Assalamualaikum semua :)
Pagi tadi, bukak twitter saya nampak ini, orang share.
Yup, itulah kata-kata Perdana Menteri Israel. Katanya Israel tu tak bersalah, merekalah mangsa yang sebenar. Israel hanya nak mempertahankan negara dia. Pffft, hipokritnya dia. Tak malu sungguh nak cakap macam tu setelah apa yang mereka buat pada Palestin. Marahnya saya. Marah ni, marah. marah demi saudara-saudara di Palestin.
Sedih pulak bila tengok gambar-gambar yang diretweet. Terutama sekali gambar babies yang tak bersalah. Yang comel comel je tapi dah hangus terbakar manjadi mangsa bedilan Israel.
Lagilah saya marah. Macam mana mereka sanggup bunuh babies sekecil ni? dan mereka cakap kita yang terrorist? Huh. Tak masuk dek akal. Sedangkan kita ada undang-undang dalam perang. Apa yang saya tahu, Islam cakap babies, wanita, ternakan dan tempat ibadat tak boleh kacau kalau nak perang sekalipun. Marahnya saya dengan orang-orang Israel yang hipokrit tu.
Terus terasa nak share semua benda. Saya bukak pulak artikel SaifulIslam, Gaza dan Doa Kita. Geramnya lagi saya bila tengok gambar ni.
Saya teruskan membaca. Sehinggalah sampai ke hadis ni.
Gulp~ terasanya. Orang cakap doa itu senjata mukmin. Palestin boleh menang dengan doa-doa kita. Tapi kenapa mereka masih tak menang?
Kita berdoa tapi masih lagi buat perkara yang Allah tak suka.
Kita berdoa tapi masih mengumpat sesama sendiri. Kita berdoa tapi masih lagi pada masa lapang bukak blog membaca gosip artis.
Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Kita berdoa, tapi bermusim.
Hanya pada masa facebook, twitter dan blog dipenuhkan dengan cerita Pelastin. Hanya pada masa kecoh satu dunia serangan besar-besaran Israel pada Palestin. Bila kecoh sebegini, barulah semua tergedik-gedik mahu share segala artikel, status dan sebagainya.
Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Kita berdoa, tapi masih lagi makan McDonalds.
Kita berdoa tapi masih lagi dalam masa yang sama bantu israel beli peluru untuk tembak saudara kita dekat Palestin. Kita bedoa sekarang tapi bila isu ni dah reda sekejap, terus "Eh, dah lama tak makan Big Mac dengan McFlurry. jom McD!"
Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Siapa yang hipokrit sebenarnya? Netanyahu atau kita?
Orang cakap, "the least we can do adalah berdoa, kita tak mampu nak ke Palestin bantu mereka berjuang" tapi, saya tak rasa itu adalah benda yang paling sikit boleh kita buat. Banyak lagi,
We should try and have to IMPROVE OURSELVES. Supaya doa kita ada significance di sisi Allah. Supaya doa kita boleh tolong saudara kita di Palestin.
Nak memperbaiki diri bukan senang. Jom, teruskan berdoa tapi dalam masa yang sama kita baiki diri. Formula mudahnya ialah ISTIQAMAH. Dengan harapan usaha kita ikhlas kerana Allah, dan jangan biar orang Palestin menderita kerana maksiat kita.
Kita boleh! Jom sama-sama. Saya tak nak jadi hipokrit lagi. Bila tulis entry ni, berdas-das rasanya terpantul pada diri sendiri. Sakitnya, sedihnya bila mengenangkan diri sendiri yang hipokrit.
Saya tak nak jadi hipokrit lagi. Anda pula bagaimana?

Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?”
[riwayat Muslim]
Gulp~ terasanya. Orang cakap doa itu senjata mukmin. Palestin boleh menang dengan doa-doa kita. Tapi kenapa mereka masih tak menang?
Kita berdoa tapi masih lagi buat perkara yang Allah tak suka.
Kita berdoa tapi masih mengumpat sesama sendiri. Kita berdoa tapi masih lagi pada masa lapang bukak blog membaca gosip artis.
Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Kita berdoa, tapi bermusim.
Hanya pada masa facebook, twitter dan blog dipenuhkan dengan cerita Pelastin. Hanya pada masa kecoh satu dunia serangan besar-besaran Israel pada Palestin. Bila kecoh sebegini, barulah semua tergedik-gedik mahu share segala artikel, status dan sebagainya.
Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Kita berdoa, tapi masih lagi makan McDonalds.
Kita berdoa tapi masih lagi dalam masa yang sama bantu israel beli peluru untuk tembak saudara kita dekat Palestin. Kita bedoa sekarang tapi bila isu ni dah reda sekejap, terus "Eh, dah lama tak makan Big Mac dengan McFlurry. jom McD!"
Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Siapa yang hipokrit sebenarnya? Netanyahu atau kita?
Orang cakap, "the least we can do adalah berdoa, kita tak mampu nak ke Palestin bantu mereka berjuang" tapi, saya tak rasa itu adalah benda yang paling sikit boleh kita buat. Banyak lagi,
We should try and have to IMPROVE OURSELVES. Supaya doa kita ada significance di sisi Allah. Supaya doa kita boleh tolong saudara kita di Palestin.
Nak memperbaiki diri bukan senang. Jom, teruskan berdoa tapi dalam masa yang sama kita baiki diri. Formula mudahnya ialah ISTIQAMAH. Dengan harapan usaha kita ikhlas kerana Allah, dan jangan biar orang Palestin menderita kerana maksiat kita.
Kita boleh! Jom sama-sama. Saya tak nak jadi hipokrit lagi. Bila tulis entry ni, berdas-das rasanya terpantul pada diri sendiri. Sakitnya, sedihnya bila mengenangkan diri sendiri yang hipokrit.
Saya tak nak jadi hipokrit lagi. Anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment