Showing posts with label medic. Show all posts
Showing posts with label medic. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

The Final of Finals :)

Assalamualaikum wbt :)

My last final exam is just in another two days in the form of Grand OSCE and long case examination.

Phewww~

i still can't really believe that the end of my six year journey as a med student is gonna end soon.
But this end is in reality the beginning of another long and most probably harsher and more tiring journey.

Classmates. taken after our last oral exam.

Please make dua for me and my colleagues :)

Love
Yan :)

Wednesday, 7 January 2015

2015.

Assalamualaikum :)

Rasa macam nak menulis hari ni, so here i am! :3

Sekejap sangat masa berlalu, dah nak masuk 2015 daa. Saya tak ingat sangat pun what have i done in 2014. All I know is that 2014 is quite a busy year for me.

Tahun ni dah tahun last dah di Mesir, InsyaAllah kalau Allah izinkan 26 November 2015 saya akan habiskan pengajian kat sini and gonna be back for good. Satu fasa hidup yang lain akan menanti.

Satu tahun je lagi before ada gelaran doktor kat depan. it makes me nervous tauu. Rasa macam nak belajar lagi tak nak kerja, with all the stress yang orang selalu cakap cakap. Wuu

As final year med student, tahun ni kitorang akan amik dua subjek besar. First sem Internal Medicine and second sem saya akan ambil Surgery. So far dah lalui sebulan Internal Med and Alhamdulillah I like it very much! Tak dinafikan la workload dia sangat banyak, lots of things nak kena catch up dengan all the lectures and clinical rounds nak kena kena study tapi saya suka.

I figured out that kalau i made my mind to like the subject it's easier for me untuk study.

Tahun ni lebih banyak boleh buat procedure dekat patient. I was excited tau to do my first ultrasound and ABG sampling. Time the first time dapat withdraw ABG tu rasa macam ada rainbow dalam perut, haaa gitewww. Tapi ada jugak masa masa yang sedih rasa nak nangis bila patient jerit time kita nak cucuk dia lol. Tapi apa apa pun kita belajar enn.

Nephrology round with Dr Hisham.

Geriatrics with Dr Laila & Dr .. emm i dont remember her name :/

Last day dekat Geriatrics dept dengan Dr Suzanne and Dr Anna. Diorang ni adik beradik tau and they are sooo cute, seriously. Everywhere mesti go together la.

Last day dekat GIT dept.

Esok we are gonna start round dekat a new depaertment, Endocrine.

This semester jugak, banyak kali kitorang praktis on our own selves. Kakak saya cakap kerja gile, cucuk diri sendiri tapi haha well nak buat macam mana, we have to praktis. simple procedure boleh la buat sesama sendiri kan, so everyone take turns berlakon jadi patient. Tangan saya dah banyak kali la lebam kena cucuk haha. 


Seriously we had lots of fun hurting ourselves hahaha ayat dah macam org psycho kenapa :3

Saya berjaya tidurkan baby comel ni, I was so proud of myself lol.

Okay dah tu je random post for today. Doakan saya berjaya survive my final year. Tata everyone! :D


Saturday, 18 January 2014

Paediatrics

Assalamualaikum :)

Sekarang, saya dalam round paediatrics which is round kanak kanak. dah almost satu bulan dah masuk round ni, another one month to go. So far, round paediatrics saaaangat menarik.

Round kanak kanak ni a little bit different daripada round round sebelum ni. Sebab belajar pasal kanak kanak (of course la kann), sebelum ni asyik deal dengan orang dewasa ja.

Everything is different, vital signs (i.e respiratory rate, pulse, blood pressure) kena hafal values lain. drugs ada certain yang not working kalau bagi dekat kanak kanak, banyak penyakit yang takde dekat orang dewasa kena tahu diorang punya natal history, developmental history, nutritional and kena ada skill nak tackle kanak kanak tu time clerking and examination huhuuu

Nak tackle kanak kanak tulah yang paling lemah tu. I don't have that skill haha dengan bahasa yang limited lagilah. Hee tapi I am trying to improve myself. Memula dulu macam takut takut jugak nak approach bebudak, nak pegang babies pun takut jugak rasa cam fragile sangat diorang tuu, tambah tambah neonates.. laaaagilaaaa fragile (medically, babies yang umurnya 0-28 hari kita panggil neonates). Tapi now dah boleh sikit sikit kot, sifat sifat keibuan dah mula menyerlah (haha sila muntah hijau).

Terharu tengok bebudak kecik semua melawan penyakit diorang. Tambah tambah bila time Neonatal ICU (NICU) nampak babies pramatang/ tak cukup bulan fighting to live. Subhanallah! Kecik kecik lagi dah banyak dugaan yang Allah turunkan dekat diorang. Kanak kanak ni punya semangat nak lawan sakit diorang sangat amazing.

Ada satu case, kanak kanak lelaki, his name is Said, berumur 15 tahun dengan uncorrected Fallot Tetralogy (It's a congenital heart disease, jantung dia sejak lahir tak terbentuk dengan baik, ada jantung berlubang dan urat darah yang besar tak terlatak pada tempat yang betul. Hanya boleh dirawat dengan pembedahan) Usually case of Fallot, kalau tak dijalankan pembedahan susah untuk survive lama. Tapi that patient survive sampai umur 15 tahun! and he looks healthy and happy (for his standard). Even prof cakap his case is a miracle, nobody usually survive that long. Subhanallah! Rasa nak nangis tengok Said, he also has Down syndrome.

And rasa nak nangis tengok mak yang sabar je jaga anak dia yang istimewa. Jumpa banyak ibu ibu yang punyai anak anak down syndrome and kebanyakannya ada complication jantung. Tengok diorang layan anak dengan penuh sabar and kasih sayang. sobs TT. Terfikir kalau diri sendiri yang kena mampu tak nak tersenyum macam diorang.

