Wednesday, 14 March 2012

Travelogue Italy : DAY 4, Milan Part I.

Hari keempat, mula perjalanan lawatan ke Milan. Milan terkenal dengan bola dann shopping :)

Untuk part I nak cerita pasal shopping dulu :p

Pertama sekali, daripada stesen Zara kami bergerak ke Milano Centrale dulu, dan tukar metro ke stesen Duomo. Kami beli tiket day pass yang berharga 4.5 euro. Dengan beli day pass ni kita boleh naik metro, bas ataupun tram sepanjang hari dengan menggunakan tiket yang sama. Jimat kalau kita nak berjalan banyak menggunakan public transport tapi rugi kalau kita tak guna sangat public transport.

Turun je daripada metro, menuju ke Piazza del Duomo, kami disapa dengan pigeons yang sangatt banyak.  Dan ada orang Arab dan Africa yang memang tunngu pelancong depan Milan Cthedral ni, diorang akan offer untuk letak makanan burung atas tangan, nanti banyak2 pigeons akan duduk atas tangan kita. menarik jugak walaupun rasa annoyed sikit dengan diorang. Kena bayar diorang ni 1 euro after that. Macam-macam cara orang cari rezeki. 


Then kami melawat Milan Cathedral. Gereja ni adalah antara gereja terbesar di dunia. Architecture bangunan ni cantik. Cantik je la definition yang boleh saya bagi since saya memang tak tahu apa apsal arts mahupun architectture. hee. Masuk dalam Milan cathedral ni tapi tak boleh ambil gambar, so ambil gambar dari luar je.


Selesai tour Milan Cathedral, kami masuk pula ke Galleria Vittorio Emanuele II. Dekat sini banyak kedai-kedai fashion jenama-jenama yang terkenal macam Louis Vuitton, Gucci, Prada dan macam-macam lagi. Siapa yang poket penuh dan memang suka pakai designer's cloth or bag boleh laa habiskan masa berjam-jam kat sini. Since, poket saya tidak penuh dan juga tidak memakai barangan berjenama, cepat je saya pusing semua kedai. heh.



Pintu masuk ke Galleria Vittorio Emanuele II







Masa kami datang awal lagi sebenanrnya, banyak store yang tak buka lagi. ambil gambar pun jadi laa :p

Lepas round round Galeria tu, kami jumpa something yang sangat menarik.. hee


Salji! ha. walaupun seciput, boleh la dibuat modal bergambar. heh.

Kemudian, kami ambil metro ke stesen Montenapoleone pula, untuk ke Quadrilatero d' Oro (The Golden Trinagle). Di sini adalah tempat shopping yang menggabungkan 4 streets; Via Montenapoleone, Della Spiga, Via Borgospesso, and Via Sant'Andrea. Dalam bahasa Italy via bermaksud jalan.

Quadrilatero d'Oro ni sama juga macam Galleria Vittoria Emanuele II tadi, adalah tempat shopping barangang berjenama, tapi tempat ni lebih besar lagi.




 Dan ini adalah lunch untuk hari ni. McDonalds fillet o fish. lapar sangat!


bersambung..

*hee thank you sudi baca :)

Monday, 12 March 2012

Travelogue Italy : DAY3, Leaning Tower of Pisa.

Assalamualaikum and hello all :)

Hee setelah sekian lama, kini tibalah masa untuk part ketiga Travelogue Italy.

Bila dah masuk hari ketiga ni, terasa masa berjalan dengan cepatnye. Nak shopping kat Firenze lagi :(

Schedule hari ni hanyalah nak melawat Leaning Tower of Pisa. Ambil train dari Firenze Santa Maria Novella station ke Pisa Centrale dengan harga 7.10. Dari Pisa Centrale naik bus Linea Rossa (line merah) terus ke tower. 


 Stazione Pisa Centrale.

Tiket train kami murah je walaupun beli on the spot. Sebabnya kami naik Trenitalia yang Regionale. Tiket yang dibeli open ticket dan kena validate sebelum naik. Dia slow sikit, ada je train yang lebih laju tapi harga dia pun lagi mahal lewww.. hewheww..
Bergambar di hadapan pintu masuk ke Piazza dei Miracoli

 Yang bangunan di hadapan ni adalah Baptistry St John dan gereja kat belakang tu pulak adalah, Duomo di Pisa.
Di dalam Duomo di Pisa.

Kami bertujuh di hadapan Pisa Tower.

