Thursday, 30 June 2011

Epidemiology & Tun Mahathir.


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, dah habis sudah exam end of module bagi Module repiratory System. So sekarang kitorang tengah start Module Epidemiology and Biostatistics.


Aduyaiii, aku dari sekolah dulu kalau belajar add math ataupun math bab-bab statistics ni memang hmm kurang berkenan sikit. hehee tapi nak buat cam ne kan dah prof masukkan benda ni dalam syllabus of course subjek ni ade significance dia sendiri. so belajar je laa. Ingatkan diri, jangan belajar hanya nak exam tapi belajar untuk dapatkan ilmu Allah :)

Jadinya, Epidemiology ni maksudnya:

'The Study of the distribution and determinants of diseases and health-related states or events in specifies populations, and the application of this study to the prevention and control of diseases and other health problems"

Haha sebijik sejibon definition copy paste dari buku =.='

So kesimpulannya macam belajar status kesihatan dalam satu2 kelompok masyarakat. dan juga cara2 nak prevent atau kawal penyakit2 tersebut. Module ni pendek je dalam seminggu gitu pastu terus exam. after that terus final. dalam masa sebulan. semuanya within bulan Julai ni. =.='

Ada satu part yang buat aku tersenyum sendiri je dalam lecture hall pagi tadi,

"In general, mortality rates are lower for married persons than for unmarried of the same age and sex"

Kalau nak ditranslatekan, maksudnya, kadar kematian bagi orang bujang lagi tinggi daripada orang yang berkahwin. hehee korang rase kenapa? fikirlaa sendiri taknak kasitahu ;p

Then, on 7th of August, I am off to my beloved country Malaysia.

Ok, kalau dah sentuh pasal malaysia ni mesti semua rakyat malaysia pun tahu kan ape yang tengah jadi sekarang. tapi aku taknak cakap pun pasal bersih ke kotor ke. saje je.

Nak cakap pasal Tun Mahathir sebenarnya.

Sekarang kan, Tun Dr Mahathir ada dekat Cairo sempena lawatan empat hari dekat Egypt. tengok SINI.

Tadi kitorang pergi bayar duit internet. then ada seorang pelanggan dalam kedai tuu. Pakcik internet tu pun cakap dekat pelanggan dia sambil tunjuk2 dekat kami, "Malizi".

Pakcik pelanggan tuu pun tengok sambil senyum penuh bangga and cakap, "Malizi? Mahathir Mohammad? Good good!"

Pakcik internet, "Do you know that Mahathir is in Egypt now?"

Aku dengan penuh bangga, "Yes, yes. He is in Cairo, right?"

Orang Mesir kat sini, sangat hormat dan sukakan Dr Mahathir.
Kalau naik teksi je, ataupun jumpa pakcik2 dekat tepi jalan, dekat kedai beli buah-buahan, bila diorang tahu yang kami dari Malaysia diorang terus akan cakap,

"Malizi? Mahathir Mohammed? Ahsan, ahsan! (bagus, bagus)"

"Mahathir Mohammed good!"

"One day I want to go to malaysia"

"Malizi ahsan nass (Malaysia sangat bagus)"

Begitulaa betapa hormatnya rakyat Mesir dekat orang malaysia. Dan diorang sangattt suka dekat Tun Mahathir. Bagi mereka dan aku sendiri, Tun Mahathir ni memang seorang pemimpin yang sangat bagus. Tun laa yang banyak menaikkan Malaysia di mata dunia. Diorang tak kenal sangat pun Pak Lah atau Dr Najib.

Tun Mahathir dipandang tinggi oleh Egyptians sampaikan beliau dijemput untuk bagi pandangan serta nasihat tentang ekonomi Egypt after revolution yang lepas.

Bagus kan Dr Mahathir?
That's why he is my idol and most favorite leader, after Rasulullah SAW of course.