So overall, round paediatrics banyak sangat ajar diri untuk bersyukur. Betapa bersyukurnya dilahirkan sempurna. Before this, dengan kawan kawan semua selalu berangan nak anak comel, tapi tengok Said and the other kids dekat ward paediatrics, terus terkesan, it's more than enough kalau anak cukup sempurna tak sakit. Allah TT.

Fighting little baby!

Sunday, 20 January 2013

Autoimmune [BW]

Assalamualaikum dan hello people :)

Belajar dalam department Rheumatology, kebanyakan pesakit yang saya jumpa adalah yang mempunyai penyakit auto-immune. Apa itu auto-immune disease?
Autoimmune disease is an illness that occurs when the body tissues are attacked by its own immune system.
Translasi secara kasarnya adalah autoimmune ni adalah sejenis penyakit yang diserang immune system ataupun daya tahan diri sendiri.

Dalam badan kita daya tahan atau immune system ni ibarat askar askar yang berjuang mempertahankan sebuah negara. Negara tersebut adalah tubuh badan kita sendiri. Askar askar ni saban hari kerjanya dalam tubuh berlawan dengan musuh musuh durjana dalam bentuk virus, bacteria, parasit, dan lain lain.

Setiap hari ada sahaja pathogen pathogen comel tapi berbahaya ni bersedai untuk menyerang kita. Setiap hari kita hidup dengan gembiranya tanpa disedari ada peperangan besar yang berlaku dalam dan luar badan kita antara askar askar yang bernama leukocytes dan anak-anaknya neutrophils, monocytes, natural killer (pembunuh semulajadi woo O.O) dan adik beradik mereka yang lain.


Tapi, apa pulak yang terjadi pada pesakit autoimmune disease ni? Bagi pesakit pesakit atoimmune ni, instead of mempertahankan negara tapi askar askar ni menyerang tubuh badan mereka sendiri ataupun menumpukan perhatian kepada benda benda remeh temeh.

Sebagai contoh dalam kes allergi, immune system akan menyerang benda benda yang makan yang kebiasaanya akan diignore sahaja oleh mereka. Cohtohnya orang yang allergi coklat, bila makan aje coklat askar yang bernama mast cell akan bertindak dengan melepaskan senjata rahsianya yang bernama histamine. lalu jadilaa gatal gatal, merah merah seluruh badan.

Dalam kes autoimmune disease pula, askar askar immune system ni akan menyerang cell cell badan mereka sendiri.

Contoh autoimmune disease ni adalah Celiac disease. Celiac disease adalah satu penyakit di mana individu tersebut akan mengalami cirit birit (diarrhea) atau sembelit (constipation), angin (flattulence) bila mereka makan sejenis makanan yang ada gluten (gandum, barley, oat). Setelah makan gluten terjadilah reaksi yang agak complicated dan askar askar ni akan memusnahkan cell cell dalam usus (gastrointestinal).

Contoh yang lain pula adalah Rheumatid Arthritis, sejenis penyakit yang menyebabkan askar askar tadi menyerang sendi sendi (joints). Dan banyak lagi penyakit autoimmune yang lain antaranya Systemic Lupus Eryhthematosis, Addison's Disease, Graves dan banyak lagi.

Masalah paling besar autoimmune adalah kita tak tahu sebabnya kenapa . Kebanyakan daripadanya kita tak tahu kenapa sebabnya, maybe genetic sebab apabila seseorang ada any autoimmune disease, dia tend untuk ada another condition of autoimmune disease. Tapi kenapa? Tak siapa yang tahu.

Belajar Medic, saya selalu tersedar dan even my lecturers pun selalu ingatkan, that there's nothing in our control. Doctors mungkin boleh jadi medium untuk membantu merawati penyakit tapi yang menyembuhkan hanya Allah sebab hanya Dia yang tahu everything yang jadi dalam badan kita.
"Dan Dialah yang memulakan penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagiNya."
Ar-Rum 30 : 27

This is a very nice story. Tentang Dr Lawrence Brown. He is a cardiothoracic surgeon if I am not mistaken. Dia selalu rasa that being a doctor he has like some sort of control, tapi bila anaknya sendiri ada satu condition coarctation of aorta (keadaan di mana saluran darah besar anaknya jadi sempit jadi badan anaknya jadi biru sebab tak cukup oxygen dan chance of survival sampai besar hanya bergantung pada pembedahan)  apabila lahir, at that moment he felt so depressed dan untuk pertama kalinya  dia berdoa dan berkata, "Oh God, if you are there, help me and I'll find you" after that a miracle happens. Pada masa tulah, daripada seorang atheis tak percayakan Tuhan, dia mula sedar akan kewujudan Satu Kuasa yang jauh lebih besar dekat atas sana.

Tengok la video tu kalau nak tahu what is the miracle tapi i think you can guess, but still tengok that video!  :P

Banyak perkara kecil yang merupakan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita, kadang kadang kita tak sedar pun perkara tu adalah nikmat besar buat kita. Antara nikmat yang kurang kita sedari adalah immune system kita la, kita takkan mampu hidup walaupun sehari kalau tiada immune system ni untuk protect kita. So let's take a moment to say Thank You Allah, for everything! :)
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Wednesday, 28 November 2012

Salah Faham Medic ; Cara Nak Surutkan Demam

Assalamualaikum and hello all :)

Baru beberapa hari lepas, lecture saya bertajuk Pyrexia of Unknown Origin (translate : demam yang tidak diketahui asalnya) atau nama glamornya PUO atau Pyrexia of Undetermined Etiology atau Prolonged Fever. Ha. trust medic to give everything multiple names.

Dalam lecture, doktor bagitahu the right way nak surutkan demam selain ubat ubatan. Dan kalau sejak turun temurun lagi kita akan letak tuala sejuk atau cool fever atas kepala. Hee saya student medic pun tak pernah terfikir tapi kaedah tu doktor cakap tak bagi kesan sangat sebenarnya. Ada effect tapi lambat.

Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan letak dekat tiga tempat.