Cubaan yang gagal =.='



Gerai gerai cenderahati berdekatan dengan Menara Pisa

Kami tak masuk pun ke menara Pisa tu, saya tak ingat kenapa. T.T
Hari ketiga ni sekejap je melawat tempat2 sebab nak ke Milan pulak dan perjalanan keretapi ke Milan mengambil masa lebih 4jam jugak. Harga tiket 29.50


 Semua excited nak cube beli tiket train pakai mesin automatik. :p
 Train ke Milan sangat selesa. mungkin sebab perjalanan dia jauhnya lebih sikit.
Bila masuk train, terasa macam dalam movie Harry Potter. Heh.

Sampai saja di hostel dekat Milan, kami keluar untuk cari makan dan alhamdulillah terjumpa kedai runcit pakcik Arab Mesir ni. Jumpa pakcik ni rasanya macam jumpa orang Malaysia, rasa familiar. Kami pun gunakan kelebihan berbahasa yang sangat limited bercakap Arab dengan pakcik tu. hee dapatla diskaun sikit. Alhamdulillah :)


Kami decide untuk masak sendiri malam tu dannnn, dinner kami untuk hari itu adalahh..
jeng jeng jeng...

Nampak sedapp kan? memang sedap pun. haha lapar punya pasal, pasta campur tomato paste semata-mata tanpa garam pun terasa sangat sedap. haha tapi bila dah kenyan baru semua orang perasan betapa tawarnya pasta tersebut. heh.

Haa bila ingat balik malam makan pasta tawar tu memang tersenyum sendiri je. hehe, kenangan tawar manis :)

Okayy, tu je untuk hari ni. Thank you sudi baca. Next entry insyaAllah about bandar peminat bolasepak.. Milan!

*Haisyy, kena update cepat2 ni, banyak benda yang dah lupa. adoii =.='


Credits gambar-gambar pada Asilah, Ibah, Mun, Hasni, TK dan Bell. :)

Monday, 5 March 2012

Malaaaas!

Assalamualaikum and hello.

:(

Tak tahu kenapa sejak dua tiga hari yang lepas saya terasa sangaaaaattttt maaaalaaaaaaaaaaas! waaa~ someone tolong saya! bleaseeee! T.T

Malas, malas nak buat banyak benda. malas nak study terutamanya. Baca buku sekejap, tiga empat minit kemudian fikiran saya menerawang, jari jemari mencapai tetikus laptop, buka internet tak tahu nak buat apa, tengok hard disc tengok drama, tengok movie. Kemudian sambung baca buku tapi tak lama pun, tiga empat minit kemudian fikiran menerawang lagi :(

Tukar header blog rajin pulak kann =.='

Tapi alhamdulillah dalam lecture masih berjaya memberikan sepenuh perhatian. err. err sekali je lecture pathology ahad lepas saya tertidur selama hampir separuh lecture tu berjalan. Cikgu patho cakap sangat slow dan mendatar, bagaikan mendodoi-dodoi saya ke alam mimpi. Heh, salahkan cikgu pulak.

Doakan saya kembali bersemangat.
Doakan saya dapat meneruskan azam setiap semester saya iaitu ingin belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi doktor muslimah yang berjaya, cemerlang, gemilang serta terbilang.

Silalah bagi kata-kata semangat.. 
"Yan, sila belajar bersungguh-sungguh. Jangan rasa malas-malas lagi! Rajinkan diri anda. babab kang, baru taw"

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan mendoakan. Saya nak masuk tidur dulu. Moga bangun esok pagi segala perasaan malas tersebut hilang ditiup angin, pergi jauh jauh jaaaauhhh tak kembali lagi. amin, insyaAllah.

Bakhil.

Assalamualaikum and hello all :)

Semasa saya di Italy, saya jumpa ramai orang-orang yang meminta sedekah, homeless dan sebagainya. Kalaulah di Egypt, Alhamdulillah saya tak keberatan untuk hulurkan segenih dua. (Genih [LE], matawang Egypt. macam Malaysia, ringgit [RM]) Tapi.. di Italy, disebabkan matawang yang digunakan adalah Euro, even 1€ pun saya akan berkira-kira dua tiga kali nak spend ataupun tak. 

Yelah, since 1€ tu akan didarab dengan 4 untuk dapatkan ringgit dan kalau nak dapatkan dalam bentuk genih pulak akan darab dengan 8. Jadi 1€ = RM4 = LE8. Banyak tuu bagi student macam saya ni. Jadi setiap kali ada orang susah sana datang meminta sedekah, saya tak bagi pun. Kadang-kadang saya tunduk bawah je, buat tak tahu. Sebab 1€ sangat berharga. Dahlaa duit yang dibawa dah dibajet cukup-cukup je untuk sepuluh hari ni.

Dalam flight untuk balik ke Egypt, untuk mengisi masa saya buka handphone, dan baca tafsir Surah An-Nisa. Saya terhenti dekat ayat ni..

"Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan ingatlah Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka."
An-Nisa : 39.

Saya tersentak dan terus termenung panjang :(