Aku sangat bangga untuk cerita kat orang yang time aku empat tahun aku pernah salam ngan Dr Mahathir. *bangga bangga*

Orang Egypt kann memang sentiasa beranggapan yang rakyat Malaysia ni bagus-bagus semuanya.
macam mana agaknya perasaan diorang bila melawat malaysia, tengok mat2 rempit, tengok berita ada buang bayi, tengok parti politik gaduh sana-sini? =.='

**********************

tadi kan, Baba Hisyam (adik tuan rumah yang datang kutip sewa tiap2 bulan) datang rumah nak minta sewa of course. Then kitorang pun mengadu laa segala kerosakan dalam rumah ni. yang kitorang dah lama macam duduk dalam gua sebab lampu hallway rosak, lampu ruang tamu pun rosak, kipas tak boleh buka malam2, mama fifi mintak duit tak pasal-pasal, kena marah dengan mama fifi sebab buka kipas malam2.

Alhamdulillah, segala kerosakan dibetulkan dengan kadar yang begitu pantas. dan pasal Mama Fifi (sapa tak kenal Mama Fifi bole baca kat SINI), Baba cakap, "Dont ever give money to anyone except me. If mama fifi ask money from you say you dont have money and ask her to meet baba hisyam and close the door (on her face)"

haha yang last three words aku yang tambah. cool! Dan kitorang tanya Baba apsal mama suke benor minta duit tak pasal pasal then baba jawab simple and cool, "because she is greedy" =.='
haha style laa Baba. u rock! lagi rock kalau u cakap dengan kakak u untuk kurangkan sewa rumah kitorang. hehee

Ok, habis pasal baba.

Semalam kan, ada sembang2 dengan budak2 rumah, then Ibah ada tunjuk satu video. This is it. tengok taw. wajib! best sangat video ni.



Solat tarawikh dekat Alexandria, Egypt.

Tempat yang aku tengah belajar sekarang.
Almost every place dipenuhi dengan orang solat. Kalau perasan dekat minit yang ke 0.27 dan 1.45 ada nampak sekelompok jemaah atas bumbung. Ada yang menangis2 sambil dengar imam baca surah. Orang tengah solat ada tram lalu. It is so nice to see this view. membuatkan aku rasa rindu pada ramadhan.

Dah berazam dalam diri yang satu tahun nanti aku nak habiskan Ramdhan sama ada di Egypt ataupun di Makkah. Sempena ada peluang belajar dekat sini , grab aje. InsyaAllah.
tahun ni pun mungkin dapat rasa sekejap ramadhan di Egypt sebelum balik Malaysia. tak sabar! :)

ok, done! Sorry for the multiplle random talk in one post. peace :)

Tuesday, 28 June 2011

Israk & Mikraj.

Assalamualaikum :)

Kalau bercakap tentang Israk Mikraj mesti semua orang pun teringat tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW bersama2 Jibril.
Israk Mikraj terbahagi kepada dua fasa ;

Israk : perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.

Mikraj : perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke Siidratul Muntaha di langit yang ke-7

Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat
-Al-Isra' : 1
Dalam perjalanan tersebut, Rasulullah dapat lihat banyak peristiwa ajaib yang ada simboliknya tersendiri:

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang kali.
Rasulullah SAW di beritahu Jibril : itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lagi banyak.

Tempat yang berbau harum.
Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Wallahualam.
Boleh baca dengan lebih lanjut dekat SINI dan juga SINI.

Fair Usage Policy.


Assalamualaikum :)

Tadi Ibah dengan Asilah baru balik dari kedai internet. Nak tanya kenapa internet kitorang sangat slow semenjak dua menjak ni. And orang internet tuu pun explain laa pasal Fair Usage Policy bagi semua pengguna internet dekat egypt ni. and seriously baru first time aku tahu pasal ni.


TE Data tuu line internet macam stremyx laa. kitorang gune line name Thompson. Fair Usage Policy ni diapplykan dekat semua line internet Egypt ni. So Thompson pun tak terkecuali. ;(

So kena tunggu sampai end of June ni untuk dapat kelajuan internet seperti biasa tapi selamat jugak laa dah nak habis June.

