Monday, 5 March 2012

Malaaaas!

Assalamualaikum and hello.

:(

Tak tahu kenapa sejak dua tiga hari yang lepas saya terasa sangaaaaattttt maaaalaaaaaaaaaaas! waaa~ someone tolong saya! bleaseeee! T.T

Malas, malas nak buat banyak benda. malas nak study terutamanya. Baca buku sekejap, tiga empat minit kemudian fikiran saya menerawang, jari jemari mencapai tetikus laptop, buka internet tak tahu nak buat apa, tengok hard disc tengok drama, tengok movie. Kemudian sambung baca buku tapi tak lama pun, tiga empat minit kemudian fikiran menerawang lagi :(

Tukar header blog rajin pulak kann =.='

Tapi alhamdulillah dalam lecture masih berjaya memberikan sepenuh perhatian. err. err sekali je lecture pathology ahad lepas saya tertidur selama hampir separuh lecture tu berjalan. Cikgu patho cakap sangat slow dan mendatar, bagaikan mendodoi-dodoi saya ke alam mimpi. Heh, salahkan cikgu pulak.

Doakan saya kembali bersemangat.
Doakan saya dapat meneruskan azam setiap semester saya iaitu ingin belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi doktor muslimah yang berjaya, cemerlang, gemilang serta terbilang.

Silalah bagi kata-kata semangat.. 
"Yan, sila belajar bersungguh-sungguh. Jangan rasa malas-malas lagi! Rajinkan diri anda. babab kang, baru taw"

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan mendoakan. Saya nak masuk tidur dulu. Moga bangun esok pagi segala perasaan malas tersebut hilang ditiup angin, pergi jauh jauh jaaaauhhh tak kembali lagi. amin, insyaAllah.

3 comments:

Ujie Othman said...

ntahnya..asik tukar header rajin plak ya! malas2 nanti akak malas nk kawan yayan tau..hahaaa

WuMing said...

Biasa laa..semua orang pun pernah jadi macam tu..

Ambik masa layan perasaan itu satu hari...

Jangan buat apa..tidur dan makan saja...

Mana tau esok akan ok...

نورعيم said...

yan!!!! wake up!!!!!!!!!!!!! jgn malas2. mcm mane nak jadi dokter yg rajin nnti? hehe.