Sunday, 18 December 2011

Melepaskan Batuk di Tangga.

Asslamualaikum and hello all :)

Dua hari yang lepas, saya ada meeting sikit. Pintu bilik meeting tu terbuka, saya duduk tepi pintu. Angin malam pun sepoi-sepoi bahasa masuk dalam bilik, directly kena saya. sangat sejuk~
Balik dari meeting, makan mango ais ala-ala slurpee dekat 7E tuu. (sangat bijak!makan ais malam-malam time winter). Esoknya, saya ambil wudhu dekat universiti tapi lupa bawa tisu nak lap muka, saya biarkan muka yang kebasahan dibuai angin sejuk winter.

Hasil dari tiga kejadian di atas, mucous membrane dalam hidung saya terkena catarrhal inflammation atau nama lainnya saya kena selsema. Dan selsema ni datang sekali pakej bersama batuk dan demam. :(

Intro kat atas ni saja mengada nak mengadu nasib. =.=' Ni baru nak masuk isi penting. ^^

Sambil batuk-batuk manja, saya teringat peribahasa melayu yang berbunyi, "Bagai melepaskan batuk di tangga". Peibahasa ni bermaksud, buat kerja sambil lewa atau separuh jalan.
Dulu-dulu jenuh laa saya fikir untuk mengaitkan ape kena mengena batuk dekat tangga dengan buat kerja sambil lewa? Kenapa kalau melepaskan batuk kat tangga orang cakap kita buat kerja tak siap?

Kalau macam tu, adakah kita patut batuk sebelum naik tangga? atau.. tahan dulu kalau terasa nak batuk, pastu bila dah naik habis tangga baru boleh batuk puas-puas?


Mesti korang pun tertanya-tanya kan dulu? Sambil mempersoalkan betapa tak relevannya peribahasa ni. kan kann?

Hahaa, sebenarnya, batuk kat sini bukanlah batuk yang uhuk uhuk tuu, tapi batuk kat sini bermaksud tempurung kelapa yang orang dulu-dulu keringkan nak buat cedok air kat tepi rumah untuk basuh kaki. Ejaan dia pun rasaya batok.

Patutnya lepas dah cuci kaki orang simpan elok-elok batok tu. Peribahasa ni nak tunjuk orang yang buat kerja sambil lewa ni main lepas je batok tu kat tangga. tak simpan properly.

 Bagai melepaskan batok di tangga :)

Cikgu BM saya yang explain pasal ni dulu. Oh, saya rindu cikgu BM, sebab dia sangat baik dan suka belanja kitorang makan nasi lemak. heheee

Orang tua-tua kita dulu memang bijak buat perumpamaan dan berbahasa. Ayah saya kalau kat rumah suka sangat suruh saya dengar lagu-lagu Melayu lama dan tengok filem-filem melayu yang hitam putih tu. Ayah suruh dengar gaya bahasa diorang, sedap dan elok je untuk didengar. Ayah cakap bahasa orang sekarang tak macam orang dulu-dulu.

Maybe saya dah membesar dengan cerita-cerita P. Ramlee, kebanyakan cerita Arwah semua saya tengok, so bila tanya kawan-kawan diorang ada yang tak tahu, saya terkejut jugak laa. huu legend kot. rugi sapa yang tak tengok. 

Hee moral of the story, meh laa kita ramai-ramai tengok cerita lama-lama bagi menghargai bahasa ibunda kita. eceh! ^^

**baru ganti shoutmix dengan shoutbox yang baru. Siapa yang ada tersinggah blog ni, rajin-rajin laa shout dekat situ. hee tapi minta maaf dulu sangat kalau saya terlambat balas kunjungan. hehee nanti ada masa saya blogwalking di laman anda pula ^^

3 comments:

Ujie Othman said...

hahaa..akak pun tertanya apsal takleh batuk kat tangga. batok rupanya..baru skrg tau! tq..

نورعيم said...

haha. baru sy tahu. ingat batuk yg uhuk uhuk tuh. hehe.

aamalinaazman said...

hehehehe
pnjgnye explen die pasal batok na
jage diri molek2 tu
tamo mnum sejuk2 ye :)