Assalamualaikum and hello all :)
Tadi blogwalking dan tengok ada
segmen baru dari
Abang Ben, so terfikir nak kongsi pendapat.
Abang Ben tanya,
"Masalah penipuan di dunia maya sekarang ini tidak terkawal.. pelbagai jenis penipuan ada kan? Paling ketara yang menjadi mangsa adalah wanita.. Kenapa wanita sering ditipu dan tertipu?"
Yup, bagi saya, perempuan memang lebih mudah dipujuk. Lebih senang digoyahkan emosinya. Kalau lelaki tu baik sikit senang je nak percaya, senang je nak serahkan semua. =.='
Sebab itulah lebih banyak terjadi kes-kes penipuan dekat perempuan. Even dalam suratkhabar sekalipun kita selalu sangat baca kisah gadis ikut kekasih lari padahal kekasih tu baru je kenal kadang-kadang tak sampai satu hari pun.
Kalau tengok search dekat MyMetro, type 'Penipuan Internet' search result yang keluar adalah seperti macam dalam link
SINI.
Kalau tengok kat situ, berapa banyak
kes penipuan yang terkena pada perempuan?
"Mudah percaya, lurus dan prasangla baik ketika melayan orang, terutama lelaki warga asing di Internet dipercayai menjadi punca utama wanita tempatan jatuh cinta sebelum menjadi mangsa penipuan golongan berkenaan"
Memang, lelaki dan perempuan tu sendiri ada beza dari segi perasaannya. Saya pernah terbaca blog
schoolmate yang review buku
"Men are from Mars, Women are from Venus". Katanya,
"Orang lelaki lebih menumpukan kepada aspek fizikal manakala perempuan lebih menumpukan kepada perasaan dan kemanusiaan. Lantas, perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung tapi lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban."
Ini bukan satu benda yang tak elok, memang kita perlukan semua tu, kalau tak macam mana nak jaga anak dan suami kalau perempuan takde perasaan lemah lembut, selalu rasa empati semua tu, kan?
eceh, cakap macam dah kahwin je.
Even memang perasaan perempuan tu lebih mudah dipujuk sebagainya tapi bagi saya satu je sebab paling utama yang menyumbang ke semua kes-kes penipuan ni.
KURANG KESEDARAN disebabkan
kurang membaca, kurang didikan agama, kurang kasih sayang dan sebagainya kurang.
Dalam surat khabar, boleh dikatakan hari-hari, ada je kes-kes rogol, culik dan sebagainya. Tambah-tambah lagi kalau korang baca Harian Metro. Mesti ada punya laa kes-kes macam ni. So,
jangan diambil ringan apa yang ada dalam paper tu. Sebab apa banyak kes penipuan yang dilaporkan dalam paper? sebabnya semua benda tu memang betul-betul berlaku, jadi
tak mustahil laa kalau kes-kes yang ada dalam suratkhabar tuu untuk jadi dekat diri kita sendiri.
Kalau orang buat misscall gedik2, add dekat skype, tak kenal tapi menggedik nak call, please laa jangan layan.
Bila dah mula layan laa yang akan membawa ke maksiat yang lebih besar.
Ni nak kongsi satu video dari
Productive Muslim. Klik
SINI. Tengok taw, jangan tak tengok. :)
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" Al-Israa : 32
Mungkin kita fikir hanya untuk seronok-seronok je, tapi cuba fikir jauh ke hadapan.
tak kira apa pun agama kita, fikir dulu..
Macam mana kalau niat yang hanya untuk berseronok tu membawa kita ke jalan mati? Jalan yang kita tak boleh nak buat U-Turn?
Katakanlah (Muhammad), "Marilah aku baca apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baiklah kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat atau yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti" Al-An'am : 151
Saya teringat masa cuti summer yang lepas, ayah balik dari pekan, dekat meja makan tu, ayah cerita tentang anak seorang kawan dia yang lari ikut lelaki lain. padahal budak perempuan tu baru je Tingkatan3. PMR pun belum tentu lepas lagi.
Mak ayah dia risau sangat. Pergi dekat rumah lelaki tu, merayu suruh anak balik rumah. sampaikan nak bawa ke polis. Bayangkan bila dah jadi kes macam ni, mak ayah mesti malu sebab satu kampung tahu perangai anak dia. mana mak ayah nak letak muka? ke mana-mana je mesti orang bercakap tambah-tambah lagi kalau yang duduk di kampung kan? macam dalam drama kat tv tuu, pergi kedai je mesti orang keliling pandang slack je. Kesian dekat mak ayah.
So sebelum bertindak tu
fikir dulu apa kesan tindakan kita dekat orang sekeliling yang kita sayang.
jangan jadi anak derhaka.
Oleh itu kaum wanita sekalian, kita kena laa
pandai jaga diri sendiri. j
angan sebab lelaki maruah kita diperkotak-katikkan sampai
sanggup bergaduh di kedai kasut untuk berebut lelaki yang belum tentu elok budi pekertinya
.
Lelaki.. yang belum ada jaminannya jadi milik kita satu hari nanti..
**edit : bila baca balik baru perasan yang aku tertumpu dekat satu jenis penipuan je. maybe sebab emo kot =.=' terlupe banyak lagi penipuan lain macam perniagaan laa, tipu duit laa, macam-macam lagi.
so hati-hati ye kawan-kawan. even orang cakap, dunia di hujung jari, hati-hati mana tahu kot-kot jari kita boleh berdarah nanti, dicucuk dunia maya yang ada kat hujung jari tuu.