Thursday, 3 April 2014

Paeds oh Paeds.

Assalamualaikum :)

Long time no write :P
Sekarang saya tengah demam, demam exam hewhew
Alhamdulillah baru je lepas exam final pediatrics. pheww~ 
Dan lagi tiga paper menanti ><

Setiap kali update blog mesti nak complain betapa kekoknya nak menulis kembali huhu banyak sangat benda yang ada dalam kepala yang nak dikongsikan kat sini tapi tatau macam mana nak tulis. hmm

Apa apa pun, bersyukur dah habis paeds, walaupun yang pasti I am gonna miss all those cute little children. Dulu before masuk paeds, perkara yang paling saya risaukan adalah saya bukanlah seorang yang pandai nak bermain dengan budak budak heheh. Dan saya selalu rasa budak budak ni annoying especially yang umur 3-5 tahun, yang dah pandai nak ngada ngada tuu.. aduhh menyampahnya. the only budak yang I can stand of course la my own nephew haha. Ziyad!

Ziyad holding sepupu baru saya :)

Tapi alhamdulillah lama lama dah dapat adapt dengan bebudak comel tu semua. Saya boleh dukung baby without feeling awkward lagi tau... heeeee and one my professor siap cakap ,
"You are going to be a good mother"
Haa siap bold, kaler kaler lagi kau, nampak tak betapa statement tu menggembirakan hati ini ^^

Salah satu pengalaman yang tak boleh lupa, bila salah seorang pesakit saya ajak kitorang datang rumah dia. She's such a sweet young lady. Family dia sangat mengalu-alukan kitorang and, Allah, layanan diorang dekat tetamu memang tip top! 

This is us, dengan family Omniya.

Mama dan Baba memang layan kitorang macam anak sendiri. Terharu T.T



Pertama kali merasa hospitality keluarga orang Mesir. Serious hospitality mereka sangat awesome walaupun keluarga dia hidup dalam keadaan sederhana je.


Overall, paeds adalah round yang saya paling enjoy sekali. Dua bulan lebih kot duduk kat round nih.


Saya dengan Dr Wala 
(well, it was supposed to be just me and her tapi tetiba ramai pulak yang masuk).

Emm so, that's all for today.
(Heh ni kalau ending macam ni je dalam esei time SPM dulu mesti tak lulus nih)

Haha doakan saya exam. Jumpa lagi err maybe bulan depan haha :P

*bukabukucardiology*

Saturday, 22 February 2014

Hikmahnya...

Assalamualaikum :)

Pernah tak rasa perasaan yang you don't even know what you should feel? Hmm, itulah perasaan saya sekarang. Sebab suddenly we got a fortnight holiday because of H1N1 outbreak dekat Egypt.

The problem is, I've already bought a ticket on 10th April untuk balik Malaysia sebab at that time kitorang supposedly ada cuti Spring. Tiket yang dibeli adalah under promo, murah berbanding tiket biasa tapi ianya adalah non refundable. So since ada sudden cuti, this may affect our cuti spring and I may lost my ticket and the money. And nak tukar tarikh pun may cost lots of extramoney and saya tade duit, tengah pokai sekarang.

Hmm.. apa yang saya patut rasa?

Well, duit boleh dicari. Memang betullah manusia hanya mampu merancang tapi Allah adalah sebaik baik Perancang. Tetiba teringat quotes dari Blog The rocking Hijab, sometimes we cannot just say 'Allah has a better plan for us' we have to believe He does. Trying to figure out the hikmah behind all this, I believe there will be lots of it.

I just need to keep calm and study kot. heh exam final sem belum lepas lagi -.-'

...tapi,, ada sesapa nak hadiahkan saya dalam dua tiga ribu pound egypt? nak buat tukar tarikh tiket haha 

Saturday, 8 February 2014

Matahari dan Bulan.

