Tuesday, 23 August 2011

Wordless Wednesday #5 : Princess' Man.. Comel~

Assalamualaikum :)




:B

Mufti Menk

Assalamualaikum :)




Ini video pertama lecture Mufti Menk yang saya dengar.
Tagged by my akak SC, Kak Hanun dekat Fb dulu.


Boleh check the rest of Mufti Menk's lecture dekat channel MuftiMenkRox.


Lecture dia menarik dan sedap didengar :)
Happy Ramadhan.


Wednesday, 17 August 2011

Melayu, Cina & India.

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)





Entry ini ditujukan bagi individu2 yang tidak belajar sejarah waktu sekolah dulu. Dan juga bagi mereka yang belajar tapi tak menghayati apa yang ada di sebalik lima buku teks yang kita hafal time exam dulu.



Lantas bila tak faham sejarah, mulalah mencucuk2 bagai duri dalam daging supaya rakyat negara ni berpecah belah, Melayu, Cina dan India semua untuk bergaduh sesama sendiri.

"Kita terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun kita merasa sedih dan dukacita kerana satu negeri terpaksa keluar, tetapi kita gembira kerana kita telah dapat menyingkirkan duri dari dalam daging kita"
-Tun Abdul Razak



Ingat tak dulu, quote ni selalu sangat ada dalam buku sejarah kita hinggakan dah terngiang-ngiang sampai sekarang apa yang George Santayana cakap, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"


Saya mungkin bukanlah orang yang pakar nak tulis tentang isu ini tapi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air sendiri saya rasa saya perlu sedikit sebanyak sampaikan apa yang saya rasa betul. Mungkin ada yang sebelum ni tak tahu pun kenapa adanya hak istimewa orang Melayu dekat negara ni. Sebab tu laa sesuka hati buat tuduhan cakap kerajaan diskriminasi laa, kaum Cina India ditindas laa dan sebagainya. Jadi, meh sini nak bagitahu nii.


Oh, sebelum tuu nak bagitahu yang tulisan saya tidak memihak kepada mana2 parti politik, baik kerajaan mahupun pembangkang. Takde pun DAP ke, UMNO ke, mahupun PAS yang bayar suruh saya tulis ni. Undi adalah rahsia, lagipun saya tak mencapai usia matang lagi nak mengundi. :p


Saya buka twitter beberapa hari yang lepas dan ternampak ada link Tumblr yang dibuat rakyat Britain untuk Ashraf Haziq.


Bila scroll down, terjumpa ini pulak :


Alaa kecoh je. biar je laa orang nak tolong si Asyraf ni.


Bila baca ni, rasa geram dengan encik Namavar777 dan rasa aah memang bagus pun dia keluar dari Malaysia. Kurang seorang duri dalam daging kita.


Bagi saya, isu perkauman amatlah sensitif untuk disentuh apatah lagi dipermainkan tapi saya kesal bila ada yang menimbulkan isu perkauman ni tanpa kaji dulu kenapa adanya Hak Istimewa Orang Melayu dekat negara ni, macam mana proses kita nak dapatkan kemerdekaan lebih 50 tahun yang lepas, macam mana susah payahnya pemimpin2 pada waktu tu, baik pemimpin Melayu, Cina dan India, semua berusaha memerah otak untuk capai kata sepakat fikir macam mana nak buat supaya semua penduduk Tanah Melayu puas hati.
Saya ulang SEMUA, SEMUA, SEMUA!! bukannya hanya untuk memenuhi keperluan orang Melayu je.


