Sunday, 29 January 2012

Patience & Prayers.

Assalamualaikum :)

"Help yourself (in your affairs) with patience and prayers. It's a difficult task indeed, but not for the humble ones"
2 : 45

"Believers, help yourself (in your affairs) through patience and prayers; Allah is with those who have patience"
2 : 153

^^

Thursday, 26 January 2012

Siput Bertangan Kidal?

Assalamualaikum :)

Siput ada tangan ke?
Dalam ilmu parasitology, ada cara kita nak bezakan antara species siput. Sama ada dengan saiz, bontot dia (spine), bahu (shoulder) dan pusat (umbilicus) dia. Kadang-kadang kita jumpa siput tu memang sebijik sejibon laa, tapi macam mana nak bezakan diorang adalah dengan tengok sama ada siput tu kidal atau tangan kanan (left handed or right handed).


Kalau tengok siput kat atas ni diorang macam sebijik sejibon la kann, tapi ada perbezaan dia. Sebelah kiri tuu lefthanded dan sebelah kanan adalah right handed.

Macam mana nak tentukan.. mari kita tengok..

Bulinus Truncatus.
Letak siput tu dengan bontotnya (spine) menghadap ke atas. Pembukaan cengkerang dia menghadap kita. Dan tengok laa, kalau pembukaan tu di sebelah kiri maka siput tu adalah left handed. Kalau pembukaan cengkerang dia menghadap kanan maka siput tu adalah right handed. senang je. :)

Okay, sekarang korang bolehlaa masing masing cari siput-siput babi yang berkeliaran dekat pokok bunga mak kat luar rumah. tengok siput tu left handed ke right handed. ^^

Siput bulinus truncatus ni laa yang bertanggungjawab memberi tempat tinggal kepada anak-anak Schistosoma haematobium dalam entry sebelum ni. #FYI

okayy, itu je untuk hari ni.
Nak exam esok, sempat lagi update blog. ngeheeee~ doakan saya taww.
dapat ingat semua penyakit-penyakit, ubat-ubat, makhluk-makhluk kecik si bacteria,parasit dan virus.
dan dapat faham dengan jayanya macam mana badan kita berfungsi. insyaAllah :)

Thank you sudi baca, nanti ada masa saya blogwalking balik. For now, assalamualaikum. Bubbyee~

Tuesday, 24 January 2012

Sunday, 22 January 2012

Strawberriess~

Assalamualaikum :)

 One of the best thing during winter :p



Friday, 20 January 2012

Sweet Couple, Si Cacing Schistosoma haematobium.

Assalamualaikum :)

Saya jumpa satu couple ni sangatt sweet..
Tempat pertemuan mereka salur darah dekat hati manusia, dekat situ mereka membesar bersama-sama (become mature). Si Jantan akan mendepangkan dada dan membawa si Betina dalam pelukannya (gynaecophoric canal) sama-sama merentas lautan darah, berhijrah dari satu salur darah ke salur darah yang lain untuk mencari kediaman yang sesuai.


Hee sweet tak mereka? Si Jantan akan melindungi si Betina dalam pelukannnya sampaikan si Betina tak perlu bekerja keras. sweet kan? Mari saya perkenalkan couple yang sweet ni...


Disebabkan yang si Betina selalunya lebih panjang dari si Jantan, ekor dan kepala dia terkeluar sedikit dari pelukan si Jantan.

Sweet tak mereka? hee :D

*Mereka ni akan tinggal dekat salur darah atas pundi kencing kebiasaannya dan membawa penyakit yang bernama Bilharziasis yang boleh membawa kepada cancer. Bilharziasis merebak kalau mandi atau minum air yang tercemar. But jangan risau kat Malaysia macam takde sangat. Egypt je banyak. #FYI

Tuesday, 17 January 2012

Wordless Wednesday #5 : Like a Boss.

Asslamualaikum :)


Nak Masak Apa?

Assalamualaikum :)

Antara dilema yang terpaksa saya alami setiap minggu adalah soalan ini, "Nak masak apa hari ni?"

Dulu dulu, sebelum saya perlu hidup berdikari (eceh!) dekat rumah, setiap hari mak mesti tanya, "Nak makan apa hari ni?" Kalau kami adik beradik jawab, "taktahu" mahupun "ikut suka mak laa, kitorang makan je". Nanti mak mesti akan membebel. =.='

Tapi sekarang giliran saya pulak tanya kawan-kawan serumah, korang nak makan apa hari ni? Kalau diorang takde jawapannya, saya akan tanya classmates pulak, "Nak masak apa eh hari ni, bagi cadangan cepatt!". Bila diorang bagi cadangan, mulalah kelam kabut salin resepi.

