo cute, seriously. Everywhere mesti go together la.

Last day dekat GIT dept.

Esok we are gonna start round dekat a new depaertment, Endocrine.

This semester jugak, banyak kali kitorang praktis on our own selves. Kakak saya cakap kerja gile, cucuk diri sendiri tapi haha well nak buat macam mana, we have to praktis. simple procedure boleh la buat sesama sendiri kan, so everyone take turns berlakon jadi patient. Tangan saya dah banyak kali la lebam kena cucuk haha. 


Seriously we had lots of fun hurting ourselves hahaha ayat dah macam org psycho kenapa :3

Saya berjaya tidurkan baby comel ni, I was so proud of myself lol.

Okay dah tu je random post for today. Doakan saya berjaya survive my final year. Tata everyone! :D


Thursday, 3 April 2014

Paeds oh Paeds.

Assalamualaikum :)

Long time no write :P
Sekarang saya tengah demam, demam exam hewhew
Alhamdulillah baru je lepas exam final pediatrics. pheww~ 
Dan lagi tiga paper menanti ><

Setiap kali update blog mesti nak complain betapa kekoknya nak menulis kembali huhu banyak sangat benda yang ada dalam kepala yang nak dikongsikan kat sini tapi tatau macam mana nak tulis. hmm

Apa apa pun, bersyukur dah habis paeds, walaupun yang pasti I am gonna miss all those cute little children. Dulu before masuk paeds, perkara yang paling saya risaukan adalah saya bukanlah seorang yang pandai nak bermain dengan budak budak heheh. Dan saya selalu rasa budak budak ni annoying especially yang umur 3-5 tahun, yang dah pandai nak ngada ngada tuu.. aduhh menyampahnya. the only budak yang I can stand of course la my own nephew haha. Ziyad!

Ziyad holding sepupu baru saya :)

Tapi alhamdulillah lama lama dah dapat adapt dengan bebudak comel tu semua. Saya boleh dukung baby without feeling awkward lagi tau... heeeee and one my professor siap cakap ,
"You are going to be a good mother"
Haa siap bold, kaler kaler lagi kau, nampak tak betapa statement tu menggembirakan hati ini ^^

Salah satu pengalaman yang tak boleh lupa, bila salah seorang pesakit saya ajak kitorang datang rumah dia. She's such a sweet young lady. Family dia sangat mengalu-alukan kitorang and, Allah, layanan diorang dekat tetamu memang tip top! 

This is us, dengan family Omniya.

Mama dan Baba memang layan kitorang macam anak sendiri. Terharu T.T



Pertama kali merasa hospitality keluarga orang Mesir. Serious hospitality mereka sangat awesome walaupun keluarga dia hidup dalam keadaan sederhana je.


Overall, paeds adalah round yang saya paling enjoy sekali. Dua bulan lebih kot duduk kat round nih.


Saya dengan Dr Wala 
(well, it was supposed to be just me and her tapi tetiba ramai pulak yang masuk).

Emm so, that's all for today.
(Heh ni kalau ending macam ni je dalam esei time SPM dulu mesti tak lulus nih)

Haha doakan saya exam. Jumpa lagi err maybe bulan depan haha :P

*bukabukucardiology*

Saturday, 18 January 2014

Paediatrics

Assalamualaikum :)

Sekarang, saya dalam round paediatrics which is round kanak kanak. dah almost satu bulan dah masuk round ni, another one month to go. So far, round paediatrics saaaangat menarik.

Round kanak kanak ni a little bit different daripada round round sebelum ni. Sebab belajar pasal kanak kanak (of course la kann), sebelum ni asyik deal dengan orang dewasa ja.

Everything is different, vital signs (i.e respiratory rate, pulse, blood pressure) kena hafal values lain. drugs ada certain yang not working kalau bagi dekat kanak kanak, banyak penyakit yang takde dekat orang dewasa kena tahu diorang punya natal history, developmental history, nutritional and kena ada skill nak tackle kanak kanak tu time clerking and examination huhuuu

Nak tackle kanak kanak tulah yang paling lemah tu. I don't have that skill haha dengan bahasa yang limited lagilah. Hee tapi I am trying to improve myself. Memula dulu macam takut takut jugak nak approach bebudak, nak pegang babies pun takut jugak rasa cam fragile sangat diorang tuu, tambah tambah neonates.. laaaagilaaaa fragile (medically, babies yang umurnya 0-28 hari kita panggil neonates). Tapi now dah boleh sikit sikit kot, sifat sifat keibuan dah mula menyerlah (haha sila muntah hijau).

