Assalamulaikum and hello all :)
Hari ni nak sambung jelajah Italy saya untuk hari kedua. :)
Actually, kami tak pernah tahu pun akan kewujudan benda alah kuning ni. grrr.. Tak ada
orang bagitahu, even orang yang jual ticket pun tak bagitahu kena
validate dulu sebelum naik train. So bila kitorang tak validate, kena denda..
30€ habis macam tu je :(
So these
are the pictures yang disnap-snap sepanjang jalan. Sungai dia dah beku, dan ada
nampak 2-3 ekor itik jalan atas ais tuu.
Hari ni nak sambung jelajah Italy saya untuk hari kedua. :)
Alhamdulillah, naik train dari Rome Termini dalam pukul 6++ sampai
Firenze dalam pukul 9++ pagi. Hee tak ingat laa the exact time :p
Memang ujian waktu travel bila kami didenda 30€ sebab tak validate ticket. 30€ adalah bersamaan RM 120 Malaysia ataupun LE250 Egypt! huh.. grrr sangat geram
okayy. Disebabkan pertama kali kat sini so kami taktahu sangat pasal public transport dekat
Italy ni.
Public
transport kat sini adalah jenis open ticket. Bile kita beli ticket tu, ianya
valid untuk kita pakai in any day dalam masa dua bulan. Sebelum naik train kena
validate ticket tu dekat mesin kuning ni.
It's
okayy. pengalaman.. (huuu.. ayat nak sedapkan hati je ni)
Once dah sampai Firenze, kami berjalan mencari hostel Locanda
Daniel.Hotel ni dah booked siap siap. Harga hostel yang kitorang book ni adalah
13€ satu malam. The hostel is nice both atmosphere dan worker dia.
Just nice, cuma yang tak bestnya kena naik tangga sampai tingkat 3 yang penat
sikit.
Lepas keluar dari hostel sebelum memulakan perjalanan, isi perut dulu. Tak tahu mana
restoran halal so kami masuk bar dan just makan
sandwich yang just ada roti, tuna dan sayur sikit. Bar kat sini bukan jual minuman keras je, Bar kat sini adalah kedai makan kecil yang jual sandwich, kadang kadang ada piza dan air minuman. kalau alcohol tuu di Italy memang ada kat semua tempat la kann.
Potato goreng. harganya 1€ je.
Sandwich tuna. 3.5€. Nampak simple je tapi sedapp ohh. haha tapi time tu kami sangat lapar so semua makanan jadi sangat sedap. :p
Tuan bar tu sangat baik. Walaupun dia bukan Islam tapi dia tahu yang mana kita tak
boleh makan dan yang mana boleh. Bila saya tunjuk dan tanya pasal satu makanan
ni, dia cakap "no, no you cant eat this. Only this, this and this. No
meat" gitulah lebih kurang gaya dia cakap.
Tengah makan, tengok jam dah masuk waktu Zohor, kami decide nak solat dulu sebab takut tak boleh nak tahan wudhu. Mintak nak tumpang solat dekat bar tu, dia
bagi pinjam bilik stor bar dia untuk kami solat. Dia suruh pekerja dia cek bilik stor tu, bersih atau tak then dia tanya kami nak solat ada kain lapik tak. baik kann? Kat dalam kedai tu first time saya solat tapi dekat tepi saya ada rak penuh dengan botol wine.
haha awkward gile. Kalau buat macam tu kat Malaysia mesti orang pandang pelik.
Then, start pusing-pusing Florence. Mula dengan Piazza
Michellangelo. Sistem bas dia pun sama. Beli tiket dan
validate. Boleh validate tiket atas bus. Tapi takde conductor yang check pun.
Ramai je tengok penduduk Italy yang naik bus macam tu je tak validate tiket
pun. haha kalau laa tak kena denda atas train kitorang pun nak buat camtu gak
tapi takpe laa.. baik spend duit 1-2€ untuk tiket daripada 30-50€ untuk
denda.
Piazza Michelangelo ni namanya diambil sempena the great Renaissance sculptor, Michelangelo. Piazzale Michelangelo a.k.a Michelangelo Square is a famous square with a magnificent panoramic view of Florence, Italy and is a popular tourist destination in the Oltrano district if the city. (well, thanks to wikipedia for the explanation haa :P)
Nice kan? The view of Florence.
