Wednesday, 8 June 2011

Snow.

Assalamualaikum. :)

Kalau rasa nak main 'snow', tak payah laa pergi uk, turki etc. Budak2 alex boleh datang je dekat Syari' Tiba. nanti aku kasi korang main snow. :D

Sebab dalam rumah kitorang ni ada peti ais yang dah ala-ala mesin membuat snow. so boleh laa sapa2 yang rajin datang lagi seminggu dua buat little snow man.

tapi nak buat banyak-banyak, besar-besar macam ni tak boleh laa. hee
sebab snow yang dapat dikumpul lebih kurang banyak ni je.


nilah peti ais luar biasa tersebut.

sampai bahagian bukan untuk frozen pun nak penuh dengan ais =.='
jangan main-main taw. peti ais korang boleh ke nak buat pinggan tergantung macam tuu. hee terjadi riak pulak tibe tibe.

setelah bertungkus-lumus, tadaa..

dan ais yang banyak-banyak tadi digunakan untuk..

bunuh ikan keli!
thanks kepada peti ais ajaib ni, kitorang dapat matikan ikan keli tu dengan cepatnya.
jadi dapatlah kami makan sambal ikan keli dinner semalam :)

Photobucket

sekadar gambar hiasan yang comel. ok dah pandai buat gambar gerak2 :D

Sunday, 5 June 2011

90s.


Assalamualaikum :)

Suddenly tercari lagu-lagu ni kat youtube.
haha lagu zaman umur sekolah rendah. :D



Suara Nora sedapp!
Hasni cakap, rasa macam baru je lagi dengar ucapan Vince, "semua orang pemenang, tiada pengalah" tu. tapi sebenarnya AF1 waktu aku darjah 6 kott. dah tak layan dah AF ni sekarang.
MV memang klasik habis. separuh dari mv dihabiskan dekat meja makan =.='



Juara lagu 1997.
Dulu waktu kecik-kecik, minat gile kot A to Z ni. Bile tengok balik performance diorang memang rasa klasik habis ahh.

Dengan tarian lompat2,
Akhir performance ade tepuk2 tangan. mana ada sangat orang tepuk tangan macam tu dah sekarang.
Baju pun habis stylo laa waktu ni.
fesyen rambut hee belah tengah. ahhhhh
haha comel laa.

Lagu melayu dulu2 sedapp. best untuk didengar.
ok. tibe2 mood nak dengar lagu melayu. heee ^^


Saturday, 4 June 2011

Belog Belog & Father and Son.


Assalamualaikum :)

Style aku berblog ; aku suka jalan-jalan dekat blog2 orang, follow blog yang best2, dan kongsi semua blog yang aku selalu baca.
jadinya di sini aku nak kasitahu/promote, mungkin ada yang dah perasan dekat bahagian atas blog ni ada tab yang bertajuk list belog belog.
klik kat situ nanti adelah senarai blog2 yang cool. :)


So tadi, aku cuba kemaskini balik list blogs yang ada dekat situ.
try bukak blog-blog yang terletak kat bahgian bawah dalam senarai blog ni, maksudnya yang dah lame tak update.

didapati ada banyak blog yang tak boleh nak dibuka. sedih T.T.
mungkin sama ada owner dah padam blog, tukar link blog dan mungkin jugak diorang buat private.

Jadinya, nak pesan kat sini sape2 yang nak tukar link jangan lupe kasitaw aku eh.
aku takdelah baca blog hari2. kalau kena time malas2 tu sampai dua tiga minggu tak buka blogger. kadang2 terlepas post2 korang mungkin pasal
ada yang announce nak tukar link.
ada nak bagi private pastu minta emel sape yang nak baca.
terlepas update korang pasal tu, sedar2 dah tak boleh bukak blog. T.T
kalau sape2 yang buat private, kalau sudi jemputlah aku baca eh. ikhh307@gmail.com.
ceh, tak malu gile. =.='

takdelah. aku suka baca dan jalan-jalan dekat blog orang. especially blog kawan2 dan orang yang aku kenal.
selalunya, aku just baca as silent reader je. tak komen ape2 pun. hehee :D

lepas tu kan, kalau korang tengok list blogs tu, then tibe2 takde pun korang punye blog, kasitaw eh sebab kadang2 terlepas. then sape yang tak suka aku kongsi blog diorang pun bagitaw eh, nanti aku remove. no hal punya. :)

****************************

hee then ni nak kongsi satu blog yang bermanfaat untuk dibaca semua especially bakal2 doktor.