Terharu tengok bebudak kecik semua melawan penyakit diorang. Tambah tambah bila time Neonatal ICU (NICU) nampak babies pramatang/ tak cukup bulan fighting to live. Subhanallah! Kecik kecik lagi dah banyak dugaan yang Allah turunkan dekat diorang. Kanak kanak ni punya semangat nak lawan sakit diorang sangat amazing.

Ada satu case, kanak kanak lelaki, his name is Said, berumur 15 tahun dengan uncorrected Fallot Tetralogy (It's a congenital heart disease, jantung dia sejak lahir tak terbentuk dengan baik, ada jantung berlubang dan urat darah yang besar tak terlatak pada tempat yang betul. Hanya boleh dirawat dengan pembedahan) Usually case of Fallot, kalau tak dijalankan pembedahan susah untuk survive lama. Tapi that patient survive sampai umur 15 tahun! and he looks healthy and happy (for his standard). Even prof cakap his case is a miracle, nobody usually survive that long. Subhanallah! Rasa nak nangis tengok Said, he also has Down syndrome.

And rasa nak nangis tengok mak yang sabar je jaga anak dia yang istimewa. Jumpa banyak ibu ibu yang punyai anak anak down syndrome and kebanyakannya ada complication jantung. Tengok diorang layan anak dengan penuh sabar and kasih sayang. sobs TT. Terfikir kalau diri sendiri yang kena mampu tak nak tersenyum macam diorang.

So overall, round paediatrics banyak sangat ajar diri untuk bersyukur. Betapa bersyukurnya dilahirkan sempurna. Before this, dengan kawan kawan semua selalu berangan nak anak comel, tapi tengok Said and the other kids dekat ward paediatrics, terus terkesan, it's more than enough kalau anak cukup sempurna tak sakit. Allah TT.

Fighting little baby!

Wednesday, 17 April 2013

Wounded.

Assalamualaikum :'(

Saya ada masalah.. Esok ada small test, carry 4 markah, test untuk tulis report for wound cases.. Jadi, bila ada test perkara paling obvious perlu dibuat adalah study.. Aaaaaaaaaa~ Tapi I can't bring myself nak bukak slide doctor. The pictures are so disturbing.. Huuuu~ Saya tak sukaaaaa T.T

How can I write a report kalau nak tengok gambar dia pun tak sanggup waaaaa~
This is the thing that I hate the most! Tengok gambar scary scary. (Apa punya doktor daaa -.-')
but seriously gambar gambar tu is so disturbing. I am glad kitorang tak perlu tengok the real cases.

Tadi ada kelas infanticide; Infant means babies under one year old, -cide means kill. So Infanticide maksudnya adalah bunuh bayi. The proffesor pun cakap, "I am sorry for showing you this disturbing picture early in the morning."

Pembunuhan babies yang prof tunjuk adalah sangat kejam, ada yang disembelih, dicekik, dihempap dan sebagainya. I think doing all those horrible things pada orang dewasa adalah kejam, at least orang dewasa dapat balas or defend themselves. but seriously babies? Those cute little persons? they can't even defend themselves, for God's sake!

Waktu kelas tadi, kami dapat a little tazkirah from Dr Shafaa. Dia bagitahu, dekat Egypt usually, autopsy (bedah siasat) babies yang dibunuh selalunya berakhir dengan jalan buntu, hanya sedikit sahaja percentage case yang dapat diselesaikan. tapi mostly tak dapat tangkap pembunuhnya, even the police don't really care untuk selesaikan case infanticide.

So, she asked us, what should we do in this situation? Adakah patut us, as  medical officer, buat acuh tak acuh je dengan that case? Since the result almost always will come out as a disappointment. Dr Shafaa cakap no, we have to do our best, try untuk dapatkan as many evidence, as many report kita boleh buat eventhough nobody is going to read that. Dr cakap we are working sincerely sebab takutkan hari di mana kita akan ditanya kembali, "why don't you do your job?" in front of Allah SWT.