"Negara ini diterima daripada Melayu maka patutlah diserahkan balik pada Melayu... Oleh itu biarlah Melayu sendiri yang menentukan siapa Malayan itu. Janganlah kita gemarkan kemerdekaan itu, hingga dengan itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu apa yang terjadi kelak atas bangsa kita. Berkenaan dengan bangsa asing yang ada di dalam negeri ini, kita tidak akan melupakan bahagian mereka."
-Tunku : Pengorbanan dan Kemerdekaan





Ye, memang secara asalnya Tanah Melayu memang milik orang Melayu tapi sekarang bagi aku ia milik kita semua sekarang. tak kira Melayu, Cina dan India. Tapi kita tak patut ubah apa yang dah ditetapkan sebelum nak merdeka dulu. Dulu sebagai syarat bagi orang Melayu dengan sukarelanya nak terima kaum lain sebagai warganegara Melayu, perlulah ada keistimewaan orang melayu yang perlu dijaga. Disebabkan tolak ansur nilah kita dapat merdeka kerana British letak syarat perlu ada perpaduan kaum baru boleh merdeka.



Sebab tulah adanya MARA dan kuota2 tertentu bagi orang Melayu dan bumiputera. Lebih kurang macam hadiah bagi mereka, pemilik asal Tanah Melayu sebab sudi terima kaum lain sebagai warganegara Tanah Melayu.



Kenapa kita merdeka? Kenapa Parti Perikatan menang dalam pilihanraya tahun 1955 tu? Kenapa 51 daripada 52 kerusi jatuh ke tangan parti perikatan? meh saya jawabkan, antara sebab utama dia :

  1. Sikap tolak ansur parti2 yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihanraya
  2. Kebijaksanaan pemimpin kita cari penyelesaian politik
  3. Setiap kaum sanggup nak berkongsi kuasa politik.
  4. Semangat kita nak capai merdeka yang sangat berkobar-kobar.
Dalam hal nak capai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 semua kaum ada Give and Take, orang Melayu sanggup terima kaum lain as warganegara, ibarat macam mnenerima orang lain dalam rumah sendiri, payah bukan? dan kaum lain pulak sanggup terima syarat Hak istimewa orang Melayu. Ini pun adalah satu benda yang susah nak dilakukan. Tapi rakyat dulu kenanyakannya setuju sebab sayangkan negara kita. Nakkan merdeka. And by KITA saya maksudkan semua sekali, Melayu, Cina dan India.




Ini dia key word kita di sini, TOLAK ANSUR.



Kenapa kita perlu pertikaikan usaha gigih pemimpin-pemimpin dulu? Kenapa perlu dihancurkan perpaduan yang telah lama berputik dari dulu? Kenapa perlu cuba nak timbulkan pertumpahan darah sesama kaum macam tragedi 13 Mei? Kenapa? Kenapa? dan kenapa? tepuk dada, tanya hati.





Tak perlu diubah apa yang dah ditentukan lebih 50 tahun dulu. Sebab pemimpin2 kita dah fikir habis-habisan untuk apa yang terbaik bagi rakyat Malaysia. dan pemimpin dulu bukan macam pemimpin sekarang. mereka bekerja semata2 sebab rakyat. So kita boleh percaya 100% akan jalan penyelesaian mereka.


Kita boleh bersatu kalau kita tolak ansur sesama sendiri. Faham mesej disebalik syllabus Sejarah sekolah dulu. Belajar sejarah dulu bukan sebab nak dapat A saje. Belajar sejarah, ambil apa mesej yang nak disampaikan. bukan hanya belajar nakkan A1 SPM dan PMR. Saya punya sejarah dulu pun takdelah bagus sangat. Selalunya alau dapat A pun cukup2 makan je, hilang lagi satu dua markah terbabaslah saya dalam zon B. Tapi at least saya belajar hingga cukup faham untuk membuatkan saya sayangkan negara sendiri.


Di bawah ni ada ucapan dari Tun VT Sambanthan. Mesej dari ucapan dia memang lekat dekat kepala dari sekolah sampai sekarang.
"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk sosal kewarganegaraan. Persoalannya di sini apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina mereka tidak diterima di Tahiland, Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain. Dan apakah bantuan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan meneriima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka peluang untuk meneruskan kehiudpan di negara ini. Kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara" Dan seterusnya pada tahun 1957 dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, aya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.
Di mana kita boleh berjumpa bangsa yang prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu? Dimanakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
-Tun VT Sambanthan di Dewan Rakyat 1 Jun 1965


Jangan ditimbulkan isu perkauman demi kepentingan politik semata2. Perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Sebagai rakyat Malaysia jom kita hormat sesama sendiri.