Source dari sini.

Jadinya limit untuk penggunaan internet rumah ni adalah 60Gb sebulan taw. itu termasuklah semua benda browse internet, download, nak buffer ke, buka facebook, blog dan sebagainya.

60Gb tu besar. tapi kalau guna internet kongsi 9 orang tak mustahil nak sampai 60Gb. sebab internet rumah ni kongsi untuk dua rumah. Dan aku rasa aku adalah salah seorang contributor besar nak bagi penggunaan internet kitorang jadi sampai 60Gb bulan ni.

Disebabkan rasa bersalah aku pun godek2 laa laptop tengok apa yang aku download bulan ni. T.T
Internet rumah ni selalunya memang kalau waktu siang memang lembap dan sering putus2 tapi kalau di malam hari haha memang superb lajuu die, sampai tak larat nak kejar. *over*
so disebabkan faktor ni membuatkan ak download je cerita yang nak tengok. tak payah buffer2 ;(

bulan ni aku ada download satu drama ni tajuk Best Love. Aku start download drama ni hujung bulan 5 sampai 11/6.


Kalau tengok gambar ni, last episod yang aku download 11 Jun.

So rasa bersalah pulak dekat housemates dengan budak-budak rumah atas.
Drama best Love je dah contribute 8.4 Gb. dan 1 episod Running Man, movie Hearty Paws dan juga di waktu2 senggang download lagu2 ke. sob3 T.T


last cerita yang didownload, Running man, 15 Jun.

So mahunya aku sorang je dah contribute berbelas Gb.

So dengan ini nak minta maaf sangat2 kat korang. especially budak2 rumah atas. aku tahu nanti somehow korang akan end up terbaca jugak post ni.
So I am truly sorry. (segan sebenarnya nak jumpe korang.)
Kalau dengan internet lambat ni menyusahkan daily life korang.

I AM SORRY ;(

Sunday, 26 June 2011

CO2 Narcosis.

Asslamualaikum :)

tengah break sekejap. esok exam.

Entry ni takde kaitan dengan Carbon Dioxide Narcosis pun. Cumenya ia dibuat selepas baca pasal CO2 Narcosis. Nak sambung baca Emphysema tapi decide nak break sekejap.

Oh, semalam kan. ada kawan aku cerita yang ada kawan dia kena paralysis sebab pergi deep sea diving. Readers sekalian kalau nak pergi deep sea diving hati2 ye. tanya dulu nasihat dan tunjuk ajar orang yang expert dalam field tuu. nanti tak pasal2 kena nitrogen narcosis takpun decompression sickness.

rasa lapar, TK tengah masak kat dapur untuk dinner. hari ni makan bubur dengan cokelat je untuk lapik perut. Lapar ;(

Buka facebook, dekat news feed paling atas gambar Ziyad tengah makan durian. KakNgah yang upload. sob sob sob T.T duriaannnnn!!!
sedappnya pulut durian. roti cicah kuah durian. cucur durian. :(
tak sabar nak balik malaysia. nak makan durian, makan laksa banyak2, makan sambal udang mak masak, makan gulai labu dengan ikan masak merah, makan mee rebus, roti canai, nasi kandar, makan popiah kuale. lapar! :( :(

Dua tiga hari ni internat sangatttt lembap, tahap siput. nak buka blog lambat, buka facebook lambat, nak buffer video lagiilaahhh lambatt.
Ingat tadi nak break tengok 1 Night 2 Days episod baru tapi nak buffer sangattt lambat. tengok after exam je laa esok.