Every person has their own right. It doesn't matter either the victim adalah seorang VIP yang satu negara nak tahu kesudahannya ataupun an innocent baby yang nobody in this world care about them, their right are the same. Macam mana you workhard  for that VIP, you should do the same untuk that baby.

I was actually touched during class tadi. Sebab masa Dr bagi this tazkirah, slide presentation behind her tunjuk gambar babies yang dibunuh kejam.

So, saya akan guna that tazkirah as a booster untuk tengok slides for test tomorrow. Wish me luck peeps! :')

*i am sorry dah lama tak blogwalking lately, so sorry. InsyaAllah I'll visit back later :)*

Tuesday, 9 April 2013

Of Death And Life..

Assalamualaikum :')

Dah dua minggu menjalani round Forensic and Toxicology. Alhamdulillah round yang menarik. Subjek Forensic membuatkan saya banyak berfikir pasal kematian dalam kelas. Betapa kematian tu boleh datang pada bila bila masa. Tak kira la kau orang besar atau orang biasa biasa, bila dah mati proses yang sama jugak akan jadi. You have no control of your body pada masa sakaratul maut tu tiba. Allah T.T

Melihat gambar gambar contoh cases yang ditunjukkan doktor, pelbagai jenis kematian ada. Membuatkan saya tertanya bagaimana kesudahan saya kelak. baikkah, burukkah?

Adakah akan menyesal selepas mati nanti, meminta pada Allah agar dikembalikan ke dunia nak betulkan semuanya kembali.

"Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya"

Az-Zalzalah 99 : 6


Apabila dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara,
hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)

mereka menjawab, "benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan "Allah tidak menurunkan sesuatu apapun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar.

Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala nyala"

Al-Mulk 67 : 6-10

Kawan saya pernah bercerita kisah di akhirat kelak, apabila tiba waktu diberikan kitab amalam kita, yang menerima kitab tersebut dengan tangan kanannya akan bersorak gembira sampaikan menjerit kegembiraan, "lihat lihat, aku bakal masuk ke syurga!"

manakala yang menerima dengan tangan kiri akan mengeluh dan bersedih, mengharapkan agar kematian yang pertama tersebut adalah kematian yang kekal, tiada lagi kebangkitan selepas itu.

Allah T.T

Tuesday, 26 March 2013

Round Baru : Forensic and Toxicology.

Assalamualaikum :')


Haha.. one of my classmate buat ni. lol~

So, macam yang Horatio cakap, saya akan start semester baru dengan round Forensic Medicine and Clinical Toxicology. 

CSI mode.. activated!

Monday, 21 January 2013

Aiman Tak Kisah

Assalamualaikum :)

Saya teringat iklan di radio, Aiman tak kisah.
"Aiman ada kawan, nama dia Arif, umur 5 tahun macam Aiman, tapi dia kecik jer. Aiman tak kisah. Kalau main main Arif cepat letih, dia jalan lambat lambat, Aiman selalu pimpin tangan Arif. Aiman tak kisah...
Arif sakit, dia HIV poci... HIV positif. Bila dia tak sihat, Aiman teman Arif baca buku kat rumah. Aiman tak kisah....."
I have mad respect to Aiman. Aiman tak kisah.

Saya pernah terjumpa seorang pesakit, dia penagih dadah dan bertatoo. Di kaki siap ada tatoo tengkorak yang comel lagi. Doktor suruh kami cek dia, buat general examination dan ambil vital signs. Saya dan rakan rakan periksa dia macam biasa tanpa menggunakan glove.

Tak lama selepas tu, Professor kami, Dr Manal menyuruh Resident Doktor (Dr Marwa) di situ untuk periksa lymph node patient tersebut nak tengok ada enlargement atau tidak, lantas Dr Marwa ambil glove sambil bagitahu Dr Manal yang mereka syak patient tu ada HIV.

Saya.. gulp. terus melihat tangan sendiri, nak periksa ada luka di tangan atau tak. Saya student medic, saya tahu HIV tak akan merebak melalui sentuhan. Tapi saya masih risau dan paranoid. Saya dan rakan rakan berpandangan sesama sendiri. Masing masing dah menyentuh patient tersebut dengan tangan tak berlapik.

Tapi kemudian bila doktor yang lebih senior Dr Manal sentuh saja patient tu tanpa berlapik, kami menarik nafas lega.