Kat sini ada soal jawab hukum halal haram dan adab2 dalam perubatan mengikut pandangan islam. ^^

***************************
Father and Son. Ronan Keating (feat Yusof Islam)


Lagu ni TK yang suruh aku dengar semalam. Nice!
The song have deep meaning.
The lyrics are from the perspective of both the father and the son.
The son who wants to go away and achieve his dream.
And the father who is trying to advise his son.

Son,
"How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go"

Father,
"I was once like like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you found something is going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow but your dreams may not"

Thursday, 2 June 2011

Remaja Masa Kini.


Assalamualaikum and hello :)

Pagi pagi lagi tadi dihidangkan dengan berita tak enak dari tanah air tercinta. Terbaca artikel tentang ;
Ya Allah, betapa kejamnya manusia ;(

Tak cukup dengan tu lagi blogwalking dan dihidangkan pulak tentang ke anak gadis berusia 14 tahun dengan bangga mengumumkan kepada masyarakat melalui blog yang dia sudah tak ada dara lagi. Dicanang-canangkan pada umum yang mengatakan,"Ye, aku pernah maen. puas? ada ke orang nak mengaku macam ni?" dengan gahnya bertanyakan kepada msyarakat tanpa rasa malu. =.='

kes-kes macam nilah nanti bakal menyumbang kenaikan jumlah baby yang dibuang.

Banyak rasa yang bercampur aduk bila baca benda-benda macam ni.

Sedih, kesian, jijik, marah, malu semua ada.

Sedih tengok anak bangsa sendiri macam tak bermaruah.
Kesian pada budak baru umur 14 tahun yang terlalu muda untuk dibiarkan terus rosak.
Jijik dengan mereka yang berhati binatang, berani buat salah kerana melayan nafsu tapi dayus, pengecut dalam menanggung akibatnya.
Marah. Dengan masyarakat? ibu bapa mereka? atau mungkin kerajaan? ntahlah nak marah dekat siapa pun tak pasti.
Malu. ya malu itu pasti. malu dengan tanggapan masyarakat dengan bangsa kita. negara kita.

Kenapa semua benda ni boleh jadi?

Ingat tak dulu2, kalau untuk subjek Bahasa melayu, kita selalu kena buat karangan. Tajuk standard, isu akhlak remaja, vandalisma dan sebagainya. Bagi tajuk-tajuk karangan standard macam ni, isi karangan yang diberi mesti sama je bagi semua.

Contohnya kalau punca-punca keruntuhan akhlak remaja mesti jawapan dia macam ni:
  1. Kurang didikan agama dan moral.
  2. Keruntuhan institusi keluarga mengakibatkan remaja kurang kasih sayang dan memberontak.
  3. Pengaruh rakan sebaya, remaja berdarah panas ingin mencuba perkara yang baru
  4. Pengaruh media barat yang menayangkan pergaulan bebas.
Bagi aku semua isi ni sangat tepat dan betul. Kalau tambah dengan tatabahasa, susunan ayat yang mantap mesti boleh punya dapat A kalau masuk karangan ni.

"Katakanlah (Muhammad), "Marilah aku baca apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baiklah kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat atau yang tersembuny, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allahkecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti"
Al-An'am : 151

Mestica, Wajah Suci.


Ingat senang ke nak dapat baby yang sihat, sempurna?


Kepada siapa2 yang teringin nak buang bayi, disyorkan cuba baca buku ni dulu,
ketahui betapa complicatednya proses kejadian manusia. ingat senang ke nak dapat anak yang sempurna? boleh pulak nak buang sesuka hati.