Friday, 11 February 2011

Memories :)

Assalamualaikum. :)
hehe ^^

Semalam kan, mak tengah kemas almari buku dekat ruang tamu then mak tanya, "ni kotak ni nak guna lagi tak kakteh?" aku pun lantas memalingkan wajah dari televisyen untuk melihat kotak apakah yang dimaksudkan. hehe dannn..... ini dia ;


jom kita tengok ape ade kat dalam.


kemudian bermulalah kisah aku menyelongkar kembali kotak kenangan tersebut. aduhh macam2 aku simpan dalam tu. Ada...

surat surat :)

kad2 home made :)

kad raya+birthday :)

dedication card style mrsm.
haha sape pernah belajar mrsm mesti selalu buat ni kan kan?

ini daripada kimie aka nazimie, classmate ak time form3.
haha betul ke kimie ko still nak cite kisah suke duke kite kat anak cucu kau?

dari mafia kelas 413/513. hehe sheda. quote dari novel adam hawa.

atas tisu pun jadi nak kasi surat ^^. dalam surat tisu ni antara isi yang janna pesan dekat aku jangan suke tido dalam kelas sir Jauni.. ermmm =.= lepas tu, aku pun belek belek lagi surat2 lain. hehe eza pun suke pesan benda yang sama macam kat bawah ni.

sorry sir ;(

tapi persoalannya sekarang betul ke aku selalu tidur dalam kelas dulu?
ermmm... *sambil muke buat2 innocent*
ok, classmates aku kalau terbaca ni, semua diam tak perlu jawab!
biar aku jawab sendiri ;
erm yang lepas bia lepas. sekarang insyaAllah aku da tak tidur sangat dalam kelas dah ^^

eza kasi. kurang asam. cett!

haha lirik lagu pun ade. jiwang pulak tu. adoiii!

haha segan ohh. ni tyme dekat lenggong. from ekin tersayang. tq ekin ^^

card yang same untuk birthday pada tahun yang same tapi pemberinya berbeza.

Tapi dalam banyak2 kad etc yang aku simpan paling banyak aku dapat dari Eza.

dari eza :)

Kitorang deskmate dulu tyme form4. selalu sangat die buat kad then bagi orang. pernah sekali after cuti balik bermalam seminggu eza kasi aku benda bawah ni.

dalam sampul(?) macam gula2 tu paper plane kecik2 yang ade tulis2.
hailaa.. sweet tak eza? haha dia memang macam ni, seingat aku dulu waktu zaman sekolah pernah sekali tu ria cakap yang dia tak pernah dapat surat yang orang hantar ke sekolah. tup tup tak lame lepas tu ria dapat surat dari eza yang dipost guna posmen. hailaa, padahal satu kelas kott.

kad bulat2 ni adalah favorite aku. selalu belakang kad ni mesti eza tulis "eza prod".

aaaahhhhhhh bile baca balik semua benda dalam ni membuatkan aku sengih dan ketawa sorang2. rinduuuuu nyeeee dekat mereka mereka ini! T.T


lepas tu mulalah aku menyelongkar laptop dan cd2 pulak nak tengok gambar2 zaman sekolah tapi malangnya aku ade sikit je. sebabnya laptop ni pernah rosak waktu first year dulu dan hilang semua gambar2 yang belum diburn dalam cd. sedihh! T.T




*maaf, entry dipenuhi gambar.*

"to live without love is not really living"
^^

Btw, congratulations Egyptians.
Akhirnya turun jugak pemerintah kuku besi si Hosni yang kini tak berapa Mubarak lagi. klik sini.


Monday, 31 January 2011

Mesir oh Mesir.



Assalamualaikum.

Aku tak sangka keadaan di Mesir akan jadi sampai seteruk ni.

Semuanya bermula dengan protes pada 25 Januari lepas iaitu Hari Polis Egypt. Sehari sebelum tu, kitorang just dapat emel yang kasi warning dari walid (pegawai MARA Mesir) cakap jangan keluar rumah sebabnye orang2 Arab ade nak buat demonstrasi. Aku pun macam, oh ok. lagipun kitorang still ade exam 27th tu jadi memang takkan keluar rumah.

orang2 mesir berarak suruh Hosni turun.
gambar ditangkap dari tingkap rumah.


Esoknya, keadaan normal macam biasa. tapi dah kecoh2 kate facebook dan twitter akan disekat sebab dua social network ni adalah medium utama perhubungan semua protesters ni.

After habis exam, on 28th, kami still unaware dengan the situation kat luar. Yelah, sebab internet dan telefon kena sekat. jadinye takde connection dengan dunia luar. disebabkan esoknya aku dah nak balik Malaysia dan duit Egypt di tangan tak cukup kalau2 kena bayar denda visa tak siap dekat imigresen nanti. jadi aku, Ibah dan TK amik keputusan nak pergi cucuk duit dekat ATM jap.

Dekat luar, aku sangat terkejut tengok jalan2 dekat rumah kosong aje. tak semeriah biasa. tapi kitorang teruskan je amik duit. On the way balik tu terserempak dengan akak senior dan barulah kami tahu yang ade perintah berkurung rupanya malam tu. aku pun terus je balik sebab takut ape2 hal.

Jalan ke Ibrahim Mia yang kosong je sebab perintah berkurung.