Assalamualaikum :)

Dari matapelajaran Sains, yang kita belajar kat sekolah dulu, semua tahu bahawa matahari menghasilkan cahayanya sendiri manakala bulan, walaupun kita nampak dia bercahaya tapi sebenarnya dia hanya memantulkan cahaya matahari je, dia tak menghasilkan cahaya dia sendiri.

Tapi, tahu tak yang Allah dah nyatakan dalam Al-Quran lama dulu, sebelum manusia discover. Subhanallah!


And made the moon therein a [reflected] light and made the sun a burning lamp.

Dalam surah Nuh, ayat 16, Allah cakap, Dia menjadikan bulan itu padanya cahaya dan matahari itu sebagai lampu. 

Rasa awesome sangat baca ayat ni tadi. betapa banyaknya ilmu yang kita tak sedar ada dalam Al-Quran. 
Jom jadikan Quran itu bestfriend by fahaminya, bukan baca sahaja ^^

Saturday, 18 January 2014

Paediatrics

Assalamualaikum :)

Sekarang, saya dalam round paediatrics which is round kanak kanak. dah almost satu bulan dah masuk round ni, another one month to go. So far, round paediatrics saaaangat menarik.

Round kanak kanak ni a little bit different daripada round round sebelum ni. Sebab belajar pasal kanak kanak (of course la kann), sebelum ni asyik deal dengan orang dewasa ja.

Everything is different, vital signs (i.e respiratory rate, pulse, blood pressure) kena hafal values lain. drugs ada certain yang not working kalau bagi dekat kanak kanak, banyak penyakit yang takde dekat orang dewasa kena tahu diorang punya natal history, developmental history, nutritional and kena ada skill nak tackle kanak kanak tu time clerking and examination huhuuu

Nak tackle kanak kanak tulah yang paling lemah tu. I don't have that skill haha dengan bahasa yang limited lagilah. Hee tapi I am trying to improve myself. Memula dulu macam takut takut jugak nak approach bebudak, nak pegang babies pun takut jugak rasa cam fragile sangat diorang tuu, tambah tambah neonates.. laaaagilaaaa fragile (medically, babies yang umurnya 0-28 hari kita panggil neonates). Tapi now dah boleh sikit sikit kot, sifat sifat keibuan dah mula menyerlah (haha sila muntah hijau).

Terharu tengok bebudak kecik semua melawan penyakit diorang. Tambah tambah bila time Neonatal ICU (NICU) nampak babies pramatang/ tak cukup bulan fighting to live. Subhanallah! Kecik kecik lagi dah banyak dugaan yang Allah turunkan dekat diorang. Kanak kanak ni punya semangat nak lawan sakit diorang sangat amazing.

Ada satu case, kanak kanak lelaki, his name is Said, berumur 15 tahun dengan uncorrected Fallot Tetralogy (It's a congenital heart disease, jantung dia sejak lahir tak terbentuk dengan baik, ada jantung berlubang dan urat darah yang besar tak terlatak pada tempat yang betul. Hanya boleh dirawat dengan pembedahan) Usually case of Fallot, kalau tak dijalankan pembedahan susah untuk survive lama. Tapi that patient survive sampai umur 15 tahun! and he looks healthy and happy (for his standard). Even prof cakap his case is a miracle, nobody usually survive that long. Subhanallah! Rasa nak nangis tengok Said, he also has Down syndrome.

And rasa nak nangis tengok mak yang sabar je jaga anak dia yang istimewa. Jumpa banyak ibu ibu yang punyai anak anak down syndrome and kebanyakannya ada complication jantung. Tengok diorang layan anak dengan penuh sabar and kasih sayang. sobs TT. Terfikir kalau diri sendiri yang kena mampu tak nak tersenyum macam diorang.

So overall, round paediatrics banyak sangat ajar diri untuk bersyukur. Betapa bersyukurnya dilahirkan sempurna. Before this, dengan kawan kawan semua selalu berangan nak anak comel, tapi tengok Said and the other kids dekat ward paediatrics, terus terkesan, it's more than enough kalau anak cukup sempurna tak sakit. Allah TT.

Fighting little baby!