  1. neck (leher)
  2. axilla (bawah ketiak)
  3. groin (taktahu nak translate dalam bahasa melayu ape haha)
okay boleh tengok ilustrasi di bawah. yang dihightlight oren tu.


Kenapa letak dekat tiga tempat ni? sebab kat sini ada saluran darah besar yang supply badan kita. Ada carotid artery (neck), axillary artery (axilla) dan femoral artery (groin). Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan menurunkan suhu darah sebab nanti darah ni akan pergi ke segenap penjuru badan. Bayangkan kalau letak kat kepala ada tulang dan kulit je, lambat sikit la effect dia.

Tapi, jangan sekali-kali letak ais secara direct, balut dulu dengan tuala then baru letak. sebab ais, sejuk sangat akan menyebabkan vasoconstriction which means saluran darah mengecil then kurangkan supply darah pulak. Lain pulak jadinya nanti. Gangrene nanti kang.

Tu je untuk hari ni. By the way nak cerita, baru belajar macam mana nak palpate orang. Waa~ I am so excited, terasa macam doktor gituuu. haha Tropical Med is not that bad. Selain kelas ILA, saya rasa kelas lain bearable je.

OKay, haha hee tu je thank you sudi baca. Chiowwww~

Wednesday, 14 November 2012

First 4th Year Exam.

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah pagi tadi dah selesai exam OSCE Ophthal, Fuhh, lega eventhough haa kantoi banyak kot. haha I was feeling extra nervous today, like seriously EXTRA! Tak tahu kenapa, ha.

Haha ada satu station saya terlalu nervous sampaikan a simple question like diagnose gambar kat bawah ni saya jawab Central Retinal Artery Occlusion (CRAO). Oh no, haha padahal sudah terang lagi bersuluh ini merupakan Diabetic Retinopathy.

Diabetic Retinopathy

Central retinal Artery occusion (CRAO). emm can you see the difference?

It's like, bila orang tanya, "what is this?" sambil tunjuk gambar itik, tapi saya jawab ayam sebab dia ada paruh dan sayap jugak. haha relevan tak?

Dan lagi satu saya mess up kan station yang ada patient cataract. Padahal cataract saya tengok everyday.. EVERYDAY! dalam kelas.

Heh *Okay, forgive me for my rant and rave*

Tapi.. alhamdulillah, saya takdelah totally mess up kan exam saya hari ni. Alhamdulillah first question I got full mark. Fuhh.. lego den.. Saya ada lagi dua hari before mcq exam untuk end of ophthalmology round.

Alhamdulillah, sepanjang sebulan saya belajar ophthalmology, banyak pengalaman berharga. Meeting great people. My patients yang sabar je melayan kerenah kami kami doktor doktor amatur ni. Tapi ada jugak patient yang tak sabar kot nak melayan kami yang banyak sangat tanya lalu tengah tengah kami ambil history, patient tu pun pergi macam tu je. Heh diorang tau kami bukan doktor betul T.T

Patient yang sporting sangat best. Like pakcik ni. Dia tak habis-habis mendoakan kejayaan kami. Rabbuna yunajjah, rabbuna yunajjah tak kering daripada bibir dia. aww~
.

Adilah, me and Adibah. Gegirls of Group 1 Round Ophthalmology <3

With Dukturah Syahirah, our assistant professor.

Apa-apa pun, it was nice, belajar ophthalmology. Belajar mata, organ penting yang membolehkan kita semua melihat dunia. Saya tak tahu sama ada saya nak jadi ophthalmologist ataupun tidak tapi emmm besar kemungkinan mungkin tidak. Tapi siapa tahu, kita merancang tapi Allah yang menentukan semuanya. Mana tahu, kot kot master saya dalam bidang ophthalmology :P

Selepas exam mcq end of round Sabtu ni, Ahad tu insyaAllah saya akan mula buat round dalam department baru, Tropical Medicine. So next week, say hello to parasites, bacteria and all their relatives.

Thank you sudi baca. doakan saya exam Sabtu ni :)

"Katakanlah:"Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu" Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)"

Sunday, 14 October 2012

New Chapter : Clinical Years!

Assalamualaikum and hello and haaaaiiiiii! :D

Long time no see guys! *sambil sebelah tangan wave gaya model and sebelah lagi menyapu segala habuk dan sawang dalam blog ni* 



Tiga bulan telah pun berlalu selepas post yang lepas. Ha. Last post adalah tentang puasa, tapi kini setelah raya pun telahpun lama berlalu, saya kembali ingin merancakkan arena perblogan ini. Hah, merepek memang nombor satu kann!

Cuti musim panas hampir tiga bulan dah pun habis. Bila duduk dekat rumah, mood untuk online terus hilang ditiup angin, banyak benda yang nak dikongsi bersama tapi malangnya jari jemari gemalai ini terasa terlalu berat sekali untuk menaip. Lalu terkubur begitu saja cerita cerita menarik sepanjang cuti.

Cuti kali ni terasa sekejap je, tup tup dah habis. Yelah sepanjang cuti, masa dihabiskan dengan berfaedah sekali.

Antaranya ialah mengikut mak ayah pergi ke pasar, sekali dua tolong ibu mengcangkul tanah di luar rumah untuk aktiviti bercucuk tanam, setiap pagi keluar makan roti canai atau nasi lemak dekat gerai, kadang-kadang pergi ke Mydin beli barang adik nak ke asrama, setiap seminggu atau dua minggu pergi ke Tapah melawat adik yang sedang menjalani kehidupan di asramanya, kadang-kadang bangun pagi memandikan Ziyad yang nak ke sekolah, tengah hari pula menyambut beliau pulang, suap makan dan memandikan beliau lantas menidurkan beliau. Ditambah pula dengan aktiviti belajar memandu. Tak lupa makan yang sudah pasti lebih daripada empat kali sehari. Haha sibuk tak cuti saya? Tu yang tak sempat nak update blog tuuuuuuu ^.*

Oh, kalau amda tidak mengenali Ziyad, beliau adalah anak saudara saya yang berumur 4 tahun. Lihat gambar di bawah.

