Saturday, 17 November 2012

Hutang Kita Pada Palestine.

Assalamualaikum :)

Semalam after exam ada meeting. Seperti biasa selepas meeting, ketua batch kami akan pilih secara random sesiapa untuk bagi tazkirah. Dan topik yang dipilih sahabat tersebut adalah berkenaan Palestin.



Antara isinya yang membuatkan terasa zappp menusuk hati, adalah bila dia berpesan pada kami,
jangan rasa diri kita ni mulia sangat apabila kita menderma untuk tabung Palestin. Sebab sebenarnya kita hanya membayar hutang, hutang yang tak mungkin habis dibayar walau diberi seluruh harta kita pun. Hutang kita pada ibu ibu yang mengorbankan anak-anak mereka bertempur melawan zionis. isteri isteri yang mengorbankan suami suami mereka mempertahankan tanah umat Islam. Tanah Palestin adalah tanah kita semua.

Jom semua bayar hutang kita. Walaupun hanya mampu bayar sedikit, at least kita cuba.


Boleh tahu lebih lanjut dekat Facebook Aqsa Syarif.
Dan banyak lagi medium yang membolehkan kita cakna dengan isu Palestin. Sebagai contohnya, Activist around the World for Palestine, Kelab IKRAM Mesir, dan jugak blog kesukaan ramai Angel Pakai Gucci.



Palestine will be free.


2 comments:

Ujie Othman said...

tazkirah yg sgt baik.
akak pun tak terfikir yg kita sbnrnya byr hutang. Palestin sbnrnya t/jawab kita sbb ia milik kita..org2 Islam.

نورعيم said...

Allahuakbar! hanya mampu berdoa palestin selamat :(