Bajet je tuu. tak masukkan duit pun, gelapp je nampak. =.='
Then,
naik bus ke Ponte Vechhio. Bridge ni famous sebab ada banyak shops sepanjang bridge.
heh
disebabkan tak berapa tahu nak kena naik bus mana, kami terberhenti dekat
bridge lain. haha dan kena jalan sikit nak ke Ponte Vecchio.
Ponte Vecchio maksudnya old bridge.
Saya suka
jalan-jalan kat tempat cantik-cantik ni, sambil kagum dengan ciptaan Allah.
Subhanallah :)
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kami. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan"
Ar-Rum : 22.
After
Ponte Vecchio, let the
pictures do the work :p
Museum of the Works of the Cathedral (Museo dell'Opera del Duomo)
Kami tak berminat sangat nak masuk dalam muzium ni since we know nothing about arts. Sepanjang muzium tu ada arca-arca sculptors terkenal zaman Rome dulu dan saya memang tak kenal langsung nama-nama yang terpahat dekat situ. Satu je nama yang saya cam.. Donatello.
Tapi..tapi.. Donatello dalam bayangan saya macam ni..
Tak sama punnn. Konfius sekejap saya di situ :(
Heh.
Banyak
yang saya dengar pasal orang Italy ni adalah berkenaan ramainya pickpockets tapi
sebenarnya diorang sangat peramah dan baik. Kalau kitorang tanya dekat sape
sape tepi jalan, diorang akan membantu dengan baik dan senangnye. nice kan?
Macam
Pakcik Pierro ni. Mula mula dia tegur, kami dah suspicious, kot kot nak suruh
kami beli barang dekat dia ke tapi turn out pakcik ni sangat baik. Dia siap
offerkan nak tangkapkan gambar lagi dan explain about muzium and cathedral
besar di situ.
Then kitorang meneruskan perjalanan lagi. anddd jumpe satu kedai
ni jual bag saaaangaaaat murah. Saldi saldi! yeeehaaaa~ shopping time. kekekeeke. saya beli
satu bag tangan untuk mak. Ingat nak beli je terus semua untuk tiga
adik-beradik perempuan yang lain tapii tapelah. hold dulu, mana tau ada kedai
lagi murah dekat Rome ataupun Milan.
After masuk keluar masuk keluar kedai-kedai kat situ, hari pun dah
malam. So balik berehat untuk hari esok pula di Pisa. Malam tu memang
tidur nyenyak habis laa, tak sedar langsung penat berjalan punya pasal :p
Next entry sambung about Pisa insyaAllah.
Thank you sudi baca :)
Next entry sambung about Pisa insyaAllah.
Thank you sudi baca :)
6 comments:
byk gak kena denda tu. amaun tu utk sorang atau korang berlima/berempat? lupe brapa org..
mmg menarik la view..menggamit sungguh!
nanti last entry bgtaula belanja keseluruhan, nak tau utk panduan..tapi ntah bilanya nak sampai pun. hehee
kami travel bertujuh kak. dan denda tu 30euro utk seorg. tu yang tak rela sangat tuuu. :(
InsyaAllah nti entry last nti saya buat. mne tau ade rezeki akak pulak sampai sane ^^
perghhh 30euro melepas mcm tu jek. kopak lah duit. huhu.
eh mane 1 yan dlm gmbr kt ats? nk tahu! hihi.
yangg. memang xde sape pesan kene validate tiket train/bus
even masa beli tiket (kite beli kat kaunter, bukan self service. org tuh x pesan pun. padahal OBVIOUSLY kte ni tourist)
tapi kte tahu sebab baca kat website mana mana ntah masa buat research pasal italy
Weyhhh Kak Teh ! Kalo pegi time spring mesti cantik kan kan kan ??? ^^
Weeeeeeeeeeeeee ~~~
aim : yang pakai wintercoat hijau :)
iezy : :(
kakngah : aah, of course kalau pergi time spring mesti byk bunga2. :p
Post a Comment