Selepas beberapa ketika berada dalam 'ketakutan', saya mula berfikir secara logik..

HIV certainly tak boleh merebak melalui sentuhan, udara ataupun berkongsi pakaian kerana virus ni tak boleh survive di luar badan manusia. HIV hanya boleh merebak melalui cecair badan seperti darah, mani dan susu ibu. Jadinya berkawan, bersentuhan dengan penghidap penghidap HIV adalah selamat. But I guess all this is easier said than done huh.I still think semua orang pun walaupun tahu je fakta ni, masih sedikit paranoid, bukan?

Sebab itu saya sangat kagum dengan Aiman, even student medic pun tak boleh jadi macam Aiman. I wonder is it because of my first time meeting someone suspected with HIV? Haha tengok la, I'll write again bila nanti saya jumpa lagi patient HIV. I wonder adakah saya akan matang waktu tu, by matang i mean tak paranoid lagi. hmm.

Wednesday, 19 December 2012

Hello Internal Medicine :)

Assalamualaikum :)

Oh, hari ni hari rabu, dah lama tak buat wordless wednesday. hee do people still buat benda tu? haha dulu dulu selalu sangat nampak setiap hari rabu bloggers semua post wordless wednesday. sekarang dah jarang nampak.

Well, entry hari rabu saya ni dah tak berapa wordless daa. hehee by the way, saya dah mula round baru. yuhuuuu~ say hello to internal medicine everyone :D well internal medicine ni adalah one of the major branch or major round yang student medic kena ambil. Sem ni kitorang ambil internal medicine for sebulan je, tapi ianya kan bersambung (macam drama dahh) time masuk tahun lima dan enam nanti. 
So, internal med nampak macam menarik. haha tatau la, since baru hari pertama. so far so good :P

apa apa pun, esok saya ada exam parasitology and microbiology. tak banyak pun. soalan dia ada 27 je. Doakan :)

Thank you sudi baca ^^

Wednesday, 12 December 2012

Farewell Tropcal Med,

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, saya dah habis round department kali ni, Tropical Medicine. And InsyaAllah dalam seminggu nanti I'll say hello to Internal Medicine pulak. Exam tadi alhamdulillah i think okay okay je. Saya ada lagi lima hari untuk study for MCQ paper pulak. And now.. off to the photo galore :P



With our doctors :D semua orang sangat excited dah habis exam practical. 

Ini one of my patient, nama Amina. Sangat baik dan always bersemangat nak bagi kitorang palpate.Kebanyakan patient akan pura pura macam sakit bila nak examine sebab banyak sangat students tapi amina, siap volunteer lagi hee Thank youu~ everyone from our class kenal kot amina ni. 

Saya tengah cari spleen Ammu Ahmad. And beside me is Dr Eman, one of our attending doctor. 

Ini adalah salah satu method nak rasa organ dalaman yang membesar disebabkan apa apa penyakit. Method ni namanya palpation. Ada banyak jenis palpation, yang saya tengah buat kat atas adalah classical deep palpation. Basically dia macam tekan tekan je perut patient tu untuk cari organ, tapi still kena tahu the right technique. Contohnya macam nak mula dari mana, nak rasa guna bahagian tangan mana. 

Dari mana nak mula untuk palpate spleen dan liver dan ikut anak panah.

Daripada teknik ni kita boleh tahu saiz, macam mana rupa organ tu sama ada smooth, firm ke ataupun hard. Rasa border dia etc.

Depan department Tropical Medicine. Hari ni hari terakhir kami dekat department ni, minggu depan dah tukar department baru, Internal Medicine. Excited! Sebab Internal Medicine adalah salah satu department yang peling penting sekali untuk latih skill jadi doktor. Uuuuuu~

That's all je kot. Doakan saya nak exam MCQ pulak minggu depan on 18th December. Lima hari cuti study untuk paper satu jam je ahahaha kalau tak habis baca buku lagi sila ketuk kepala sendiri.

Haha thank you sudi baca :)

Exam Trop Med.

Assalamualaikum :)

I am updating in less than 4 minutes.
Saya ada exam pada jam 11 Mesir, emm pukul 5 petang Malaysia. Hee doakan :P
Look how I practised my doctor's skill. lol :D
Haha by the way this is a technique called percussion.

