Thursday, 29 December 2011

Bukan Entry 18sx.

Assalamualaikum and hello :)

Satu hari dalam kelas histo, topik hari tuu, male reproductive organs.

Situasi 1.
Sambil melihat slide di microscope, si Y menadjust-adjust focus microscope tersebut, lalu si AA datang dan bertanya,

AA : Y, ko tengok ape tu?
Y : Seminal vesicle.
AA : Y, ko ada testis?
Y : Aku takde testis laa. Pergi tanya kat sana. (sambil tunjuk ke arah kumpulan boys). Aku ada ovary dengan uterus je.
AA : =.='

Hee si AA dan Y bukan laa pervert. mereka hanya melihat ni je..

Monday, 26 December 2011

A Letter to my Phone.

Assalamualaikum.

Dear my beloved Sony-Ericson-which-i-dont-remember-the-model,

Please come home. Mummy is sorry when i told you that i wanna buy a new phone to replace you. I am sorry for always looking at all the new smartphones displayed at the shop yesterday. And having an evil thought of abandoning you. Sorry ;( I didnt mean that. I love you with all my heart. Eventhough you are not as canggih as all those smartphones but still i love you to the infinity. You are very important to me.

Dont you know how worried I was when I found you missing? And I am still worried now. I looked for you everywere in house. The last time I recalled being with you was at the mall. What if a bad person took you away from me and we never meet again, I tried to call you but you were off.

Oh my dear phone, seriously, if you read this, come back to mummy. I dont have enough money right now to buy a replacement. Please come back! Dont merajuk merajuk manja with me anymore. I miss you!

Sunday, 25 December 2011

The Ultimate Woman Part II

Assalamualaikum :)

Ini sambungan entry semalam :) Saya sangat tertarik dengan penyakit ni,

Androgen Insensitivity Syndrome (AIS). Satu syndrome di mana kita tak dapat nak tentukan pun sama ada individu tersbut lelaki ataupun perempaun. Penampilan AIS seperti wanita tulen, ada buah dada, ada vagina, kulit halus mulus, jalan lenggok gaya semua macam perempuan tapi hakikat sebenarnya mereka berkaryotype XY. Kalau perempuan, kita ada XX.

Dan kenapa pulak the ultimate woman? Bak kata Dr House, the ultimate women is.. a man. Huu sebabnya pesakit AIS ni selalunya sangattttt cantek, malah kadang-kadang lebih cantek daripada wanita biasa, kita-kita yang bergenetik XX nih.

Hormones bagi lelaki dan wanita berbeza. Kalau lelaki, untuk mengagah perkasa kan diorang, kaum adam ni memerlukan hormone yang dipanggil androgen. Jadi kerja androgen ni laa nak menlelakikan lelaki. haha faham ke? Androgen ni nanti akan tolong dalam proses pembentukan alat kelamin, muscle muscle diorang tuu, suara garau garau. itu semuaa kerja androgen. Saya dah pernah cerita sikit pasal androgen sebelum ni. Kat SINI.

Kalau perempuan pulak, kita ada hormone yang dipanggil estrogen. Estrogen ni laa yang melemah-lembutkan kita. awww~ estrogen ni akan memperempuankan perempuan pulak. hehee Kalau orang lelaki nak jadi awww, selalunya diorang ambil hormone ni. So kerja estrogen ni untuk pembentukan alat kelamin perempuan, pembentukan buah dada dan ciri-ciri keperempuanan yang lain.

Pesakit AIS ni selalunya badan diorang tak boleh respon dekat androgen ni. Jadi segala arahan daripada androgen, badan diorang buat dunno je. Dan sesetengah daripada androgen dalam badan tuu akan ditukar untuk jadi estrogen, hormone kaum hawa tadi.

