Dah lebih dua tahun saya study di Alex, tapi tak pernah pergi the main attraction yang ada dekat Alex ni which is Bibliotheca Alexandria. Bibliotheca ni En. Wiki cakap "is a major library and cultural centre located on the shore of the Mediterranean Sea in the Egyptian city of Alexandria". Seterusnya.. boleh laa baca dekat page wikipedia, dia punya history, architecture segala bagai. Kalau pelancong datang Alex, tak sah kalau tak pergi ke Bibliotheca nih. mesti punye. Cuma orang yang tinggal kat sini je yang tak heran sangat dekat dia =.='
tapi semalam tiba2 rasa nak mood lain sikit untuk study so ajak laa housemate sorang untuk study di library besar tuu.
Excited gile sebelum masuk ke library tu, terasa jakun yang amat, terasa macam tengah melancong jugak padahal library tu jaraknya dari rumah saya lima minit je naik teksi. kalau nak pergi Bibliotheca ni naik teksi kat Alex cakap je dekat pemandu tu nak pergi 'maktabah kabir' (perpustakaan besar) nanti dia bawa laa ke Bibliotheca ni.
ini gambar dari google ^^
Tapi sebelum masuk library kena isi perut yang kosong dulu. macam mana mau study bila perut asyik main gendang gendut tali kecapi. So kitorang pun gerak laa ke cafe Cinnabon dekat situ. konon nak terasa eksklusif minum hot chocolate kat restoran tepi pantai. terasa cool gituu~
cube teka berapa harga dua makanan kat atas ni tambah air hot chocolate dengan banana starwberry?
it is LE83.60 bersamaan dengan RM44.23. grr~ saya terasa nak cancel order je tadi tapi saya fikir, bukan selalu makan style orang kaya macam ni so saya pun dengan cool menipiskan dompet untuk bayar. terasa cool and fool jua =.='
yang membuatkan saya terasa double grr~ adalah bila makanan saya yang gambar atas tu TAK SEDAP! grr~ grr~ dan grr~ lagi sekali. Baik makan kepsi je, sedap dan kenyang lagi.. grr~
moral of the story bak kata Budak Lelaki Sebelah Pintu, fikir dulu sebelum buang duit.
So, bila saya berjaya paksa diri untuk habiskan makanan tuu sampai terasa loya.. kitorang pun gerak masuk library.
Library dia besar, ada enam tingkat kalau tak silap, siap ade muzium lagi. tapi saya tak masuk laa muzium sebab tujuan datang hari ni untuk..
Study.. hee ^^
Doakan saya exam khamis ni :)
on the way nak solat di celahan rak buku sempat pulak amik gambar menggedik serta malu-malu kucing.
just reflection, segan laa ana dengan entum nak tunjuk gambar betul ^^
4 comments:
gudluck!
rupa mknn tu mmg cantik & menyelerakan..so sad..tak sedap ya!
wish u gd luck, yayan.
alaa, tnjuk lah gambar betul yayan. hihi.
wau gambar library ker tu... hebat... cantik... xmacam library kat malaysia
Post a Comment