Esok after exam takde plan ape2 pun. Ingat nak keluar makan dengan nabila tibe2 dia ada kelas arab pulak. so tak jadi. exam esok pukul 1100-1210 kalau tak silap. Mcq je, 60 soalan.
Lusa terus sambung kelas. takde cuti sekejap pun. selalunya after exam end of module ada cuti 2-3 hari tapi kali ni takde. semua sebab nak kejar masa kelas kan dah tangguh kelas time evacuation winter hari tuu.

summer ni, panas! tapi kitorang tak boleh buka kipas waktu malam. rasa macam dah cakap benda ni. selalunya kalau pasang kipas sepanjang malam around pukul 2-3 pagi baru dia blackout. so kitorang set timer time nak tidur after sejam kipas tu mati sendiri. so after semua orang dah tidur, kipas tu mati.

tapi semalam tibe2 blackout sebelum pukul 12 pun. Hasni pergi buka balik suis besar kat luar rumah. tibe2 dengar bunyi macam Mama Fifi depan rumah nak buka pintu. diorang terus lari masuk rumah. tutup pintu cepat2. haha malas laa nak layan dia, intai ikut lubang pintu, dia ada lagi kat depan rumah dia sambil merepek2 ape ntah. haha lagi sekali.

pastu pagi tadi blackout lagi. padahal kitorang tak buka kipas pun. dan blackout pukul 8 pagi. sengal laa elektrik kat rumah ni. So aku pulak pegi on suis besar tuu. selamat mama fifi tak bangun pun. Aku memang keluar sesenyap yang mungkin taknak bagi dia dengar. Sebab selalunya cepat je dia bukak pintu tuu.

Petang semalam tiba2 mama fifi ketuk pintu, mintak LE 10. katanya untuk duit cuci bangunan. kitorang dah argue cakap dah bayar dekat Baba Hisyam. tapi dia insist jugak kena bayar dekat dia. Call Baba hisyam tapi dia tak angkat phone. so malas nak argue lagi, kitorang pun bayar je laa. Nanti laa tanya Baba balik.
Dah laa time aku keluar nak cakap dengan mama pakai tudung yang bolok, kedut2 dan tutup lengan dengan tuala je. sekali tibe2 ada seorang budak melayu lelaki lalu. pastu mama suruh budak tuu cakap ngan aku suruh bayar. adehh. kasi malu je.

tak pasal2 post ni cerita pasal mama fifi pulak =.='

to Hur, baru baca komen Hur dekat post Thunder. haha yes Hur, u are welcome kalau nak tahu ape2 pasal FTI. I am no longer an elf, I would like to declare myself as full time primadonna now. ehehehee. elf maybe still part time je sebab still ada evil maknae, kyuhyun.

abaikan. saya merepek je ni.

Ok. tu je. siapa2 (kalau ada) baca sampai habis. hehe bagusnya korang. padahal merepek-repek je ni. hihi~

ape2pun doakan kami exam esok. to all alexanrians, all the best! :)

nak pergi makan. Tk dah siap masak.

Saturday, 18 June 2011

Ayah.

Assalamualaikum and hello :)

This song has always been in my playlist.

It's in Korean but I've read the translation before but this morning, somehow, I decided to search again for its translation.

I read it again, and listen to the song but this time I am listening from a different perspective.

I am listening while thinking of ayah, and I felt like crying.

Thank you for everything, ayah!

Moga ayah sihat selalu.. *hugs*

Happy father's day :)

Click play to hear the song :)



Hope Is A Dream That Never Sleeps.

It doesn’t matter if I’m lonely. Whenever I think of you
A smile spreads across my face.
It doesn’t matter if I’m tired. Whenever you are happy
My heart is filled with love.

Today I might live in a harsh world again.
Even if I’m tired, when I close my eyes, I only see your image.
The dreams that are still ringing in my ears
Are leaving my side towards you.

Everyday my life is like a dream.
If we can look at each other and love each
I’ll stand up again.

To me, the happiness of those precious memories
Will be warmer during hard times.
For me, hope is a dream that never sleeps.

Like a shadow by my side you always
Quietly come to me.

To see if I’m hurt, to see if I’m lonely everyday
With feelings of yearning, you come to me.

Even if the world makes me cry, I’m okay.
Because you are always by my side.

Like dust, will those memories change and leave?
I’ll keep smiling to ease my heart.