Bila dah tak respon pada androgen, alat kelamin lelaki tak terbentuk. Tapi walaupun diorang tak boleh respon pada androgen tadi, tapi badan diorang boleh respon pulak dekat estrogen. Jadinya bila dah respon dekat estrogen, alat kelamin wanita pulak yang terbentuk. tapi hanya vagina laa yang ada. Rahim dan ovary tade. That's why walaupun AIS ni nampak macam perempuan tapi diorang tak pernah datang period sebab diorang tade rahim.

So macam tulahh serba sedikit pasal penyakit yang menarik ni. Apa pendapat korang? menarik tak? menarik tak? korang rasa pesakit AIS ni perempuan ke lelaki?

Macam  Faizal Bobby cakap, buat masa sekarang tade ulamak lagi yang ulas tentang hukum isu ni. Mungkin sebab AIS ni sangat jarang berlaku, so tak ramai pun yang tahu. Saya pun baru je tahu.

Bagi saya, diorang should stay as perempaun. Secara genetiknya, diorang mungkin lelaki (XY) tapi secara fizikal dan emosionalnya, mereka dikira sebagai perempuan. Tapi kalau lelaki nak kahwin dengan AIS ni memang takkan dapat anak laa jawabnya, sebab takde rahim.

Siapa nak tahu pasal AIS ni boleh baca SINI ataupun tengok cerita House season 2 episode tajuk Skin Deep.

*saya tak belajar pun tentang AIS ni, just baca sendiri-sendiri je so kalau kurang informasi tuu heee sorry laa eh :)

Saturday, 24 December 2011

The Ultimate Woman.

Assalamulaikum :)

Ramai yang pernah dengar tentang khunsa, di mana seorang individu mempunyai dua kemaluan. Bahasa scientificnya adalah hermaphrodite. Selalunya orang yang khunsa ni membesar sebagai perempuan, sifat dia lebih kepada perempuan.

Tapi pernah dengar tentang Testicular Feminization? ataupun Androgen Insensitivity Syndrome?

Faizal Bobby ada cerita tentang syndrome ni dalam cerpen dia Dr Tareq Dijerut.

Baca baca. sila baca :)

Friday, 23 December 2011

Zaman Sekolah Dulu : Tidur Dalam Kelas.

Assalamualaikum and hello :)

Kelmarin baru je result PMR diumumkan. Ini membuatkan saya teringat zaman sekolah dulu dulu. Bila cakap dulu dulu ni terasa tua sangat daa. haisyyy =.='


Ini sekolah saya dulu. Yup, sekolah saya dalam hutan. cool tak? Korang rasa zaman sekolah dulu saya nerd tak?
Hehee jawapannya of course laa.. tak! Walaupun spec saya tebal, tapi itu bukan modal korang untuk cakap saya nerd. haha dont judge a girl by the power of her glasses. tehee~
Time sekolah dulu, saya memang terasa laa akan kejahilan diri ini. sobss~ T.T

Kuliah zohor hari Jumaat selalu sangat skip, padahal nak pergi surau tak sampai dua minit pun dari asrama. sanggup menyorok dalam locker takut kena tangkap dengan LDP (baca : lembaga disiplin pelajar). Sebab ape nak skip kuliah zohor? sebab nak tidur! ya, alasan paling mantap sekali di muka bumi ini.

Oh, bercakap pasal tidur, takde siapa boleh kalahkan saya. kahkah! amboyy bangga pulak. Time prep malam, cikgu suruh study, buat homework tapi saya... tidur aje kerjanya. Boleh kata takde laa warden yang tak pernah kejut saya time prep. Macam macam cara diorang guna, ketuk tingkap (sebab saya duduk tepi tingkap), panggil nama kuat-kuat, selamat takde yang sampai simbah air kat saya. Pengetua pun pernah kejut tauu...hehee tapi saya teruskan jugak berada di alam mimpi. Hehe mesti cikgu-cikgu bengang aje kalau saya bangun buat muka selamba je.

Kadang-kadang tuu saya tak sedar langsung kot diorang kejut. Bila dah nak habis prep pandai pulak saya bangun.