Dan kepada orang Melayu, baca SINI and behave yourself! Macam mana orang nak hormat kalau perangai entah pape? jangan ambil mudah apa yang dah disediakan pada kita. Jangan hanya tahu minum di kedai kopi, cakap kosong saje. Jangan hanya tahu tunjuk hebat di jalan raya je. Jangan hanya tahu tunjuk hebat dengan maksiat kita. Buktikan pada semua yang orang Melayu pun mampu nak bersaing dengan kaum lain. Anak Melayu pun boleh!


Dan kepada yang masing tak puas hati lagi, bolehlahh ikut jejak langkah encik/cik namavar777 di atas terus keluar je dari Malaysia. biar hati korang puas. okeyh?


Dah, jangan banyak cakap, pergi belajar sejarah balik.


Rujukan kebanyakannya dari buku teks Sejarah Tingkatan 3 & 5. Saya tak baca lebih2 pun, pinjam buku teks adik je. Apa yang penting korang faham mesej yang nak disampaikan ^^


Update : dikongsi oleh Asilah, Dr. Ridhuan Tee menulis tentang Sumbangan Siapa yang Patut Dihargai. Sangat bernas isi dia. Kagum kerana dia bukan Melayu :)




Let's say "I am a Malaysian and I am proud to be one!"





Ok, that's all.

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan. Dah 54 tahun sudahhh :)




IRM.

Assalamualaikum :)




Tadi time blogwalking terbaca entry "Malu Jadi Blogger" oleh Ben Ashaari. Korang boleh pergi ke page IRM sendiri or entry ni untuk tengok lebih lanjut.


That's all. Selamat beramal kebajikan :)

Wordless Wednesday #4 : Awesome 513.



Assalamualaikum and hello :)






Wednesday, 10 August 2011

Jangan Ejek Mengejek.



Assalamualaikum :)


Tadi time lepas berbuka ayah buka story pasal anak jiran kitorang, budak darjah 4 kott, dia selalu main2 dengan ayah. Ada satu hari tuu dia duduk2 kott dengan ayah then ada laa sorang pakcik ni lalu. then budak tuu cakap, "muka orang tuu macam batu bata."


Haha budak kecik. innocent! Lepas Ayah cerita kat meja makan tuu Mak pun cakap, "isyy tak elok cakap dekat orang macam tuu. Nanti jadi dekat diri kita sendiri macam mana?"


Aku dengar je sambil basuh pinggan sambil tersenyum sendiri sebab tetiba aku teringat time kecik2 dulu, time sekolah rendah. When I was still young, innocent, immature and thoughtless. Biasa laa kan ada setengah2 dari kita akan hit puberty awal kann, so tumbuhlaa jerawat2 simbol keremajaan tuu dekat seorang kawan ni. Aku dengan selambanya mengejek2 beliau disebabkan mukanya yang penuh jerawat. Ohh sungguh kejamm!


Then, tak lama lepas tuu muka aku pulak penuh jerawat padahal aku belum mencapai usia matang. =.=' Aku fikir, oh inilah balasan Tuhan bagiku. :(


Lepas tuu, aku memang berhati2 agar tidak mengejek kawan2 lagi. So, moral of the story untuk hari ni ialah, jangan mengejek orang lain, nanti takut kena dekat diri sendiri.


Hehe tu je. till then :)
Happy Ramadhan all.


Sunday, 7 August 2011

Ali Baba Bujang Lapok.

Assalamualaikum :)

Semalam kan saya tertengok cerita Ali Baba Bujang Lapok dekat tv. then ada scene jual-menjual dekat pasar. haha korang tengok laa. Maybe sebelum ni saya tengok cerita ni time kecik-kecik, tak faham sangat apa lawak yang nak disampaikan. Semalam baru perasan. hahaa lawok!