Ziyad muka bangga bercampur gembira. Bangga kerana berjaya menulis nombor 18, gembira pula kerana dapat sticker Boboboi.

Hee btw saya dah dapat lesen P! Walaupun roundabout sekolah memandu pecah dilanggar lantas menyebabkan kereta cikgu sekolah tersebut kemek, tapi akhirnya saya berjaya jugak dapat lesen P. Alhamdulillah :)

Phewww, seminggu sudah saya dah balik Mesir balik huhuuu T.T dan pagi tadi bermulalah babak pertama hidup saya sebagai pelajar klinikal perubatan. Saya dah masuk tahun empat oooo.. Pejam celik pejam celik, terasa macam baru je beberapa hari lepas sampai mesir dengan muka fresh nak timba ilmu, melayan serta melawan kerenah Arab Mesir, tup tup dah nak masuk tahun keempat saya kat sini. Whewwww, cepat kann masa berlalu?

Lagi tiga tahun, anda-anda semua yang baca blog ni haruslah memanggil saya Dr Izyan tau. InsyaAllah kalau ada rezeki saya, amin. Cepat cepat semua orang aminkan sekali :) Terima kasih!

Ha, pagi tadi saya mula sem ni dengan round Ophthalmology (okay, saya masih fail nak eja dengan tepat istilah ophthalmology nih, setiap kali nak eja mesti kena rujuk buku ataupun dictionary =.=') Basically ophthalmology ni kita akan belajar pasal mata.

Haha nak jugak kan tunjuk stethoscope baru beli, walaupun round ophthal tade pun guna stethoscope. Saya saje nak tunjuk saya dah ada stethoscope sendiri oooo.. haha

Emm clinical years nampak macam tough but insyaAllah I'll do my best. Doakan saya!

Thanks for reading :)

Tuesday, 22 May 2012

Cacings~

Asslamualaikum and hello all..

Alhamdulillah, saya dah book tiket untuk balik Malaysia.. yeay >.< tinggal nak bayar je petang ni. Cuti dua bulan setengah ooo.. haa heaven, cuti kali ni paling lama kalau dibandingkan dengan masa tahun satu dan dua.. yeayy lagi sekali :D

Kelas hari ni habis dalam pukul 12 tengah hari, keluar je daripada bangunan universiti, terus terasa bahang yang extreme. Oh no, summer sudah datanggg :(

Hari ni nak cerita tentang makhluk Tuhan yang paling seksi.. eh bukan bukan, makhluk Tuhan yang selalu kita dengar time kecik kecik dulu which is... CACING!


Disebabkan semester kali ni saya belajar mengenai sistem pencernaan (omputeh dia sebut Gastrointestinal/Digestive System) jadi banyak laa cacing-cacing serta sepupu sepapat mereka yang saya kenali.

 Salasilah keluarga mereka.

Cacing ni nama glamor dia adalah Helminth. Anak anak dibawah kategori helminth ni pun nama diorang power power, kalah nama moden orang zaman sekarang. Antara tiga nama favorite saya adalah schistosoma mansoni (rasa macam ada ciri kemelayuan), hyemenolepis nana (rasa macam comel) dan loa loa (yang ni lagi comel nama dia). Ah, lagi satu yang menarik adalah Heterophyes heterophyes. ahaa, best kan nama dia? kita mana ada macam tu, nanti boleh laa nak bagi nama anak doublekan nama tu, Izyan Izyan.. takpun Khalidah khalidah >.<

Kalau dengar je ada budak kena cacing, mesti first thing dalam kepala cacing tu ada dalam perut ataupun intestine (usus) kan? tapi sebenarnya cacing cacing ni boleh jalan jalan buat lawatan dalam badan kita ke mana mana je. Diorang boleh pergi ke otak, mata, hati, spleen, bawah kulit dan sebagainya. Mari kita explore serba sedikit tentang makhluk kecik menjalar ni.

Enterobius vermicularis (pinworm).


Nama lain bagi enterobius adalah pinworm sebab bahagian hujung belakangnya (posterior end) bentuknya seakan akan macam pin. Kecik je si enterobius ni, adalah dalam, 8-13 mm saiz dia.

Sape time dulu kecik kecik pernah gatal gatal punggung time malam malam? sila angkat tangan. Kepada yang segan segan nak angkat tangan tu, jangan malu jangan segan mengaku je. Sebabnya kebanyakan budak budak memang pernah kena gatal gatal punggung sebab si enterobius ni. *saya dulu pun pernah kena jugak, mak la yang cakap, saya tak ingat*. Enterobius ni adalah cacing yang paling banyak dijangkiti manusia seluruh dunia.

Nak diagnose cacing ni senang je, kalau mengadu dekat doktor yang anak gatal gatal punggung (perianal itching) insyaAllah doktor akan suspek cacing. Then, ibu ibu jugak boleh cek sendiri dengan tengok punggung anak time malam malam.

Si enterobius yang betina ni selalunya dia akan merangkak rangkak menjalar keluar dari lubang pungung pada waktu malam untuk bertelur di sekelilingnya. Gatal gatal ni nama glamor dia adalah perianal itching. Disebabkan pergerakan enterobius ni laa yang akan menyebabkan gatal gatal tersebut.

Selalunya bila seorang dalam keluarga tu dah kena infect dengan enterobius, seluruh ahli keluarga turut terlibat jua. Disebabkan berkongsi katil dan pakaian dalam, so telur ataupun enterobius tu sendiri boleh jatuh dan masuk badan orang lain pulak.

So kenalah basuh dan tukar cadar selalu. Selain jangan bagi anak anak biasakan gigit kuku. Yelah kan, main kotor-kotor kat tanah, garu garu punggung pastu gigit kuku, masuk mulut. Nanti bertambah tambah cacing dalam perut tu.

Ascaris Lumbricoides (roundworm).