Keadaan yang sama jugak jadi time dalam kelas, sampai ade setengah cikgu tuu macam dah masak dengan perangai saya yang suka tidur time kelas. Teringat cikgu Jamilah, cikgu math favorite saya. Saya panggil dia Cikgu Cantek, sebab nama dia Jamilah dann dia memang cantek punn. Kalau saya tersengguk-sengguk dalam kelas dengan sepantas kilat dia akan pangggil nama saya kuat-kuat suruh saya berdiri. Tapi masalahnya kadang-kadang tu saya tak tidur pun, tengah kyusuk menghadap meja sebab nak jawab soalan punnn dia suruh saya berdiri jugak. terasa teraniaya kat situ T.T

Benda ni terbawa-bawa sampai saya masuk form4. Form4 saya pindah sekolah, ke sini..


Sekali lagi sekolah saya dalam hutan ye kawan-kawan.

Antara insiden tidur yang paling saya ingat sekali kat sini, time kelas add math. Cikgu add math saya. Dia jenis macam orang yang genius-genius tuu. He's great at add math tapi tak tahu kenapa kalau kelas dia saya selalu sangat mengantuk. (okay.. semua kelas pun macam tu cuma kelas dia yang lebih sikit =.=')
Saya duduk barisan hadapan sekali (konon sebab taknak tidur) tapi... kalau kelas addmath je saya tak boleh tahan. huhuuu mengantuk bukan aje tidur tersengguk-sengguk tuu tapi sampai... macam ni =.='


I feel sorry for him tapi, what to do? mata tak mahu bekerjasama dengan hati. Ada satu kelas tu dengan nada macam merayu, Sir J cakap dekat saya, "Izyan, pleasee laa jangan tidur. hari ni kita belajar topik penting tauu". Nada dia tak marah tak tinggi, tapi sort of macam merayu. Luluh hati saya waktu tuu. kesian sir. I am sorry ;(

Lepas tu, saya terus berusaha untuk tak tidur lagi tapii... failed! T.T sorry again sir!

Bila fikir balik, saya rasa bersalah jugak (bersalah banyak!) dekat cikgu-cikgu time sekolah dulu. Ape perasaan diorang mengajar kat depan tengok saya tidur kat belakang? Sorry teachers!

Tapi alhamdulillah saya dapat A dalam both math PMR dan add math SPM. hehee :)

Sir Jauni cakap dekat saya, "waa you kan izyan, selalu tidur dalam kelas tapi dapat A jugak ehh. genius laa u ni". saya senyum je, sambil dalam hati... " hee sir yang taktahu tunggak terbalik saya buat latihan yang sir bagi nak cover sebab tidur dalam kelas. bukan sebab genius."

Apepun alhamdulillah sekarang saya dah tak tidur dalam kelas. bangga dengan diri sendiri! (sambil tepuk tepuk bahu sendiri cakap good job, yan! :)) Tapi.. kalau cakap dekat classmates yang sekrang, saya tak tidur dalam kelas dah diorang semua mesti tak percaya, cakap saya tipu. ciss, kuang asam! grr =.='



Sengal tak classmate saya? 

Sape suka tidur dalam kelas time sekolah dulu, angkat tangan. jangan tak mengaku :p

*saya buat shoutbox baru lagi. heee sebab yang fibox ni saya baru jumpe dan nampak lagi smart. yang penting, ianya free! ^^

Thursday, 22 December 2011

Huh? Datuk?

Assalamualaikum :)

Baca dekat SINI tadi, tengok dua orang artis Malaysia Eizlan Yusof dan Ac Mizal dapat pangkat datuk.
=.='

Tak faham apalaa standard untuk penganugerahan datuk tuu. Apa sebenarnya sumbangan diorang dekat negara sampai boleh dapat pangkat?
Mudahnya nak dapat, membuatkan saya rasa takde nilai dah gelaran tu sekarang. Shah Rukh Khan pun boleh dapat datuk padahal dia tak buat apeape pun dekat negara kita.

Hilang rasa kagum saya orang yang berpangkat datuk ni. Yelah, kalau pangkat boleh diberi kepada yang rambutnya jarang sangat nampak hitam, berkarat je sentiasa. Nyanyi sikitsikit, berlakon jap jadi polis, jadi laa mc dua tiga show, buat bisnes, buat kontroversi, kalau bercerai nafkah anak tak payah bagi.. then bolehlaa dapat pangkat datuk. simple kann?

huh =.='

Wednesday, 21 December 2011

Gaya Hidup Sihat.

Assalamualaikum :)

Buka churpchurp pagi ni, ada iklan baru untuk dishare. Tajuk besarnya, Gaya Hidup Sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau korang klik, then akan jumpe page untuk mengukur berat ideal.

Bila dah kira, berat ideal saya adalah 51 kg. haisyyy =.=' jauh lagi dari sasaran. 

Tapi somehow bila dah terkira berat ideal ni, ia macam jadi pembakar semangat untuk mula balik diet yang dah lama ditinggalkan, alasan paling kukuh.. busy! lantas menyebabkan dah tak pergi gym selama seminggu. T.T

So, jom jomm semua kira berat badan idela anda.. tahu korang jatuh dekat kategori mana :)

Cuba teka saya yang mana? tapi teka senyap-senyap je eh :P


Congrats Adik :)

Assalamualaikum :)

Result PMR keluar hari, lepas Subuh terus ambil handphone nak tanye berita adik tersayang, tapi dia lagi cepat.. tengok-tengok dah ada mesej dekat handphone. 

"Salam kteh..adk dpt 9a.. alhamdulillah..huhuh ;)"

Hehe betapa gembiranya hati seorang kakak bila baca mesej sebegitu. ecehh! apepun, congrats adik midget tersayang. Alhamdulillah usaha adik selama ni membuahkan hasil. Sehari dua sebelum PMR pun ada kelas tambahan lagi. hehee

Terus call, dapat dengar dari gaya adik cakap memang suka habis laa kan. happy sangat! hehe i am happy for you too. 
:D :D :D :D :D :D :D 


Tahun depan midget dah nak masuk form4. dia dah besar ;( but she's always be our little midget walaupun mungkin tinggi dia dah nak sama dengan aku sekarang. haisyy =.='


I miss you T.T dan semua orang dekat rumah T.T



Monday, 19 December 2011

FT Island Datang Malaysia.

Assalamualaikum :)


FT Island nak datang malaysia oooo.. Reaksi saya, "alaaaa~ kenapa datang time saya takde?" :(

Ceh, padahal saya tahu je, kalau diorang datang time saya cuti sekali pun, tak mungkin saya pergi punye. but still rasa, arghhh..geramm. jeles! mana laa tahu kalau diorang datang time saya ada kat malaysia boleh terserempak. haha berangann je laa~

Jom laa layan lagu diorang jap. ^^


FT Island adalah satu-satunya band Kpop yang saya minat. weeee~

Sunday, 18 December 2011

Melepaskan Batuk di Tangga.

Asslamualaikum and hello all :)

Dua hari yang lepas, saya ada meeting sikit. Pintu bilik meeting tu terbuka, saya duduk tepi pintu. Angin malam pun sepoi-sepoi bahasa masuk dalam bilik, directly kena saya. sangat sejuk~
Balik dari meeting, makan mango ais ala-ala slurpee dekat 7E tuu. (sangat bijak!makan ais malam-malam time winter). Esoknya, saya ambil wudhu dekat universiti tapi lupa bawa tisu nak lap muka, saya biarkan muka yang kebasahan dibuai angin sejuk winter.

Hasil dari tiga kejadian di atas, mucous membrane dalam hidung saya terkena catarrhal inflammation atau nama lainnya saya kena selsema. Dan selsema ni datang sekali pakej bersama batuk dan demam. :(

Intro kat atas ni saja mengada nak mengadu nasib. =.=' Ni baru nak masuk isi penting. ^^

Sambil batuk-batuk manja, saya teringat peribahasa melayu yang berbunyi, "Bagai melepaskan batuk di tangga". Peibahasa ni bermaksud, buat kerja sambil lewa atau separuh jalan.
Dulu-dulu jenuh laa saya fikir untuk mengaitkan ape kena mengena batuk dekat tangga dengan buat kerja sambil lewa? Kenapa kalau melepaskan batuk kat tangga orang cakap kita buat kerja tak siap?