Boleh skipterus ke 5:50. :D



Kalau korang skip terus tengok minit yang ke 5:50, ada orang penjual jerit, "candu!candu! mari, mari sape mau beli candu? candu! candu! murah, murah jual!" Then ada lagi sorang, "beli satu ganja cik. ganja! ganja! mari tuan mari puan beli ganja." 

Pastu bile si Cik Siti tu nak beli belacan pulak, tak boleh sebab takut kena tangkap polis. "Jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen, tapi jual belaca takde lesen. Saya smuggle dari Malaya" 

Haha boleh pulak jual ganja dengan candu macam jual ayam kat pasar je. hehe lawok laa.

Hee ok tu je. selamat berbuka puasa semua :)

Harry Potter #5 : HP and The Deathly Hallows, Book vs Movie Part II

Assalamualaikum aand hello all :)

Sambungan dari entry sebelum ni.

Neville Longbottom.

I love yang movie version more than novel version. hee ;p lagipun dalam novel dia end up dengan siapa ntah. I prefer him with Luna of course. They look so sweet ^^


Tapi the truth is...

"In the film adaptation of Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, Neville confesses to Harry and Ginny during the battle that he is in love with Luna. However, Matthew Lewis has said that this is merely a "summer fling" before Neville ends up with Hannah Abbott"

T.T

Oh, nak bagitahu satu benda. Dalam prophecy (ramalan) Prof Trelawney, ada cakap ada 2 boys yang lahir end of July destined untuk tumpaskan Voldemort. Either Harry Potter ataupun Neville Longbottom. Tapi Voldermort in the end pilih untuk target Harry sebab Harry half blood sama macam dia. Kalau laa ditakdirkan Voldy pilih Neville dulu mungkin Neville hero kita dalam cite ni. :)

Harry and Ginny.



Ok. seriously, ramai yang macam rasa tak best, frust bile Ginny end up dengan Harry. Kalau tengok movie je mesti korang rasa err tak sesuai. Ginny dalam movie tak sama sangat macam mana Ginny dalam novel die. Ginny digambarkan dalam buku sangat cantik dan sangat cool~

In many ways, Ginny was very like Lily Evans. She was also a popular girl during her time at Hogwarts and was fancied by a lot of boys. Her brothers, especially Fred, George and Ron, often thought that she was too popular for her own good. She was also known to be quick-witted and funny and could often make others laugh even when they were feeling down

See, that's why Harry fall for Ginny.
Dalam Half Blood Prince banyak cerita pasal Ginny dan Harry. Even salah seorang geng Draco Malfoy pun ingat yang Ginny cantik.

Draco Malfoy: "Potter, precious Potter, obviously he wanted a look at 'the Chosen One, but that Weasley girl! What's so special about her"
Pansy Parkinson: "A lot of boys like her. Even you think she's good looking, don't you, Blaise, and we all know you are hard to please!"
Blaise Zabini: " I wouldn't touch a filthy blood traitor like her whatever she looks like"






Dalam awal2 series Ginny sangat malu2 dan sangat diam dengan Harry sebab well dia kan fan girl Harry. but then lame2 Hermione nasihatkan Ginny untuk be more relax and be herself around Harry. So, Harry pun lepas tu naturally attracted to Ginny. macam jeles2 bila ade lelaki lain dekat dengan Ginny. ecehh!


He tapped Ginny on the shoulder. "Fancy trying to find a compartment?"
"I can't, Harry, I said I'd meet Dean," said Ginny brightly. "See you later."
"Right," said Harry. He felt a strange twinge of annoyance as she walked away, her long red hair dancing behind her; he had become so used to her presence over the summer that he had almost forgotten that Ginny did not hang around with him, Ron, and Hermione while at school.
-HP and the Half Blood Prince

Nilah rahsia Ginny ngorat Harry.

^^

Banyak lagi part2 sweet jeles2 Harry dengan Ginny. Kalau korang nak tahu lagi baca laa buku die ;p

Ron & Hermione.