Ascaris adalah cacing kedua terbanyak dijangkiti manusia. Mudah je nak cam ascaris ni, warna putih putih dan panjang dia dalam 20-40 cm.

Manusia boleh dijangkiti dengan ascaris ni bila kita termakan telur si ascaris (fully mature eggs containing second stage rhabditiform larvae) yang selalu berada dekat tanah.

Ascaris boleh menyebabkan allergy (due to their metabolites), bagi penyakit pada hati, paru-paru (eosinophilic infiltration & granulomatous reaction in acute phase and later fibrosis) dan sebagainya. Bila ascaris ni terlalu banyak dalam badan manusia, diorang boleh menyebabkan obstruction kepada gall bladder, effect pancreas (obstruction of ampulla of vater) dan appendix. Selain itu, ascaris jugak menggangu nutrisi si pesakit. Akan menyebabkan malnutrition and vitamin A & C deficiency. 
Ascaris lumbricoides dalam usus.

Taenia solium & Taenia saginata.

Dua ekor species cacing ni tempat tinggalnya adalah dalam usus kecil manusia. Mereka ada kepala (nama glamor scolex) yang dilengkapi dengan alat (saginata : four hemispherical suckers, solium : rostellum armed with double rows of hooks) nak attachkan diri diorang dekat dinding usus manusia.

Scolex of taenia.

Taenia boleh mengjangkiti manusia bila makan daging lembu (taenia saginata) atau khinzir (taenia solium) yang ada mengandungi cysticerci od taenia secara mentah atau yang tak cukup masak.

Diphylobothrium latum.

Ini adalah antara cacing yang sangattt panjang. Panjang dia boleh hingga mencecah 10 meter oooo.. 

Manusia boleh dijangkiti dengan Diphylobothrium latum dengan makan ikan yang ada larva (plerocercoid larvae) yang dimakan secara mentah ataupun separuh masak.

Dracunculus Medinensis.

Nama Dracubculus ni bermaksud little dragon dalam bahasa latin.

Apa yang saya rasa menarik tapi dalam masa yang sama eww pada dracunculus ni adalah sebab dracunculus akan buat blister dekat kulit manusia, terutamanya bahagian kaki. Bila si pesakit masuk ke dalam air, blister tadi akan pecah dan si dracunculus akan keluarkan kepalanya sahaja untuk keluarkan larva daripada badan dia. Waaa dan ewww kann?


Siap boleh amik lidi tarik keluar lagi. hehe

Loa loa (African eye worm)

loa loa ni dikenali juga sebagai African eye worm sebabnya mereka sering dijumpai di africa dan boleh jumpa kadang kadang loa loa ni dalam mata pesakit.

Kadang kadang boleh tengok si loa loa ni lintas lalu dekat atas batang hidung pesakit tu. Nak jalan pergi mata lagi satu laa kot. Cool kan?

Okay tu je serba sedikit tentang makhluk kecil menjalar yang bernama cacing ni. Kunci utama nak mengelakkan jangkitan cacing-cacing tersebut adalah dengan kawal lalat dan nyamuk, basuh dan masak makanan tak kira daging atau sayur elok elok, jangan main tanah tak pakai kasut dan yang paling penting sekali jaga kebersihan.

Dan bawa anak anak pergi klinik untuk ambil ubat cacing setiap enam bulan. Yelah kan, kadang-kadang budak budak ni main main tanah tak basuh tangan lepas tu pergi makan pulak. Tu yang boleh kena cacing tuu.

Ada certain certain cacing yang saya cerita di atas takde kat malaysia pun. InsyaAllah Loa loa, Dracunculus & Diphylobothrium takde kat malaysia. :)

Okay tu je. till then..

Sunday, 20 May 2012

Osteoporosis.

Assalamualaikum :)

Hari ni nak cerita tentang osteoporosis. Saya rasa ramai yang tahu kan apa itu osteoporosis. Mungkin selalu tengok dalam tv terutamanya iklan nak jual susu anmum. :p

Osteoporosis ni nama dia diambil daripada osteo yang bermaksud tulang dan porous maksudnya kosong. Jadinya osteoporosis adalah tulang yang menjadi kosong.

Kiri adalah tulang yang normal manakala sebelah kanan adalah tulang yang osteoporosis.

Osteoporosis akan membuatkan tulang kita mudah retak dan patah. then, boleh jugak menyebabkan kita jadi lebih pendek sebab dia akan effect tulang belakang :(

Osteoporosis lebih banyak terjadi pada kaum wanita terutamanya pada wanita yang dah menopause. Sebabnya, sebelum menopause kita ada satu hormon yang bernama estrogen yang akan protect tulang kita ni.

Tulang adalah satu jenis organ dalam badan yang mempunyai sifat dynamic tissue, maksudnya tulang kita pada hari ni tak sama dengan tulang yang setahun sebelum ni. Tulang sentiasa melalui proses yang dipanggil bone remodelling, tulang lama akan dibuang dan diganti dengan tulang baru. That's why doktor suruh minum susu banyak banyak nak membantu proses penggantian tulang kita.

Kenapa osteoporosis banyak terjadi pada orang yang berumur? Kalau lelaki dalam umur 80++ gitu, perempuan pulak selepas menopause dalam umur 50++.

Setiap tahun, proses nak mengganti tulang tulang lama yang dibuang tu akan berkurangan sebanyak purata 0.7%. Jadi setiap tahun density tulang kita akan berkurangan. Sebab tu semakin kita tua semakin kurang density tulang kita dan semakin fragile tulang kita.

Tapi ada cara untuk kita melambatkan proses osteoporosis ni. Terutamanya bagi orang-orang yang berumur 20-an. Sebabnya, kita akan mencapai maximum bone density (tahap di mana tulang kita paling kuat) adalah pada masa umur kita 20an. Sebagai contoh, kalau maximum bone density si A adalah 99% masa umur 30 dibandingkan dengan si B yang maximum bone density dia adalah 80% masa umur 30. Korang rasa sapa yang akan kena osteoporosis dulu?