Kalau macam tu, adakah kita patut batuk sebelum naik tangga? atau.. tahan dulu kalau terasa nak batuk, pastu bila dah naik habis tangga baru boleh batuk puas-puas?


Mesti korang pun tertanya-tanya kan dulu? Sambil mempersoalkan betapa tak relevannya peribahasa ni. kan kann?

Hahaa, sebenarnya, batuk kat sini bukanlah batuk yang uhuk uhuk tuu, tapi batuk kat sini bermaksud tempurung kelapa yang orang dulu-dulu keringkan nak buat cedok air kat tepi rumah untuk basuh kaki. Ejaan dia pun rasaya batok.

Patutnya lepas dah cuci kaki orang simpan elok-elok batok tu. Peribahasa ni nak tunjuk orang yang buat kerja sambil lewa ni main lepas je batok tu kat tangga. tak simpan properly.

 Bagai melepaskan batok di tangga :)

Cikgu BM saya yang explain pasal ni dulu. Oh, saya rindu cikgu BM, sebab dia sangat baik dan suka belanja kitorang makan nasi lemak. heheee

Orang tua-tua kita dulu memang bijak buat perumpamaan dan berbahasa. Ayah saya kalau kat rumah suka sangat suruh saya dengar lagu-lagu Melayu lama dan tengok filem-filem melayu yang hitam putih tu. Ayah suruh dengar gaya bahasa diorang, sedap dan elok je untuk didengar. Ayah cakap bahasa orang sekarang tak macam orang dulu-dulu.

Maybe saya dah membesar dengan cerita-cerita P. Ramlee, kebanyakan cerita Arwah semua saya tengok, so bila tanya kawan-kawan diorang ada yang tak tahu, saya terkejut jugak laa. huu legend kot. rugi sapa yang tak tengok. 

Hee moral of the story, meh laa kita ramai-ramai tengok cerita lama-lama bagi menghargai bahasa ibunda kita. eceh! ^^

**baru ganti shoutmix dengan shoutbox yang baru. Siapa yang ada tersinggah blog ni, rajin-rajin laa shout dekat situ. hee tapi minta maaf dulu sangat kalau saya terlambat balas kunjungan. hehee nanti ada masa saya blogwalking di laman anda pula ^^

Sweet Proposal ^^

Assalamualaikum and hello all :)

Nak share jugak dekat sini even saya tahu semua orang mesti dah tahu kan kisah sweet proposal Dena Bahrin :)
Siapa yang belum tengok, sila tengok sekarang..
Sangat sweet! ^^

Monday, 12 December 2011

Bye Bye Jiran ;(

Assalamualaikum :)

Semalam secara officialnya, kitorang dah kehilangan the coolest jiran ever ;(
Budak-budak rumah atas dah pindah.. T.T
Lepas ni...
dah tak dengar korang punya bunyi lesung keletung keletang setiap kali korang masak
dah tak dengar bunyi handphone korang tengah vibrate
Kalau nak sambut bday pukul 12 malam same-same, dah susah nak panggil korang dari jauh
Kalau lupa bawak kunci kena tunggu kat tangga dah lepas ni
Kalau garam, kunyit, bawang, sayur habis, kena rajin-rajinkan diri pegi kedai.. dah tak boleh naik atas mintak.
Kalau masak special lebih sikit, dah jauh untuk kongsi dengan korang.
Dulu apa-apa hal, mesti nak tanya budak atas je.
Sekarang, kena berdikari sendiri. T.T


To Asilah, Hani, Bell and Syera
Thank you sebab jadi the best jiran ever :)

*hasni dan laila kena berdikari lebih lepas ni ^^



Hal Hati.