Tu je, thank you u olls :)

Monday, 3 December 2012

Rabun, Laser dan LASIK.

Assalamualaikum ;)

Saya pakai spec sejak dari darjah satu. Setiap masa. Memang teringin nak buat laser. Dulu dulu bila time sekolah, dengar ada teknologi nama laser ni yang boleh ubati mata rabun, hati terus terasa membuak-buak nak buat laser. Betapa kuciwanya saya bila tahu kena tunggu umur 20++ dulu baru boleh buat laser T.T

Tapi sekarang saya dah umur 21. Tahun depan dah nak masuk 22. Waaa~ terasa dah dewasa dan matang sangat. Haha mak dan kakak sulung saya masa umur diorang macam ni dah kahwin dah pun. Okay fine, tade kena mengena.

Haha tapi main pointnya kat sini adalah saya dah mencapai umur untuk buat laser sekarang. InsyaAllah.
To be specific, it is LASIK (baca : Laser Assisted In Situ Keratomileusis).
LASIK adalah satu procedure yang menggunakan laser untuk membentuk semula cornea dalam pesakit rabun jauh, dekat atau astigmatism.


See this video. Saya rasa sangat cool procedure ni. Hee~

Saya plan nak check dengan Ophthalmologist. nak tengok sesuai tak lagi mata saya nak buat LASIK. I am so excited. InsyaAllah kalau ada rezeki nak buat tahun ni, kalau takde emm tape, saya tunggu je lagi dua or tiga tahun. hee

Kena tunggu power mata betul betul stabil dulu baru boleh buat LASIK. Selalunya bila seseorang tu dah mencapai umur 21 insyaAllah mata dia dah stabil, dah sampai had tumbesaran.

Mitos dalam masyarakat, kita ingat kalau tengok TV dekat and baca buku dalam gelap boleh buat mata rosak tapi salah tu sebenarnya. Doctor Ophthal saya cakap benda benda tu boleh buat mata jadi penat je (Eye Strain or aesthenopia) dan takkan buat rabun.

Sebab utama mata rabun, adalah disebabkan saiz (axial length) mata yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Dan ini adalah disebabkan faktor genetik. Orang Asia roughly 60% daripadanya ada masalah rabun, manakala orang Eropah and Arabs hanya 30% je.

Selain disebakan saiz eyeball, bentuk cornea pun boleh menyebabkan rabun.

Nearsightedness rabun jauh, farsightedness adalah rabun dekat.

Astigmatism atau orang kita panggil silau pula adalah disebabkan bentuk atau curvature/steepness of cornea tu tak sama. Jadi menyebabkan, instead of fokus dekat satu point je imej tu akan fokus dekat dua tempat yang berbeza atas retina dan menyebabkan imej tersebut blur.


Kalau tengok anak or adik kecik kecik suka tengok TV dekat ada dua possibility, sama ada diorang memang suka tengok TV dekat ataupun sebab diorang rabun. That's why diorang tengok Tv dekat dekat. Baik pergi check. 

Sebab saya masih ingat lagi time kecik kecik dulu, saya tak tahu pun saya rabun dan family saya pun tak tahu. Jadi saya selalu sangat tengok TV dekat dekat. Bila masuk sekolah, kan ada nurse datang check mata, baru saya tahu saya rabun sebenarnya. Jadi selama ni saya ingat saya rabun sebab tengok TV dekat haha tapi bila posting Ophthal baru tahu terbalik sebenarnya. Saya tengok Tv dekat dulu sebab saya rabun. Ha. 

So jangan la percaya bila orang cakap tengok tv dekat dekat, baca buku dalam gelap mahupun baca buku banyak sangat boleh buat orang jadi rabun. Mitos belaka tuu :P

Dua tiga hari lepas, saya pergi ke kelas pakai contact lenses, masuk kelas je semua orang tanya, "Yan buat LASIK ke?" Haha mentang mentang la semua baru habis round Ophthal hari tu, tak terfikir langsung saya pakai lens, LASIK je dalam fikiran diorang. 

Saya rasa kebanyakan kawan-kawan yang dah lalui posting Ophthal, kebanyakannya excited dan teringin nak buat LASIK. Teknologi sekarang dah maju tau, boleh buat sampai power 12 diopters woo dan LASIK ni kurang side effectnya.