Jadi, kepada yang berumur 20-an dan jugak remaja-remaja sekalian, jagalah tulang anda sebaik-baiknya sekarang untuk mengelakkan merana masa tua nanti. kepada yang dah berumur pulak, masih tak terlambat untuk jaga tulang anda bermula dari sekarang :)

Ada dua rahsia untuk menjadikan tulang kita kuat. Pertama adalah diet dan seterusnya dengan bersenam.

Diet dekat sini adalah bermaksud untuk pastikan sumber calcium dalam makanan kita sentiasa mencukupi. Rahsianya adalah minum susu! Jangan ingat budak kecik je tau yang kena minum susu sebelum tidur. Tapi kepada yang tak minum susu boleh laa gunakan yogurt dan cheese sebagai pengganti.
Kalau nak source lain pulak, ni saya copykan daripada page Medlineplus ni untuk korang.
"Green leafy vegetables such as broccoli, collards, kale, mustard greens, turnip greens, and bok choy or Chinese cabbage are good sources of calcium.
Other sources of calcium that can help meet your body's calcium needs:
  • Salmon and sardines canned with their soft bones
  • Almonds, Brazil nuts, sunflower seeds, tahini, and dried beans
  • Blackstrap molasses
Calcium is added to several food products, such as orange juice, soy milk, tofu, ready-to-eat cerals, and breads. These are a very good source of calcium for persons who do not eat a lot of dairy products or who are on a vegan diet.
Ways to make sure you receive or absorb the calcium in your diet:
  • Cook foods in a small amount of water for the shortest possible time to keep more calcium in the foods you eat.
  • Be careful about what you eat with calcium-rich foods. Certain fibers, such as wheat bran and foods with oxalic acid (spinach and rhubarb) can bind with calcium and prevent it from being absorbed."

Selain dalam diet, kita kena jugak sentiasa bersenam. Senaman akan meningkatkan bone density and mass, terutama sekali angkat berat. Bersenam bukan sahaja dapat menguatkan tulang tapi dapat mencergaskan badan dan minda juga. 

Kesimpulannya, mari kita amalkan gaya hidup sihat!

Thursday, 26 January 2012

Siput Bertangan Kidal?

Assalamualaikum :)

Siput ada tangan ke?
Dalam ilmu parasitology, ada cara kita nak bezakan antara species siput. Sama ada dengan saiz, bontot dia (spine), bahu (shoulder) dan pusat (umbilicus) dia. Kadang-kadang kita jumpa siput tu memang sebijik sejibon laa, tapi macam mana nak bezakan diorang adalah dengan tengok sama ada siput tu kidal atau tangan kanan (left handed or right handed).


Kalau tengok siput kat atas ni diorang macam sebijik sejibon la kann, tapi ada perbezaan dia. Sebelah kiri tuu lefthanded dan sebelah kanan adalah right handed.

Macam mana nak tentukan.. mari kita tengok..

Bulinus Truncatus.
Letak siput tu dengan bontotnya (spine) menghadap ke atas. Pembukaan cengkerang dia menghadap kita. Dan tengok laa, kalau pembukaan tu di sebelah kiri maka siput tu adalah left handed. Kalau pembukaan cengkerang dia menghadap kanan maka siput tu adalah right handed. senang je. :)

Okay, sekarang korang bolehlaa masing masing cari siput-siput babi yang berkeliaran dekat pokok bunga mak kat luar rumah. tengok siput tu left handed ke right handed. ^^

Siput bulinus truncatus ni laa yang bertanggungjawab memberi tempat tinggal kepada anak-anak Schistosoma haematobium dalam entry sebelum ni. #FYI

okayy, itu je untuk hari ni.
Nak exam esok, sempat lagi update blog. ngeheeee~ doakan saya taww.
dapat ingat semua penyakit-penyakit, ubat-ubat, makhluk-makhluk kecik si bacteria,parasit dan virus.
dan dapat faham dengan jayanya macam mana badan kita berfungsi. insyaAllah :)

Thank you sudi baca, nanti ada masa saya blogwalking balik. For now, assalamualaikum. Bubbyee~

Friday, 20 January 2012

Sweet Couple, Si Cacing Schistosoma haematobium.

Assalamualaikum :)

Saya jumpa satu couple ni sangatt sweet..
Tempat pertemuan mereka salur darah dekat hati manusia, dekat situ mereka membesar bersama-sama (become mature). Si Jantan akan mendepangkan dada dan membawa si Betina dalam pelukannya (gynaecophoric canal) sama-sama merentas lautan darah, berhijrah dari satu salur darah ke salur darah yang lain untuk mencari kediaman yang sesuai.


Hee sweet tak mereka? Si Jantan akan melindungi si Betina dalam pelukannnya sampaikan si Betina tak perlu bekerja keras. sweet kan? Mari saya perkenalkan couple yang sweet ni...


Disebabkan yang si Betina selalunya lebih panjang dari si Jantan, ekor dan kepala dia terkeluar sedikit dari pelukan si Jantan.

Sweet tak mereka? hee :D

*Mereka ni akan tinggal dekat salur darah atas pundi kencing kebiasaannya dan membawa penyakit yang bernama Bilharziasis yang boleh membawa kepada cancer. Bilharziasis merebak kalau mandi atau minum air yang tercemar. But jangan risau kat Malaysia macam takde sangat. Egypt je banyak. #FYI

Sunday, 1 January 2012

Pengorbanan Zibu.

Assalamualaikum :)

Saya ada exam esok, exam skill. Untuk menjadi doktor yang berjaya saya haruslah mengasah skill saya agar mantap dan pesakit pesakit saya pun senang hati. Namun, sumber manusia untuk saya praktikkan amat terhad. ramai yang menolak. Tidak sudi untuk membantu saya. Saya sedih T.T

Tercari cari dimana individu yang mampu menyelesaikan permasalahan yang melanda diri. Di mana individu yang sanggup bersakit-sakitan demi melihat saya mencapai cita cita.