Assalamualalaikum :)

Hal-hal hati tak siapa yang faham. Bila masa dia nak berdegup kencang, bila masa dia nak menangis.
Saya sangat berharap dapat kawal hati dan perasaan sendiri, so that tak terlalu jelas bila bertemu ;(
Wahai hati, tolong jangan berdegup kencang sesuka hatimu. Malulah saya pabila degupan kencangmu membuatkan muka turut sama merah dan lidah terkaku di situ. sangat tak cool! awkward! T.T

Friday, 9 December 2011

House Hunting.

Assalamualaikum.

Susah jugak nak cari rumah ni. Penat sebab asyik kecewa je dengan rumah yang ditunjuk. Mahal je rumah sewa sekarang. Dulu taknak yang harga sampai LE2000 tapi makin lama makin redha kalau dapat rumah mahal pun janji rumah tu worth the price.

Sape-sape ade tahu rumah sewa best, boleh laa bagitahu kitorang eh.

tu je. till then. :)

Thursday, 8 December 2011

Night Rant.

Assalamualaikum :)

Izinkan saya merepek di sini di pagi buta ni.

Dah hampir pukul 2 pagi dekat sini. Tidur lambat hari ni, bersama housemates planning untuk winter break nanti. Harapnya nak bercuti luar dari Egypt. Buat research tempat, pengangkutan, penginapan lagi penat dan susah rasanya daripada buat research pasal assignment. Pening memikirkan macam mana nak jimat. Nak naik bas atau train, nak tidur hostel atau motel, mana tempat yang perlu pergi so that dapat maximizekan cuti.

First time saya plan sendiri cuti macam ni. Walaupun dah masuk tahun  ketiga dekat egypt, tak pernah lagi saya pergi bercuti 'oversea'. First year hanya jalan-jalan dalam egypt, tahun kedua balik Malaysia sebab evakuasi. Tahun ketiga nilah baru nak merasa ke luar negara.

Terasa excited nak melihat tempat orang, nak rasa salji buat pertama kali. walaupun egypt ada winter, tapi salji takde, hujan ais je yang ada.

Saya travel hanya berempat insyaAllah, semua diuruskan sendiri. Tapi banyak pulak dugaan yang timbul, duit terutamanya. Nak kena pakai kad kredit untuk booking semua benda. Sape nak bagi saya pinjam? Haha bertuah la saya kalau ada orang offer.

Selain tu risau je takut tak cukup bajet. Dah terfikir nak pinjam duit mak dulu kalau terpaksa. Heh =.=' Nanti KakTeh bayar balik ye mak. Sayang mak! hehe ^^  Mak pun pernah cakap dah alang-alang dekat tuu, travel habis-habisan. Nanti dah masuk kerja susah pulak nak dapat peluang lagi.

Siapa nak tolong saya bayar balik duit mak tahun depan? tolong klik iklan. haha just kidding! ^^
baru je belajar buat ChurpChurp ni. Menarik la jugak sebab dah dapat RM1.20 tanpa berbuat apa-apa.. Korang rasa menarik tak? I need thousands of unique click kalau nak cukup untuk tampung duit pergi Italy ni. =.='

Cuti summer lagi dua tahun, classmates sekolah pulak ajak jalan-jalan kat Korea. adoih, mana nak cekau duit? Nak balik Malaysia lagi cuti tahun depan. Bila saya nak boleh simpan duit ni? sobs T.T
Bila bercakap pasal Korea, kawan saya cakap bajet untuk melancong ke sana dalam RM2000++ je. Murah laa kan? Sebab tu classmates saya ajak pergi, kena tunggu dua tahun lagi sebab semua orang kena kumpul duit dulu.

Sekarang tengah cari rumah baru sebab ada masalah sikit dengan rumah yang saya tinggal sekarang. Tak jumpa lagi rumah idaman hati, yang murah sewanya dan sesuai untuk kami. Rata-rata sewa rumah LE2000 sebulan bersamaan RM 1048. Gile! dah la rumah bukan macam kat Malaysia, rumah flat aje tapi sampai seribu sewa dia sebulan. Kadang-kadang ajen cari rumah tu bawa kami pergi rumah yang uzur sangat tapi sewa mahal. geram betul!