Everyday my life is like a dream.
If we can look at each other and love each
I’ll stand up again.

To me, the happiness of those precious memories
Will be warmer during hard times.
For me, hope is a dream that never sleeps.

No matter how many times I stumble and fall
I’m still standing like this.
I only have one heart.
When I’m tired you become my strength.
My heart is towards you forever.

So I swallowed the hurt and grief.
I’ll only show you my smiling form.
It doesn’t even hurt now.

I’ll always hold on to the dreams I want to fulfill with you
I’ll try to call for you at the place I cannot reach
I love you with all my heart.

I love you, ayah!

Wanna share this once again :)
try to listen to the lyrics carefully.



Thank you for reading :)

*Right now, I dont just feel like crying anymore but the tears for real keep rolling down my face. I miss home. So much T.T*

Friday, 17 June 2011

Thunder.


Assalamualaikum :)

I was listening to FT Island's Thunder. Best, lagu dia macam klasik-klasik sikit

Then buka playlist nak pilih lagu seterusnya..

Tengok ni...

*sigh*

full of FT Island songs =.='

FT Island, what have you done to me?

Thunder & Only One Person.



A Man's First Love Follows Him to The Grave & Only One Person
"A man's first love follows him to the grave" -.-'
gile panjang tajuk lagu.




How can they let Jong Hun mati at the end of this mv?? sobss T.T

Typical FT Island, as always, in their Music Video there's a drama included.

Same goes to MV lagu Heaven.

Heaven Part I



Heaven Part II



Ni JaeJin pulak yang mati. sobsss~ T.T

Ok, till then :)

Wednesday, 15 June 2011

Gerhana Bulan.

Assalamualaikum :)

Malam tadi, macam semua orang pun tahu ada gerhana bulan penuh.


Jadinyaa, kami housemates pergilah tepi pantai untuk tengok :)
It's quite refreshing duduk-duduk tepi pantai.

mula-mula, tak boleh tengok bulan pun sebab dihalang bangunan yang tinggi-tinggi.
nampak tak bangunan2 tinggi arab kat belakang tuu.

jadinya, kami pun jalan-jalan untuk cari tempat yang boleh tengok bulan.
so, sambil-sambil tuu.. snap, snap!

then sambil jalan-jalan tepi pantai tuu, sembang-sembang kasi tazkirah.
Ibah cakap, sambil tengok laut yang gelap, kalau dekat dasar lagi bertambah-tambah gelap kat bawah tu. Allah pernah berfirman, yang macam tu jugaklahh hati manusia yang gelap, lebih gelap lagi dari dasar lautan.

Nauzubillah, jangan biarkan hati kita jadi segelap itu.

"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apanila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, itu ialah hati"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Sesunnguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang bertakwa di kalangan kamu"
-Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani.

Bukan senang nak jaga hati. Bukan senang nak ikhlaskan hati.

"Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya."
-Riwayat Abu Daud

macam yang dipromote dalam majlis MRU baru-baru ni, Saya sayang kamu kerana Allah.

Apa yang aku faham, semua ni maksudnya kita lakukan semua perkara demi mencari keredhaan Allah.
Sama-sama tegur kalau buat salah, sama-sama nasihat ke arah kebaikan insyaAllah :)

Amir Kimi (ex-ketua batch kitorang) pernah pesan,
jangan dikejar sangat excellent tuu, nanti frust menonggeng bila tak dapat, tapi kejarlah ilmu Allah tu so that kita dapat jadi doktor yang bagus nanti.