Oh, mereka berdua I have no complain whatsoever sama ada dalam buku ataupun movie. heee Diorang memang sesuai bersama. eeeee ^^

Biar gambar berkata-kata :)


He told her thrice! ^^

eeeeeeeeeep. Okay, seriously, mengakulaa,
I love Ron & Hermione more than my love for Ginny & Harry ^^


“Well, Harry’s the hero, I suppose, but obviously not for Hermione.”
-Emma Watson




Oh, lupe pulak nak bagitahu apa yang Harry dapat smell from Amortentia.

...gold-colored cauldron that was emitting one of the most seductive scents Harry had ever inhaled: Somehow it reminded him simultaneously of treacle tart, the woody smell of a broomstick handle, and something flowery he thought he might have smelled at the Burrow. He found that he was breathing very slowly and deeply and that the potion's fumes seemed to be filling him up like drink. A great contentment stole over him.



Something flowery he thought he might have smelled at the Burrow = Ginny!



Kalau nak tahu pasal ape2 HP boleh pergi Harry Potter Wikia. ada page yang macam wikipedia tapi khas untuk Harry Potter semata-mata. Ada macam2! menarik laa kalau nak baca tengah bosan2 ;p

Ok tu je till then.

Saturday, 6 August 2011

Harry Potter #4 : HP and The Deathly Hallows, Book vs Movie

Assamualaikum and hello all :)


Ini adalah entry yang ditangguh-tangguh dalam pembikinannya hee :p Boleh skip ke perenggan yang ke-6 terus untuk review :)


Jadi pada 14 Julai 2011 yang lepas, tikamana aku masih lagi di Egypt.. kitorang pergi tengok the last Harry Potter movie. *sobs3 T.T * .


Walaupun waktu tu still dalam exam week, tapi kami dengan semangatnya curi masa sekejap nak pergi tengok. Plan nak tengok yang pukul 1 petang punya. Bila dah beli tiket, tengok2 dia print dekat belakang tiket tuu tulis pukul 1.30 jadi kitorang pun dengan hati yang senang lagi gumbira ditemani perut yang lapar pergi makan dulu sambil bergelak ketawa. Dalam pukul 1.20++ gituu baru kitorang gerak masuk panggung.


Tapii, alangkah terkejutnya bila masuk2 je, movie dah start weyh! dah habis pun scene diorang naik dragon dalam Gringotts tuu. Tahu tak betapa kecewanya peminat tegar Harry Potter ni? T.T
Keluar je dari panggung tuu, kawan2 yang lain semua perasan akan muka ketat lagi kecewa yang jelas terpampang. So, Ibah dengan Biha pun ajak masuk lagi sekali, pukul 4 petang punya hehee dalam hati berbunga riang tapi di mulut cakap, "eh, takpelah. kesian korang. ermm aku tak kisah pun. Boleh download kemudian." (ayat tak ikhlas punye =.=')


Tapi bila diorang macam insist dan okay, hehee aku pun apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal kitorang pun beli tiket untuk wayang pukul 4 punye. so kat sini just nak cerita, inilahh first time aku tengok wayang dua kali dalam hari yang sama dan tengok cerita yang sama! hehee thank you Ibah and Biha. :D


So secara overall, bagi aku movie dia memang awesome laa walaupun ada certain parts yang macam (=.=')
    Fred's Death.




    Seriously, aku kecewa sikit laa dekat scene fred mati tuu sebab sekejap sangat dia tunjuk. Tak tunjuk pun macam mana Fred boleh mati. Tak sempat nak feel pun!


    Ingat tak Percy? abang Ron yang prefect tuu. Actually dalam Order of Phoenix, Percy putuskan hubungan dengan family Weasleys sebab ambition dia nak masuk Ministry of Magic sebab family Weasley sokong Dumbledore. kan ke dalam Order of Phoenix Ministry tak setuju dengan Dumbledore. So that's why laa Percy sampai sanggup buang family. tapi sebelum battle of Hogwarts tuu dia balik minta maaf kat family dia.