Rupa2nya, keadaan dekat Cairo dah macam menjadi2. dekat alex pun ada jugak cumanya rusuhan tu jauh dari rumah jadi tak dengar sangat. dan ade perintah berkurung dari pukul 6petang sampai 7pagi. oh patutlaa pakcik2 arab yang kami jumpa tengah jalan tadi pandang kami pelik semacam je. kitorang langgar curfew rupenya =.=

On 29th, kami serumah keluar pagi tu. aku nak ke airport sebab flight pukul 3ptg. Ibah nak tukar duit. Laila dengan TK nak beli tiket bas ke airport Cairo. Dekat Gamek (masjid) Ibrahim, penuh dengan batu2 atas jalan raya. dari jauh, aku nampak ade satu trak polis dan kereta yang dah rentung.

Trak polis dan kereta yang terbakar

Kami berpisah lepas tu. aku tunggu bas dan diorang gerak dengan urusan masing. but then sambil tunggu bas sampai, aku dapat call dari Ibah dan TK cakap diorang terpaksa lari dari Mahattet el Raml (stesentram) memandangkan dah ramai orang arab berkumpul.
waktu tu, aku sangat risau dengan mereka yang still kena stay dekat alex. dan on the way nak ke airport, nampak 5-6 kereta kebal yang lalu. first time tengok kereta kebal lalu depan mata. ramai orang berarak sepanjang jalan sambil melaungkan menyuruh Hosni Mubarak letak jawatan.

kereta kebal depan mata =.=

Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga dekat malaysia.

bila aku telefon kawan2 di sana, diorang still katenya keadaan terkawal. diorang dah kumpul dekat rumah2 dengan asrama. tapi aku sedih dengar nasib kawan2. ada yang kena berkurung aje dalam rumah, ada yang terkandas dekat airport cairo. tidur dan makan tak selesa. maggi kongsi satu bungkus 3-4 orang. tolong laa cepat2 bawak balik diorang. T.T

*sigh*

the only thing that i can do is praying hard for you all. take care!

aku baca kat sini ada cakap yang Cairo Uni cuti 3bulan, Ain-Shams 6bulan and Al-Azhar 1 tahun?

Alex uni tak tahu laa lagi. jangan cuti lame2. membazir masa je. tolong laa semua ni berakhir cepat.

please Hosni Mubarak. just step down! the people dont want you anymore ok. there is no use for holding on till september. Egyptians already suffered enough. they wont believe you anymore. just go to the *tettttt* (antonym of heaven)

ermm korang tahu tak sebelum2 ni kebanyakan presiden egypt mati ditembak. hehe saje nak kasitaw itu. bile dengar ni ade satu benda yang aku terfikir2. jadi lu fikirla sendiri bak kate nabil.

Egyptians memang dah lame ditindas oleh pemimpin sendiri. Hasil negara banyak. Egypt memang ade aset yang banyak, minyak, terusan suez dan sektor pelancongan dah cukup untuk buat mesir kaya raya. tapi semua hasil tu tak sampai dekat rakyat. kalau waktu first year, nak berjalan dari universiti ke asrama ambil masa dalam 15minit, aku dapat jumpa dalam 5-6 orang yang mintak sedekah.

keadaan diorang sangat daif. tengok kaki tak berkasut. tidur di tepi jalan je. ada yang korek2 tong sampah cari makanan. anak2 kecil yang berumur time2 kita main guli lagi dah kena bekerja, dah kena mintak sedekah. begitulah daifnya sesetengah penduduk mesir.

dan memnag aku sokong rusuhan yang dibuat ni.

Go go Egyptians! You deserve your rights.
Hosni Mubarak just go down.

lagipun ada hikmahnya pada umat islam kalau protest ni berjaya. boleh tengok sini.
sebabnye Hosni ni memang talibarut Israel dan America.

Mari kita same2 doakan agar perjuangan orang2 mesir ni berjaya. Aminn insyaAllah :)

wall post dr ayman utk students dye. terharu! walaupun dr ayman tujukan wide range of people. ak pun one of student dye ape ^^ haha

Saturday, 29 January 2011

Tolong.

Assalamualaikum kawan2.

mesti ramai yang dah tahu kan pasal ape yang jadi kat egypt sekarang. rusuhan anti-kerajaan nak menggulingkan presiden mesir sekarang. nantilah aku update pasal ni.

entry ni just nak mintak tolong,

tolong doakan kawan2 aku dekat mesir. makin huru hara sekarang. doakan semua selamat ye. mudah mudahan dengan doa kawan2 urusan kami semua di mesir dipermudahkan. amin
insyaAllah :)

tadi ade dengar rumours cakap kalau rusuhan ni teruk sangat, maybe semua student malaysia kena hantar balik. tak nak! kalau balik kena sambung belajar kat malaysia, dan maybe kena ulang balik 1st year. ohh ok ak tak sanggup nak mengulang first year as medical student. cukup! penat! tak nak membazir satu tahun ;(

hmm..

Currently, aku dekat Bahrain. transit 6 jam sebelum flight ke Kuala Lumpur.
Memang excited nak balik malaysia tapi rase risau tu macam mengatasi semua. T.T
ramai kawan2 yang plan nak bercuti negara2 lain winter break ni tapi nak turun airport dekat cairo pun susah sangat. bahaya.
Alhamdulillah aku lepas keluar egypt without much problem tapi still aku risau dengan yang lain.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan mereka ya Allah.

nanti sampai Malaysia aku update pasal rusuhan dekat Egypt insyaAllah.

oh lupe nak kasitahu, kitorang tengah winter break sekarang. dua minggu. exam dah habis.
dan aku decide winter break kali ni nak balik malaysia :D

ok till then assalamualaikum.