Ok, lebih kurang macam tu laa dia punya status fb kot. meaning kat sini, jangan hanya belajar sebab exam, tapi belajar sebab nakkan ilmu Allah.
*note to self*


Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah,
"Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu"

ada orang arab main layang-layang kat belakang tu.

then, at last jumpa juga spot baik punya :)

nampak laa bulan kat tepi bangunan tuu.

so sambil2 menunggu proses gerhana yang lama mereka punn,

snap, snap! dulu.. then...


study! haha ni semua sebab exam nak dekat punya pasal ;p
bagus betul housemates aku nihh.

then ada laa budak-budak arab kecik-kecik yang jakun sikit tengok tourist datang sibuk2.

haha kitorang layan je laa budak-budak ni.
trend budak-budak arab kalau jumpe Malizi, mesti tak habis-habis cakap, "ni hao! ni hao!"
aiyoo budak kecik, kitorang bukan from China laa. ade nampak kulit putih, mata sepet ke?
tapi, layan je laa budak2 ni, mood tengah baik.

and at last, Gerhana Bulan. Subhanallah :)

Aku tak tahu sangat pasal gerhana ni, so jalan-jalan dekat Fb ada laa diorang kongsi-kongsi.

*shared by Ibah,

"Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya"
-Al-Anbiya' : 33


*shared by Diyana,

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)"
-Hadis Riwayat Muslim.

Ok, till then :)

*p/s : exam minggu depan. doakan Allah mudahkan urusan kami dan supaya kami rajin-rajin belajar. jangan malas-malas :)


Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum :)


p/s : Dekat Egypt still wednesday :)







Friday, 10 June 2011

Smart Circle.

Assalamualaikum :)

Semalam ada sc. aku nak update jugak tapii aku takde gambar ;(
hehe so bagi link je laa. korang bole bace dekat blog seha, my sc-mate.

*p/s : summer ni dah panas.
tapi kitorang nak tidur tak boleh bukak kipas lama-lama sebab elektrik dekat imarah (bangunan) ni macam tak cukup, nanti blackout, nanti kena marah dengan mama fifi jiran depan rumah ni.
kesian kan? kesian kan?

**p/s : ape maksud "p/s"?

ok tu je :D

Thursday, 9 June 2011

Congrats Hanis :)

Assalamualaikum :)

Hanya entry pendek nak wish tahniah to Hanis Amanina.
Kenapa? korang boleh baca kat sini. Ramai kawan-kawan Maresmart dan MRSM Lenggong dah pun share di Facebook dan blogs.
Dan sudah semestinya, aku happy and proud of her. hehee lagipun Hanis memang sangat rajin dari sekolah dulu.

gambar masa graduation day Mrsm Lenggong.
ekin, hanis, me and fieyka.
*tibe-tibe rindu time sekolah T.T*

dan tadi ada post dari pah. sile klik untuk tumbesaran.

Jangan risau korang.
aku percaya nanti pada tahun-tahun akan datang, tak kisah laa mungkin dua atau tiga tahun lagi atau mungkin juga lagi sepuluh hingga 20 tahun akan datang, lagi ramai kawan2 semua bakal mencipta nama, mengharumkan nama negara insyaAllah.

Nanti baca surat khabar, tengok buletin utama dekat tv ada kawan2 aku keluar lagi. hee tak sabar pulak nak tengok masa depan, nak tengok semua orang termasuk diri sendiri dah berjaya dengan hidup masing2. aminn, insyaAllah :)

Dulu-dulu time sekolah, bila ada senior yang dapat tawaran belajar dekat overseas, dapat scholarship hebat2, semua macam wonder, sembang-sembang sesama sendiri "waaa, boleh ke aku buat macam tu after spm nanti." tapi sekarang tengok, ramai kot yang dapat ke overseas, US, UK, Aussie, France, Korea, German semua pelusuk negara pun ada. Yang dalam malaysia pun tak kurang hebatnya, hebat-hebat je semua. result nak gempak saje.

so, tak mustahil kawan2 aku yang lain or aku sendiri ke hehee nak menggempakkan lagi Malaysia dengan pencapaian korang yang gempak-gempak in the future :D
ape2pun aku sangat happy bile baca berita2 macam ni. haha tempias tu sangat terasa.

Okay, dah melalut panjang. apepun, congrats once again Hanis :)

seumdwaa!


Wednesday, 8 June 2011

Snow.