Kini baru saya faham perasaan ibu ibu yang kehabisan idea untuk menu harian.

Tapi saya masak bukannya hari hari.. dah takde idea nak masak apa. Macam mana kalau saya kawen nanti? Hari hari kena fikir menu.. ahhh dilema dilema!

Kenapa dilema ni terjadi? Padahal masak seminggu sekali je pun. kecoh je lebih.
Saya berfikir sendirian, akhirnya saya dapat jawapan...semuanya sebab terhadnya skill memasak saya T.T
 tapi saya pandai buat sushi hehehehe :D

Sunday, 1 January 2012

Pengorbanan Zibu.

Assalamualaikum :)

Saya ada exam esok, exam skill. Untuk menjadi doktor yang berjaya saya haruslah mengasah skill saya agar mantap dan pesakit pesakit saya pun senang hati. Namun, sumber manusia untuk saya praktikkan amat terhad. ramai yang menolak. Tidak sudi untuk membantu saya. Saya sedih T.T

Tercari cari dimana individu yang mampu menyelesaikan permasalahan yang melanda diri. Di mana individu yang sanggup bersakit-sakitan demi melihat saya mencapai cita cita.

Akhirnya saya ketemui dia. Thank you Zibu. Kerana dengan baik dan diamnya menahan sakit. Tak sakit kann? Takde keluar darah banyak kan? Mestilahh, sebab saya kan doktor yang bagus. (insyaAllah ^^).

 IV cannulation on Zibu ^^

See! baik je dia ni yang mummy sayang ni. ehehehehe ^^

Oh maafkan katil yang bersepah di belakang dan tidak menampakkan ciri-ciri menantu pilihan. =.='

Zibu dengan baiknya menerima segala apa yang kami buat dekat dia untuk skill exam esok. IV cannulation, Intravenous injection dan jugak ambil darah (walaupun salur darah Zibu susah nak cari, ermm tak jumpa pun sebenarnya hehehe)

Doakan saya exam esok. Tak lupa mana-mana procedure dan dapat full mark. heeee ^^

Tu je. terima kasih sebab sudi baca ^^


Welcome Welcome 2012.

Assalamualaikum :)

Penuh dekat dashboard pasal tahun baru. Semua tentang duaribuduabelas, azam baru dan sebagainya.
Sebenarnya takde idea sangat pun nak update untuk hari ni tapi tangan gatal jugak nak menaip entry untuk hari yang bertarikh satu Januari duaribuduabelas ni kann.. ecehh menaip dah macam tulis prescription untuk ubat under Dangerous Drug Act dah ni. Terasa cool~ okay, merepek je.

Untuk prescription drugs yang under DDA, contohnya macam morphine yang boleh membawa kepada ketagihan dan bahaya, doktor perlu tulis segala nombor yang ada dalam kertas prescription tuu dengan eja penuh sebab takut nanti kalau tulis dalam bentuk nombor, pesakit boleh tambah kosong kat belakang tuu. Ubat yang sepatutnya diambil 1 tablet je boleh ditambah kosong dibelakang jadi 10 tablet. #FYI

FYI means for your information. #FYI

Hehee. kat sini saya nak share benda yang selalu saya jadikan sebagai pencuci mata di kala kesepian balik dari kelas sorang-sorang, takde peneman semasa berjalan. Introducing...


The blue sky of Alexandria. Pictures taken on 31st December 2011 :)
*Ahh sory laa gambar terbalik. Ini reuploaded punye gambar and since banyak sangat yang kena reupload ive becoming lazier nak betulkan gambar degil macam ni*

Hee well, salah satu benda yang paling saya suka tengok ialah langit. Sebab saya rasa langit sangat cantek. Biru aje dan menenangkan. kann? Korang rasa tak macam tuu?

Sejak kebelakangan ni ada je hal yang buat saya berjalan balik rumah dari university sorang-sorang.  Bila takde orang nak sembang sepanjang jalan, jadi kerja saya observe sekeliling dan terperasan langit dekat Alex sangat biru. Cantek! Okay, maybe langit dekat semua tempat pun cantek (sama je kan kat semua tempat) tapi kat sini takde awan dan bila winter matahari tak terik sangat, so nice je bila pandang ke langit. Cube laa pandang ke langit.

Lagipun saya pernah dengar ade lima perkara yang bila kita pandang akan dapat pahala.
Ibubapa, Kaabah, AlQuran, laut dannnnn.... langit! heee
Sweet kan Allah? Mudah je kita nak dapat pahala. ^^

Okayy, itu je untuk hari ni. Selamat tahun baru u olls! hik hik :)

Dekat sini still satu januari lagi. lagi lima jam nak masuk dua januari. #FYI