    Percy: "I was a fool! I was an idiot, I was a pompous prat, I was a - a-"
    Fred: "Ministry-loving, family-disowning, power-hungry moron."
    Percy: "Yes, I was!"
    Fred: "Well, you can't say fairer than that."




    Fred orang pertama yang terima balik Percy. Dia yang hulurkan tangan dulu nak terima Percy. Then bile dia mati, Percy adalah orang terakhir yang bercakap dengan Fred.






    Percy: "Hello, Minister! Did I mention I’m resigning?"
    Fred: "You're joking, Perce! You actually are joking.... I don’t think I’ve heard you joke since you were –"


    -Fred's last words



    "Get down!" Harry shouted, as more curses flew through the night: He and Ron had both grabbed Hermione and pulled her to the floor, but Percy lay across Fred's body, shielding it from further harrm, and when Harry shouted "Percy, come on, we've got to move!" he shook his head.
    "Percy!" Harry saw tear tracks streaking the grime coating Ron's face as he seized his elder brother's shoulders and pulled, but
    Percy would not budge. "Percy, you can't do anything for him! We're going to--"


    Sedih kann? T.T



    “Filming Fred’s death was actually pretty easy. On the day we filmed I knew it was gonna happen so every time I saw James I would get really sad. When we went to film it they had James lay down on the stretcher and just wait until the rest of the cast got there. I took one look at James on the stretcher and burst into tears. I can’t even imagine how it would feel to lose him. We have done everything together since birth and to see my brother laying down on a stretcher pretending to be dead just killed me inside. After James got up and I gave him a huge hug. David said you did great, it was very believable. Then I told him I just thought of it as me and James not Fred and George.

    -Oliver Phelps on Fred’s death




    Snape & Lily.





    The Prince's tale sangat touching kann?

    Sedih kott bila scene yang Harry masuk dalam memory Snape T.T





    *Dah nula mengantuk, tibe2 tade idea nak tulis pasal Snape. Sambung nanti laa lepas ni. hehee part II nanti pasal Ron & Hermione dan Harry & Ginny*

    Ok, tu je. Good nite all :)

    update part II

    Friday, 5 August 2011

    1st Contest.

    Assalamualaikum :)


    Alhamdulillah 31st July yang lepas saya dengan selamatnya dah mendarat di Malaysia tanah tumpah darahku. (ecehh!). So dah dekat seminggu daa. hehee :D


    Then, Ramadhan pun dah start. Sedikit rasa cemburu bila baca segala update kawan2 di Alex pasal Ramadhan dekat Egypt. Terasa rugi pula tak beramadhan di sana. Pasti bila korang baca korang pun rasa jeles kann? :(






    But still, Ramadhan di Malaysia pun best juga. terutama sekali Ramadhan bersama family tercinta. :)


    Saya pernah cakap nak try buat contest so entry hari bertujuan untuk itu sebenarnya.


    Kalau nak join korang buat je satu review/summary satu buku dekat blog korang. tak kisah laa jenis buku ape2 pun. novel ke, islamik ke, motivational ke. It's up to you. Cerita kenapa korang rasa orang patut baca buku tuu. tak payah panjang2 pun takpe. dan kalau rajin link kan laa entry contest ni so that ramai2 boleh masuk.


    Pemenang dia akan ada dua orang je hehee sebab hadiah yang saya mampu bagi dua benda je hehee and both adalah buku. sesuai dengan slogan contest ni, "Mari membaca" ^^




    So, at the end of entry korang boleh laa kalau nak request buku yang korang nak. okay?


    Itu je. Good luck korang. Pemenang dia akan berdasarkan review buku yang saya rasa best tapi kalau ramai yang saya rasa best kalau ramai yang join laa hee saya pilih random eh antara yang best tuu :)

    Due date 30 Ogos.


    Jangan lupa bagitahu eh kalau korang join. takut tak terpearasan pulak nanti.



    Happy Ramadhan all :)





    Tadi ada iklan Mamil Gold dekat sini. haha comel~