Akhirnya saya ketemui dia. Thank you Zibu. Kerana dengan baik dan diamnya menahan sakit. Tak sakit kann? Takde keluar darah banyak kan? Mestilahh, sebab saya kan doktor yang bagus. (insyaAllah ^^).

 IV cannulation on Zibu ^^

See! baik je dia ni yang mummy sayang ni. ehehehehe ^^

Oh maafkan katil yang bersepah di belakang dan tidak menampakkan ciri-ciri menantu pilihan. =.='

Zibu dengan baiknya menerima segala apa yang kami buat dekat dia untuk skill exam esok. IV cannulation, Intravenous injection dan jugak ambil darah (walaupun salur darah Zibu susah nak cari, ermm tak jumpa pun sebenarnya hehehe)

Doakan saya exam esok. Tak lupa mana-mana procedure dan dapat full mark. heeee ^^

Tu je. terima kasih sebab sudi baca ^^


Sunday, 25 December 2011

The Ultimate Woman Part II

Assalamualaikum :)

Ini sambungan entry semalam :) Saya sangat tertarik dengan penyakit ni,

Androgen Insensitivity Syndrome (AIS). Satu syndrome di mana kita tak dapat nak tentukan pun sama ada individu tersbut lelaki ataupun perempaun. Penampilan AIS seperti wanita tulen, ada buah dada, ada vagina, kulit halus mulus, jalan lenggok gaya semua macam perempuan tapi hakikat sebenarnya mereka berkaryotype XY. Kalau perempuan, kita ada XX.

Dan kenapa pulak the ultimate woman? Bak kata Dr House, the ultimate women is.. a man. Huu sebabnya pesakit AIS ni selalunya sangattttt cantek, malah kadang-kadang lebih cantek daripada wanita biasa, kita-kita yang bergenetik XX nih.

Hormones bagi lelaki dan wanita berbeza. Kalau lelaki, untuk mengagah perkasa kan diorang, kaum adam ni memerlukan hormone yang dipanggil androgen. Jadi kerja androgen ni laa nak menlelakikan lelaki. haha faham ke? Androgen ni nanti akan tolong dalam proses pembentukan alat kelamin, muscle muscle diorang tuu, suara garau garau. itu semuaa kerja androgen. Saya dah pernah cerita sikit pasal androgen sebelum ni. Kat SINI.

Kalau perempuan pulak, kita ada hormone yang dipanggil estrogen. Estrogen ni laa yang melemah-lembutkan kita. awww~ estrogen ni akan memperempuankan perempuan pulak. hehee Kalau orang lelaki nak jadi awww, selalunya diorang ambil hormone ni. So kerja estrogen ni untuk pembentukan alat kelamin perempuan, pembentukan buah dada dan ciri-ciri keperempuanan yang lain.

Pesakit AIS ni selalunya badan diorang tak boleh respon dekat androgen ni. Jadi segala arahan daripada androgen, badan diorang buat dunno je. Dan sesetengah daripada androgen dalam badan tuu akan ditukar untuk jadi estrogen, hormone kaum hawa tadi.

Bila dah tak respon pada androgen, alat kelamin lelaki tak terbentuk. Tapi walaupun diorang tak boleh respon pada androgen tadi, tapi badan diorang boleh respon pulak dekat estrogen. Jadinya bila dah respon dekat estrogen, alat kelamin wanita pulak yang terbentuk. tapi hanya vagina laa yang ada. Rahim dan ovary tade. That's why walaupun AIS ni nampak macam perempuan tapi diorang tak pernah datang period sebab diorang tade rahim.

So macam tulahh serba sedikit pasal penyakit yang menarik ni. Apa pendapat korang? menarik tak? menarik tak? korang rasa pesakit AIS ni perempuan ke lelaki?

Macam  Faizal Bobby cakap, buat masa sekarang tade ulamak lagi yang ulas tentang hukum isu ni. Mungkin sebab AIS ni sangat jarang berlaku, so tak ramai pun yang tahu. Saya pun baru je tahu.

Bagi saya, diorang should stay as perempaun. Secara genetiknya, diorang mungkin lelaki (XY) tapi secara fizikal dan emosionalnya, mereka dikira sebagai perempuan. Tapi kalau lelaki nak kahwin dengan AIS ni memang takkan dapat anak laa jawabnya, sebab takde rahim.

Siapa nak tahu pasal AIS ni boleh baca SINI ataupun tengok cerita House season 2 episode tajuk Skin Deep.

*saya tak belajar pun tentang AIS ni, just baca sendiri-sendiri je so kalau kurang informasi tuu heee sorry laa eh :)

Saturday, 24 December 2011

The Ultimate Woman.

Assalamulaikum :)

Ramai yang pernah dengar tentang khunsa, di mana seorang individu mempunyai dua kemaluan. Bahasa scientificnya adalah hermaphrodite. Selalunya orang yang khunsa ni membesar sebagai perempuan, sifat dia lebih kepada perempuan.

Tapi pernah dengar tentang Testicular Feminization? ataupun Androgen Insensitivity Syndrome?

Faizal Bobby ada cerita tentang syndrome ni dalam cerpen dia Dr Tareq Dijerut.

Baca baca. sila baca :)

Monday, 28 November 2011

Crying Uterus.

Assalamualaikum and hello all :)

Hari ni mula belajar Female Reproductive System, or in Malay 'Sistem Peranakan Wanita'. Terasa excited lebih sikit, yelah wanita ni kan istimewa. Mestilah saya excited nak belajar. :p



Salah satu benda yang saya tak boleh lupa dalam kelas tadi bila time belajar uterus. Prof state yang Gynecologist and Obstetricians described the menstrual cycle as the uterus crying for lack of baby. Haha. comel je~

Inilah uterus yang comel tu. Sedih setiap bulan, sampaikan menangis air mata darah bila takde baby. 
Sebab ape dia menangis? Sebab tugas utama dia untuk mengandungkan baby, maybe bila tunggu punya tunggu takde baby then dia pun menangis sampai keluar air mata darah. Sedih bebenor T.T

So, kaum wanita, hargailah uterus kita yang penat menangis setiap bulan dengan cara, berikan dia benih untuk baby dari sumber yang halal. Musy a'izah (tak mahu) laa yang haram-haram ni. 