Assalamualaikum. :)

Kalau rasa nak main 'snow', tak payah laa pergi uk, turki etc. Budak2 alex boleh datang je dekat Syari' Tiba. nanti aku kasi korang main snow. :D

Sebab dalam rumah kitorang ni ada peti ais yang dah ala-ala mesin membuat snow. so boleh laa sapa2 yang rajin datang lagi seminggu dua buat little snow man.

tapi nak buat banyak-banyak, besar-besar macam ni tak boleh laa. hee
sebab snow yang dapat dikumpul lebih kurang banyak ni je.


nilah peti ais luar biasa tersebut.

sampai bahagian bukan untuk frozen pun nak penuh dengan ais =.='
jangan main-main taw. peti ais korang boleh ke nak buat pinggan tergantung macam tuu. hee terjadi riak pulak tibe tibe.

setelah bertungkus-lumus, tadaa..

dan ais yang banyak-banyak tadi digunakan untuk..

bunuh ikan keli!
thanks kepada peti ais ajaib ni, kitorang dapat matikan ikan keli tu dengan cepatnya.
jadi dapatlah kami makan sambal ikan keli dinner semalam :)

Photobucket

sekadar gambar hiasan yang comel. ok dah pandai buat gambar gerak2 :D

Sunday, 5 June 2011

90s.


Assalamualaikum :)

Suddenly tercari lagu-lagu ni kat youtube.
haha lagu zaman umur sekolah rendah. :D



Suara Nora sedapp!
Hasni cakap, rasa macam baru je lagi dengar ucapan Vince, "semua orang pemenang, tiada pengalah" tu. tapi sebenarnya AF1 waktu aku darjah 6 kott. dah tak layan dah AF ni sekarang.
MV memang klasik habis. separuh dari mv dihabiskan dekat meja makan =.='



Juara lagu 1997.
Dulu waktu kecik-kecik, minat gile kot A to Z ni. Bile tengok balik performance diorang memang rasa klasik habis ahh.

Dengan tarian lompat2,
Akhir performance ade tepuk2 tangan. mana ada sangat orang tepuk tangan macam tu dah sekarang.
Baju pun habis stylo laa waktu ni.
fesyen rambut hee belah tengah. ahhhhh
haha comel laa.

Lagu melayu dulu2 sedapp. best untuk didengar.
ok. tibe2 mood nak dengar lagu melayu. heee ^^


Saturday, 4 June 2011

Belog Belog & Father and Son.


Assalamualaikum :)

Style aku berblog ; aku suka jalan-jalan dekat blog2 orang, follow blog yang best2, dan kongsi semua blog yang aku selalu baca.
jadinya di sini aku nak kasitahu/promote, mungkin ada yang dah perasan dekat bahagian atas blog ni ada tab yang bertajuk list belog belog.
klik kat situ nanti adelah senarai blog2 yang cool. :)


So tadi, aku cuba kemaskini balik list blogs yang ada dekat situ.
try bukak blog-blog yang terletak kat bahgian bawah dalam senarai blog ni, maksudnya yang dah lame tak update.

didapati ada banyak blog yang tak boleh nak dibuka. sedih T.T.
mungkin sama ada owner dah padam blog, tukar link blog dan mungkin jugak diorang buat private.

Jadinya, nak pesan kat sini sape2 yang nak tukar link jangan lupe kasitaw aku eh.
aku takdelah baca blog hari2. kalau kena time malas2 tu sampai dua tiga minggu tak buka blogger. kadang2 terlepas post2 korang mungkin pasal
ada yang announce nak tukar link.
ada nak bagi private pastu minta emel sape yang nak baca.
terlepas update korang pasal tu, sedar2 dah tak boleh bukak blog. T.T
kalau sape2 yang buat private, kalau sudi jemputlah aku baca eh. ikhh307@gmail.com.
ceh, tak malu gile. =.='

takdelah. aku suka baca dan jalan-jalan dekat blog orang. especially blog kawan2 dan orang yang aku kenal.
selalunya, aku just baca as silent reader je. tak komen ape2 pun. hehee :D

lepas tu kan, kalau korang tengok list blogs tu, then tibe2 takde pun korang punye blog, kasitaw eh sebab kadang2 terlepas. then sape yang tak suka aku kongsi blog diorang pun bagitaw eh, nanti aku remove. no hal punya. :)

****************************

hee then ni nak kongsi satu blog yang bermanfaat untuk dibaca semua especially bakal2 doktor.