Tapi, sesiapa yang berniat nak buat LASIK, don't get your expectation too high. Study dulu betul-betul. Sebab walaupun LASIK ni selamat tapi still ada sedikit side effect yang sangat sangat sangat minor maybe 1% gitu je. But still, saya rasa it is better semua orang faham dan tahu everything before buat apa apa.

Okay la, tu je. Saya teringin nak buat LASIK, Doakan mata saya sesuai eh untuk LASIK ;)

Sunday, 14 October 2012

New Chapter : Clinical Years!

Assalamualaikum and hello and haaaaiiiiii! :D

Long time no see guys! *sambil sebelah tangan wave gaya model and sebelah lagi menyapu segala habuk dan sawang dalam blog ni* 



Tiga bulan telah pun berlalu selepas post yang lepas. Ha. Last post adalah tentang puasa, tapi kini setelah raya pun telahpun lama berlalu, saya kembali ingin merancakkan arena perblogan ini. Hah, merepek memang nombor satu kann!

Cuti musim panas hampir tiga bulan dah pun habis. Bila duduk dekat rumah, mood untuk online terus hilang ditiup angin, banyak benda yang nak dikongsi bersama tapi malangnya jari jemari gemalai ini terasa terlalu berat sekali untuk menaip. Lalu terkubur begitu saja cerita cerita menarik sepanjang cuti.

Cuti kali ni terasa sekejap je, tup tup dah habis. Yelah sepanjang cuti, masa dihabiskan dengan berfaedah sekali.

Antaranya ialah mengikut mak ayah pergi ke pasar, sekali dua tolong ibu mengcangkul tanah di luar rumah untuk aktiviti bercucuk tanam, setiap pagi keluar makan roti canai atau nasi lemak dekat gerai, kadang-kadang pergi ke Mydin beli barang adik nak ke asrama, setiap seminggu atau dua minggu pergi ke Tapah melawat adik yang sedang menjalani kehidupan di asramanya, kadang-kadang bangun pagi memandikan Ziyad yang nak ke sekolah, tengah hari pula menyambut beliau pulang, suap makan dan memandikan beliau lantas menidurkan beliau. Ditambah pula dengan aktiviti belajar memandu. Tak lupa makan yang sudah pasti lebih daripada empat kali sehari. Haha sibuk tak cuti saya? Tu yang tak sempat nak update blog tuuuuuuu ^.*

Oh, kalau amda tidak mengenali Ziyad, beliau adalah anak saudara saya yang berumur 4 tahun. Lihat gambar di bawah.

Ziyad muka bangga bercampur gembira. Bangga kerana berjaya menulis nombor 18, gembira pula kerana dapat sticker Boboboi.

Hee btw saya dah dapat lesen P! Walaupun roundabout sekolah memandu pecah dilanggar lantas menyebabkan kereta cikgu sekolah tersebut kemek, tapi akhirnya saya berjaya jugak dapat lesen P. Alhamdulillah :)

Phewww, seminggu sudah saya dah balik Mesir balik huhuuu T.T dan pagi tadi bermulalah babak pertama hidup saya sebagai pelajar klinikal perubatan. Saya dah masuk tahun empat oooo.. Pejam celik pejam celik, terasa macam baru je beberapa hari lepas sampai mesir dengan muka fresh nak timba ilmu, melayan serta melawan kerenah Arab Mesir, tup tup dah nak masuk tahun keempat saya kat sini. Whewwww, cepat kann masa berlalu?

Lagi tiga tahun, anda-anda semua yang baca blog ni haruslah memanggil saya Dr Izyan tau. InsyaAllah kalau ada rezeki saya, amin. Cepat cepat semua orang aminkan sekali :) Terima kasih!

Ha, pagi tadi saya mula sem ni dengan round Ophthalmology (okay, saya masih fail nak eja dengan tepat istilah ophthalmology nih, setiap kali nak eja mesti kena rujuk buku ataupun dictionary =.=') Basically ophthalmology ni kita akan belajar pasal mata.

Haha nak jugak kan tunjuk stethoscope baru beli, walaupun round ophthal tade pun guna stethoscope. Saya saje nak tunjuk saya dah ada stethoscope sendiri oooo.. haha

Emm clinical years nampak macam tough but insyaAllah I'll do my best. Doakan saya!

Thanks for reading :)