Huhu tetiba terpanjang pulak saya merungut kat sini. hehee sapa yang baca sampai habis, terima kasih saya ucapkan. till then. salam :) nak tidur, pukul 2.25 sudahh, konfirm punye esok bangun lambat, tapi tape, esok jumaat. cuti! yeeehaaaa.. perangai sedikit tak betul bila mengantuk. ;p

Bahana Kpop.

Assalamualaikum :)


Hanya sebab kenyataan macam kat atas ni, ada sorang blogger yang dapat 1680 komen yang rata-ratanya semua kutuk dan maki adik ni.

Saya tak sokong mana-mana. mahupun yang membuat entry dan jugak yang mengomen. Memang blogger tu salah tapi yang mengomen dekat bawah tu pun takde betulnya. mengutuk dan memaki hamun guna bahasa yang tak enak langsung untuk didengar.

Apa yang kita tulis melambangkan keperibadian kita. Bahasa menunjukkan bangsa tahu. Saya hanya mampu menggelengkan kepala bila ada komen dimulakan dengan carutan dan makian tapi diakhiri dengan firman Allah dan hadis Nabi. Terkeliru seketika bila baca komen sebegitu. Seakan-akan melihat orang yang mempunyai multiple personality disorder.

Hanya sebab Kpop, orang bergaduh. HAHA macam-macam laa orang sekarang ni.

Dan saya pun minat Kpop jugak. chill je bila orang kutuk. :)

Jangan tengok lame2. cair nanti. haha


Nak pergi makan-makan lepas ni, ade potluck kelas. yuhuuu~ ^^

Tuesday, 6 December 2011

Mak Ayah. Rindu!

Assalamualaikum all. :)

Masuk kelas praktikal anatomy, saya tengok organ peranakan perempuan secara real. dan subhanallah, kecil sangat uterus dan cervix kita. Laluan untuk kita keluar dari perut mak dulu sangat kecil, macam boleh muat satu jari je. Saya terus terfikir, ahhh, sakitnya nak bersalin

Tapi dengan kuasa Allah, uterus yang kecil tu dapat membesar sampai boleh tampung baby yang beratnya 3-4 kg. Hebat kan kuasa Allah?



Tapi still, sakit nak melahirkan tu tak dapat nak saya bayangkan. Saya pernah terbaca artikel yang mengatakan, manusia dapat tahan sakit sampai satu limit je, kalau lebih dari limit tu kita boleh mati, tapi sakit nak melahirkan anak tu lagi tinggi dari limit yang manusia dapat tahan. Sebab tu laa kita kena hargai mak kita, jangan lukakan hati diorang. Sakit tau sakit nak bersalin ni.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yag demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." 
Surah Luqman : 14

Dalam blog Ustaz Hasrizal pernah ada, 
"Wahai anak, kalian mungkin lebih bijak daripada ibu bapamu, tetapi kalian tidak mungkin mengatasi kasih sayang seorang ibu dan bapa. Kalian hanya mampu mengasihi mereka selepas kamu bijak tetapi mereka mengasihi kamu sebelum kamu lahir."
Mak ayah sebolehnya dia akan cuba penuhi apa yang kita nak, tapi si anak selalu merungut bila disuruh buat sesuatu. 
Bila makin besar ni, saya makin sedar banyak benda yang saya tak buat lagi untuk mak ayah. Dulu saya nak sangat nak study luar negara, tapi sekarang, lepas ayah pernah masuk hospital sekali time cuti dulu, saya selalu terfikir kenapa saya tak study dalam negara je. Sepanjang tiga tahun kat sini, dah banyak kali saya saksikan kawan-kawan kehilangan mak ayah diorang, tak sempat nak berjumpa buat kali terakhir. Saya takut sangat kalau itu juga terjadi pada saya. Saya minta sangat jangan Allah uji saya macam tu. Saya tak pasti saya mampu atau tak nak menaggung ujian tersebut. ;(

Tibe-tibe tersedih. nak balik rumah T.T
Dah banyak hari tak call rumah sebab kredit lupe nak beli. sobsob. 