Kat sini ada soal jawab hukum halal haram dan adab2 dalam perubatan mengikut pandangan islam. ^^

***************************
Father and Son. Ronan Keating (feat Yusof Islam)


Lagu ni TK yang suruh aku dengar semalam. Nice!
The song have deep meaning.
The lyrics are from the perspective of both the father and the son.
The son who wants to go away and achieve his dream.
And the father who is trying to advise his son.

Son,
"How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go"

Father,
"I was once like like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you found something is going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow but your dreams may not"

Thursday, 2 June 2011

Remaja Masa Kini.


Assalamualaikum and hello :)

Pagi pagi lagi tadi dihidangkan dengan berita tak enak dari tanah air tercinta. Terbaca artikel tentang ;
Ya Allah, betapa kejamnya manusia ;(

Tak cukup dengan tu lagi blogwalking dan dihidangkan pulak tentang ke anak gadis berusia 14 tahun dengan bangga mengumumkan kepada masyarakat melalui blog yang dia sudah tak ada dara lagi. Dicanang-canangkan pada umum yang mengatakan,"Ye, aku pernah maen. puas? ada ke orang nak mengaku macam ni?" dengan gahnya bertanyakan kepada msyarakat tanpa rasa malu. =.='

kes-kes macam nilah nanti bakal menyumbang kenaikan jumlah baby yang dibuang.

Banyak rasa yang bercampur aduk bila baca benda-benda macam ni.

Sedih, kesian, jijik, marah, malu semua ada.

Sedih tengok anak bangsa sendiri macam tak bermaruah.
Kesian pada budak baru umur 14 tahun yang terlalu muda untuk dibiarkan terus rosak.
Jijik dengan mereka yang berhati binatang, berani buat salah kerana melayan nafsu tapi dayus, pengecut dalam menanggung akibatnya.
Marah. Dengan masyarakat? ibu bapa mereka? atau mungkin kerajaan? ntahlah nak marah dekat siapa pun tak pasti.
Malu. ya malu itu pasti. malu dengan tanggapan masyarakat dengan bangsa kita. negara kita.

Kenapa semua benda ni boleh jadi?

Ingat tak dulu2, kalau untuk subjek Bahasa melayu, kita selalu kena buat karangan. Tajuk standard, isu akhlak remaja, vandalisma dan sebagainya. Bagi tajuk-tajuk karangan standard macam ni, isi karangan yang diberi mesti sama je bagi semua.

Contohnya kalau punca-punca keruntuhan akhlak remaja mesti jawapan dia macam ni:
  1. Kurang didikan agama dan moral.
  2. Keruntuhan institusi keluarga mengakibatkan remaja kurang kasih sayang dan memberontak.
  3. Pengaruh rakan sebaya, remaja berdarah panas ingin mencuba perkara yang baru
  4. Pengaruh media barat yang menayangkan pergaulan bebas.
Bagi aku semua isi ni sangat tepat dan betul. Kalau tambah dengan tatabahasa, susunan ayat yang mantap mesti boleh punya dapat A kalau masuk karangan ni.

"Katakanlah (Muhammad), "Marilah aku baca apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baiklah kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat atau yang tersembuny, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allahkecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti"
Al-An'am : 151

Mestica, Wajah Suci.


Ingat senang ke nak dapat baby yang sihat, sempurna?


Kepada siapa2 yang teringin nak buang bayi, disyorkan cuba baca buku ni dulu,
ketahui betapa complicatednya proses kejadian manusia. ingat senang ke nak dapat anak yang sempurna? boleh pulak nak buang sesuka hati.