Friday, 8 February 2013

Bridal Mask a.k.a Gaksitaaaaaaaaal.

Assalamualaikum and hello everybody :)

Salah satu drama peberet saya pada tahun lepas adalah bertajuk Bridal Mask ataupun Gaksitaaaaaaaaal.

Drama ni sangat ohsem wa cakap lu, tapi tade pun antara kawan saya yang tengok jugak T.T so saya takde geng nak ranting about this drama. This drama is not about your typical love story; gadis miskin jumpa lelaki kaya, gaduh gaduh then bercinta pastu live happily ever after, no no! Gaksital adalah mengenai perjuangan seorang superhero di Korea untuk melawan penjajahan Jepun. Cool kan? Goodbye la Batman, Spiderman bagai, sekarang kita ada Gaksitaaaaaaal.

Lee Kang To.

Yang menariknya, Gaksital bermula dengan hero kita sebagai orang jahat. o.O Lee Kang To adalah tali barut Jepun. Dia terpaksa bekerja sebagai pegawai polis Jepun untuk sara keluarga selepas ayahnya mati dalam memperjuangkan negara dan abang dia pula diseksa hingga menjadi gila. Jadi seluruh rakyat korea memang benci habis dekat Lee Kang To dan memanggil dia sebagai pengkhianat negara. Memang Lee Kang To ni jahat gila ah mula mula cerita ni.

Abang KangTo, Kang San yang disangkakan gila.

Kang To ditugaskan untuk memburu seorang lelaki yang memakai topeng Gaksital. Rakyat Korea menganggap yang Gakistal ni hero mereka kerana Gaksital ni kerjanya membunuh suku sakat Jepun. Betapa jahatnya Kang To ni sampaikan dia sanggup menyeksa heroin kita, Oh Mok Dan sebab nak dapatkan maklumat mengenai Gaksital. Takde siapa yang tahu siapa Gaksital yang sebenar.

Kang To torturing Mok Dan

Kang To ada seorang kawan baik berbangsa Jepun, Shunji. Shunji ni adalah seorang jepun yang baik dan sukakan kanak kanak korea. Dia bekerja sebagai guru mengajar anak anak Korea ni. Walaupun disisihkan ayah dan abang dia sendiri kerana tak mahu jadi pegawai polis tapi Shunji still sayangkan Korea eventhough dia berdarah jepun.

Shunji.

Drama sebenar bermula apabila Kang To berjaya menembak Gaksital demi menyelamatkan abang Shunji yang juga merupakan pegawai atasan Kang To, dan dia mendapati yang ditembak mati tersebut adalah abangnya sendiri yang disangkakan gila tadi T.T


Part ni memang sedih gila! The moment Kang To realized yang the one yang dia tembak adalah abang dia sendiri and his cry of horror memang gut wrenching habis T.T


Selepas peristiwa nilah Kang To berikrar nak balas dendam akan kematian abang dan mak dia (mak dia dibunuh oleh abang Shunji). Dan bermulalah transformasi KangTo daripada seorang tali barut Jepun kepada pejuang kemerdekaan korea. 


Apa yang ohsemnya mengenai cerita ni adalah kita dapat tengok macam mana konflik dalaman dan transformasi Kang To,dari seorang yang bencikan negara sendiri, dan mengambil keputusan untuk pakai topeng Gaksital hanya untuk membalas dendam tapi lama-kelamaan dia mula sedar akan kesengsaraan rakyat negara dia dan terus berjuang demi negara. 


Selain transformasi Kang To, kita dapat tengok juga transformasi Shunji daripada seorang yang baik kepada seorang pegawai polis yang kejam. Shunji pakai uniform polis untuk melindungi wanita yang disukainya, Oh Mok Dan dan juga untuk balas dendam pada Gaksital kerana bunuh abang dia, tanpa disedari Gaksital yang diburu adalah kawan baik dia sendiri. 


Sobs~ sangat tragik okayy bila tengok dua orang kawan baik bertukar menjadi musuh. 

Their happy moments together akhirnya bertukar menjadi..

 T.T

Lakonan dalam Gaksital memang mantap. Errrggghh~ hanya melihat pada ekspresi muka diorang je dah scary. Huhu~

Gahh~ look at that stare. 


And I cannot compute, how the kind and loving Shunji can turn into someone like this? Evil and work like the true devil when it comes to torturing people. Scary! Bila saya reach the episode yang Shunji dah jadi jahat, saya betul betul lupa yang once sebelum ni he can smile like this -.-

Can't compute!

This two bestfriend turned into enemy ni membuatkan saya betul betul nervous hinggakan saya save dalam phone this picture, ha to remind myself yang diorang hanya berlakon lol.

Haha i guess i was too invested in this drama during last summer holiday. lol

The main conflict dalam drama ni adalah mengenai Gaksital dan Shunji tapi tiadalah drama namanya kalau takde love story. Adalah some story about Lee Kang To dan Oh Mok Dan. 

The plot dan konflik dalam drama ni is so well written, tapi of course adalah certain parts yang agak ralat, contohnya macam gaksital ni asyik terlepas aje dari tangkapan polis, tatau la sama ada polis tu yang lemah ataupun Gaksital tu yang hebat sangat. 

Tapi overall this drama masuk dalam my list of forever peberet drama di samping I am Sorry I Love You, Princess Man dan One Litre of Tears. Haha semua drama favorite saya adalah drama yang sedih sedih, semua stok stok kena prepare tisu banyak banyak kalau nak tengok.

By the way, azam tahun baru saya adalah nak watch less drama and do more study haha. I guess saya berjaya la sikit since this semester saya hanya tengok dua drama je. Hewhew. Hari ni hari last winter break, esok dah start kelas balik. emm haaa terasa malasnyaaa nak ke kelas. Nak cuti lagi boleh? 

Okay tu je untuk hari ni. Thank you u olls :)

*I dont know why so sudden nak cerita pasal Gaksital. -.-

Even kuda ada mask :P Horsital!

2 comments:

نورعيم said...

huhu tabahnya yan bercerita.

sy xpernah buat review psl cerita ni, xreti. hehe

Biha said...

Yannnnn! kte tgk sikit sikit je cerita ni. tp ending die mok dan matii! isk isk. :'( to bad so sad.