Bila menulis entry macam ni, air mata mula laa nak keluar so saya nak tukar topik. 

Selain belajar tentang perempuan, saya juga belajar tentang lelaki. dan saya terasa takut nak kahwin, boleh tak macam tu? haha orang yang dah kahwin je kot faham. ;p

ok tu je, nak pergi lecture da ni. thank you for reading. :)

Friday, 2 December 2011

Waiting.

Assalamualaikum.

Saya tak suka menunggu.
Terasa penat, terasa annoyed, terasa tak dipedulikan.
Dan kadang-kadang terasa bodoh.
Sangat tak cool!
T.T

Asou-kun!





Rewatching. Asou-kunn! T.T

Sebelum ni tak berapa perasan betapa coolnya Asou-kun sebab lebih feeling pada Aya. Tapi kali ni tengok rasa Asou-kun sangat sweet! ^^

aww~



Thursday, 1 December 2011

Drama Review : One Litre of Tears T.T

Assalamualaikum and hello all :)

"Just health, is such a blissful thing"


Saya baru je habis ulang drama One Liter of Tears sekali lagi, dan setiapkali kalau tadah air mata yang menitik time tengok drama ni mesti boleh penuh sebaldi. sobss T.T Atas meja study dipenuhi dengan tisu-tisu yang basah dengan air mata. Memang sesuai pun dengan tajuknya, Satu Liter Air Mata. kalau nak tengok drama ni tak sesuai sediakan tisu, patut sediakan tuala untuk lap air mata.

Cerita ni cerita lama, tahun 2005 kalau tak silap. Based on true story.



Ianya berkisah tentang Aya Ikeuchi, budak baru umur 15 tahun. Hidup dia tiba-tiba je berubah bila didiagnose ada Spinocerebellar Degeneration. Satu penyakit yang membuatkan cerebellum kita makin degenerate, dalam bahasa melayunya, tak pasti, sort of macam mengecil mungkin. Cerebellum ni adalah sebahagian daripada otak kita yang fungsi utamanya untuk badan dan otak kita bekerjasama. Cerebellum ni jugak laa yang bertanggungjawab untuk timing segala pergerakan kita

Disebabkan sakit ni, Aya makin lama tak boleh bergerak, berjalan dan bercakap

Saya pilih scene ni paling tacing sekali. Dekat sini laa air mata saya paling banyak tumpah. T.T



Drama ni bukan je tunjukkan perjuangan Aya tapi jugak kasih sayang mak ayah dan family dia. yang terima Aya tanpa kira pandangan orang. Mak dia yang bagi semangat pada Aya bila dia dah tak larat sangat dengan dugaan yang ada. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu kann.



Dan yang membuatkan drama ni lagi awesome tak lain tak bukan adalahh Asou-kun. ^^ 





Dia sukakan Aya time mula kena sakit ni. Even dia tahu one day nanti Aya akan handicapped but still dia confess that he likes her. kyaaaa~



For me, as long as you saying it, it doesnt matter how slowly you say it, I'll still listen.
If you can't talk over the phone, then I'll come to see you, just like this. 
If you want to walk, no matter how slow it will be I'll walk with you. 
I.. like you.. maybe.. prabably. 

So sweet kannn? haha saya tengah demam Asou-kun sekarang. ^^



To be able to smile and tell everyone this, I probably cried one litre of tears. T.T

Indeed, this is a must watch story. It will touch your heart deeply.
Saya menangis setiap episod kott. Teresak-esak sorang-sorang dekat ruang tamu sambil pegang tuala lap air mata, dah tak mahu pakai tisu, tuala je senang. Tak pernah ade drama yang effectnya sampai macam ni sekali sebelum ni.