Okay?




Genitourinary System.

Assalamualaikum :)

hello semua! *sambil act cute macam sparta*
haha buang tebiat je.

Baru je habis exam Endocrine System minggu lepas, dan dah dua hari mula Genitourinary System yang merupakan gabungan dua sistem sekali, Reproductive + Urinary System. Kalau tengok dari buku je, nampak macam berat juga laa module ni. Banyak! 

Banyak mungkin sebab organ lelaki dan perempuan dalam sistem ni berbeza. hee

Permulaan module ni rasa sangat menarik sebab kitorang start dengan female reproductive organ dulu. Ntah,  tak tahu kenapa somehow terasa excited :D

Time lecture anatomy tadi ade something yang kelakar prof share. 
"The menstrual cycle is described in gynecology and obstetric that the uterus crying for lack of baby"

Haha sampai menangis air mata darah uterus nangis sebab tade baby. Setiap bulan pulak tuu. heee ^^
comel je uterus nih. kan kann?

Ok. tu je. till then ^^


Thursday, 17 November 2011

Aidiladha :)

Assalamualaikum all :)

Lama bangatt tak buka blogger dashboard. Banyakk sangat benda mahu cerita di sini.

Yang pertamanya, cuti raya haji. Minta maaf, cerita dah basi tapi saya baru nak tulis. T.T sila jangan maki saya di sini. Raya haji tahun ni lain daripada biasa, sebabnya hari raya pertama saya dihabiskan dengann...


Yup, seminar selama dua hari. disebabkan kali ni da masuk tahun ketiga beraya dekat perantauan so takde laa sedih sangat bila raya pertama dihidangkan dengan paperwork seminar berbanding rendang ayam.

Basically seminar ni is all about surgery. kebanyakannya berkaitan hukum-hukum Islam dalam pembedahan. Plastic surgery, abortion, forensic dan macam-macam lagi. Terlalu banyak kalau mahu dikongsikan dalam satu entry.

Teaser about the seminar. comel je~

Prof. Dr Abdul Karim yang bentangkan mengenai pembedahan forensik.

Prof Dr Awisul Islah dan isteri Dr Narwani.

Seronok mendengar nasihat dan pengalaman dari mereka ni. Excited tapi dalam masa yang sama menakutkan.

Excited bila doktor-doktor cerita tentang pengalaman diorang yang best-best, ranjau hidup diorang yang berliku (eceh!) tambah excited bila penceramah yang juga suami isteri cerita kisah macam mana nak survive kalau bagi yang berkahwin. Heh! kalau bab kahwin, mata semua orang segar je.

Then yang paling excited masa Dr Abdul Rahim yang tunjuk gambar-gambar kes bunuh yang dia pernah handle. huu tengok sendiri real gambar mayat yang dikerat-kerat, mayat yang dah mereput, mayat yang dikelar-kelar dan macam-macam lagi. realitinya jauh lebih dasyat dan teruk daripada yang ada dalam CSI. T.T

Takut nak hadapi zaman bekerja nanti, terutama sekali zaman housemanship yang kena buli je, nurse pun boleh marah doktor houseman sesuka hati. zaman houseman yang mana time oncall kena masuk kerja pukul 7 pagi dan habis untuk balik rumah pukul 1 esok harinya. kena berdiri hampir 30 jam. haha terbayekk~

Saya tertanya-tanya kenapa laa saya nak jadi doktor kalau betul itu realitinya? =.=' Tapi yang peliknya bila dengar macam tu, saya still rasa tak sabar nak kerja. Bring it on! hee kena tengok sampai bila agaknya semnagat ni berterusan. InsyaAllah takkan pudar harapnya. :)

Tak terasa sangat pun raya haji tahun ni. tak sempat pun nak tengok orang Arab sembelih haiwan dekat tepi rumah, cuma terasa raya bila jalan nak balik rumah lepas habis seminar terjumpa tanduk kharuf atas jalan. Kharuf ni sejenis kambing biri-biri.


Raya haji di Mesir memang meriah. Dua tiga hari sebelum raya tu, boleh nampak lembu dan kambing ditambat tepi jalan. dan yang menariknya, diorang sembelih tepi jalan je. Kawan cakap ade je yang sembelih dalam bangunan rumah. Cool tak? haha :)




Cool tak? diorang sembelih tepi jalan jee. tpi ini semua gambar tahun lepas. 

Raya kedua terasa macam raya sikit. Ada merewang dekat hostel MARA. Potong2 daging dan bahan nak masak untuk majlis sambutan hari raya esoknya. waa seronok! tapi tade gambar sebab busy memotong daging. hee :D

kalau kat Malaysia takdenya saya nak pergi majlis merewang sebelum kenduri, mesti mak dengan ayah je yang pergi, anak-anak pergi time makan je. ceh! kalau fikir balik memang tak patut, patutnya anak muda laa yang kena kerja kuat, mak ayah yang rileks pergi makan. tsk tsk! =.=' 

Then raya ketiga barulah terasa raya sepenuhnyaa. Ada rumah terbuka. yeehaaaa makannn!

 biskut arab. even rasa tak sama macam malaysia tapi.. bolehlahhh :)


Kitorang sambut raya dekat atas bumbung je taw. cool tak? sambil ditemani langit yang cerah lagi membiru. romantik gitu. :D

that's all about my Aidiladha. Lepas raya tu, terus busy. tadi baru habis satu exam. minggu depan pulak exam seterusnya. doakan saya ye :)

Till then ^^